Monday, February 19, 2007
Seni Silat Gayong Malaysia Warisan Bangsa
Pengenalan Gayong
"..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG.."
Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.
Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).
Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika pendudukan Portugis, hulubalang-hulubalang Melaka telah melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang digunakan ketika menentang Portugis.
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, hulubalang-hulubalang Melaka terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan Kepulauan Melayu unutk mencari perlindungan. Dengan cara inilah Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutama di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan kembali kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada satu riwayat masyhur berkenaan tujuh anak raja Bugis yang amat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tertanding ketika itu. Mereka telah belayar menjelajah ke serata Kepulauan Melayu untuk mencari penempatan baru. Salah seorang daripada mereka ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliau merupakan moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
Sejarah Silat Seni Gayong
"seGAYONG, seGENGGAM, sePADU"
Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia.
Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.
Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau.
Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu:
Tapak Gayong(permulaan tapak silat),
Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong),
Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata),
Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang),
Seni Yoi (buah pukulan),
Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan
Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I - VI).

Comments:
Post a Comment