<$BlogRSDURL$>

Wednesday, August 30, 2006

AWAS !! Teknik terbaru merompak pemandu kereta 

Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.

Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA !!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi...Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:

  • Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta anda
  • Apabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)
  • Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.


  • Kertas suratkhabar di jalan raya
    Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi !!!! Oleh itu antara tips penting ialah :
    • Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll. JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS . Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya . Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka. Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka). Pada setiap masa tersebut pastilkan kereta anda didalam CENTRAL LOCK

    • Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda). Duduk didalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.

    • Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.

Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain.

Bersama ini ada disertakan attachment nombor telefon pihak berkuasa untuk rujukan anda. Save nombor-nombor tersebut dalam handphone anda. Kalau boleh, print hard copy dan letak dirumah, pejabat dan satu salinan didalam kereta anda.


Nombor Telefon Pejabat POLIS
Cawangan Bandar 03-2072 9044

Cawangan Traffik 03-4293 2763

Bukit Aman 03-2262 6222

Ampang 03-4252 2222

Pandan Indah 03-9274 2222

Cheras 03-9284 2222

Dang Wangi 03-2070 2222

Brickfields 03-2274 2222

Petaling Jaya 03-7956 2222

Klang 03-3371 2222

Shah Alam 03-5510 2222

Gombak 03-6138 5222

JOHOR 07-2254 422

MELAKA 06-2854 222

N. SEMBILAN 06-7635 522

PAHANG 09-5902 222

PERAK 05-2451 500

PENANG 04-2221 522

PERLIS 04-9082 222

KEDAH 04-7741 222

KELANTAN 09-7455 622

TRENGGANU 09-6354 722

SABAH 088-212 222

SARAWAK 082-245 522

(0) comments

Tuesday, August 29, 2006

Doa untuk kekasih.... 

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia
milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...


Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan
miliku...Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....


Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku
kekuatan...Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan
merah..agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlahkembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...


Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana
engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...


Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia
dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan
engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah
aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina
Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah
padaku keturunan yang soleh....


Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

(0) comments

Monday, August 28, 2006

Sampaikan! lah walau satu ayat 

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan
mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan
kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu
dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara
berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" " Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana
agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis

(0) comments

Sunday, August 27, 2006

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13 

info yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan.

1· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah
kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Subject: FW: Rahsia 13

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

(0) comments

Saturday, August 26, 2006

AZAN: The amazing phenomenon 

Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it is an established fact. Have a lookat a map of the world and you will find Indonesia on the eastern side of the earth. The major cities of Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil.

As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar (Subuh) Azaan begins. Thousands of Muazzins in Indonesia begin reciting the Azaan. The process advances towards West Indonesia. One and a half hours after the Azaan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta. Sumatra then follows suit and before this auspicious
process of calling Azaan ends in Indonesia, it has already begun in Malaysia. Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches Dacca, the capital ! city of Bangladesh.

After Bangladesh, it has already prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot (a city in north Pakistan)have the same timing for Azaan. The time difference between Sialkot, Quetta,and Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar Azaan is heard throughout Pakistan.

Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat. The time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas (Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen,United Arab
Emirates, Kuwait and Iraq.

The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in Syria,Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The time difference between eastern and western Turkey is one and a half hours, and during this time it is echoed with the call to prayer.

Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located at one hour's difference. The process of calling Azaan thus continues throughout the whole of Africa.

Therefore, the proclamation of the Tawheed and Risaalat that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and half hours.

Prior to the Azaan reaching the shores of the Atlantic, the process of Zohar Azaan has already
started in east Indonesia, and before it reaches Dacca, Asar Azaan has started. This has hardly reached Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due, and no sooner has Maghrib time reached Sumatra, the time for calling Isha Azaan has commenced
in Saibil!

When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for Isha.

If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would conclude the amazing fact that there is not even a single moment when hundreds of thousands of Muazzins around the world are not reciting the Azaan on the surface of this earth. Even as you read this aterial right now, you can be sure there are atleast thousands of people who are hearing and reciting the Azaan!!!

Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." If you are not ashamed, please send this message...

"Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength."

(0) comments

Friday, August 25, 2006

Tak faham kenapa Jepun boleh kalah dalam world cup!! 


(0) comments

Thursday, August 24, 2006

Penceraian Dulu Memalukan, Kini Jadi Kebiasaan 

DULU, perceraian adalah sesuatu yang amat memalukan. Sekiranya terjadi, perceraian itu sebolehnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang luar kecuali keluarga terapat.

Lebih-lebih lagi wanita yang cukup fobia dengan gelaran ‘janda’ akibat stigma masyarakat yang sering memandang serong apa jua tindak tanduk mereka.

Apa yang tidak baiknya, akibat takut dengan gelaran itu, wanita sanggup menderita dalam diam.

Senario kini sudah jauh berubah.

Jika dua atau tiga puluh tahun lalu jarang untuk mendengar pasangan bercerai tetapi kini ia bagaikan lumrah.

Di sana-sini ada saja pasangan yang bercerai tidak kira tua mahupun muda.

Tiada kesefahaman adalah alasan paling biasa diberikan. Lebih membimbangkan kebelakangan ini terdapat kecenderungan berlaku perceraian di kalangan pasangan muda yang berkahwin tidak sampai setahun dua.

Pensyarah dan Kaunselor Berdaftar Jabatan Psikologi Kaunseling Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata ada perkahwinan yang hanya mampu bertahan sekadar enam bulan saja.

Berdasarkan pengalamannya, Hushim berkata, perceraian kerap berlaku di kalangan pasangan muda berusia 30 hingga 32 tahun yang kebanyakannya disebabkan si suami bermain kayu tiga atau curang dengan perempuan lain.

“Episod pertelagahan bermula apabila isteri terbaca kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih. Aduan yang dibuat pelanggan menunjukkan tanda sama iaitu suami tidak lekang dari telefon bimbit setiap masa.

“Ada juga suami yang sebelum kahwin sudah ada teman wanita lain dan perhubungan sulit itu berterusan walaupun selepas beristeri. Ini membuatkan isteri hilang kepercayaan, kecewa, menangis sehingga ada yang hampir mencekik suami kerana terlalu marah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Persoalannya, apakah ini petanda masyarakat tidak lagi menghormati institusi perkahwinan lantas dengan mudah merobohkannya dalam masa begitu singkat. Sukar benarkah mencari persefahaman sehingga terpaksa memilih untuk berpisah?

Masalah ini berterusan sehingga tiada lagi komunikasi antara suami isteri. Kebanyakan pasangan juga tidak berusaha mencari orang tengah untuk membantu menyelesaikan kekusutan dihadapi. Sibuk dengan hal duniawi menyebabkan masyarakat hari ini jarang ingin mencampuri urusan rumah tangga orang lain berbanding dulu.

“Jika dulu ada mak, bapa, emak saudara atau generasi tua lebih dihormati untuk memberikan nasihat tetapi hari ini, kebanyakan keluarga bersifat nuklear iaitu ahli keluarga hanyalah ibu, bapa dan anak. Ini menyebabkan masalah dihadapi terus menemui kebuntuan dan perceraian adalah penyelesaian terakhir,” katanya.

Beliau berkata, kewangan juga adalah antara faktor yang menghambat cepatnya berlaku perceraian di kalangan pasangan muda. Sikap suami yang semakin ramai melepaskan tanggung jawab dan meletakkan beban menguruskan hal rumah tangga ke bahu isteri sepenuhnya menyebabkan rumah tangga tidak bertahan lama.

“Kebanyakan suami hari ini bekerja tetapi duit gaji mereka tidak tahu ke mana perginya. Ini disebabkan kurang bijak menguruskan kewangan ditambah dengan terbawa-bawa sikap pada zaman bujang yang gemar bergaya walaupun gaji tidak seberapa.

“Suami sebegitu lazimnya tidak mahu berubah biarpun selepas berkahwin, sebaliknya sanggup menghabiskan duit gaji untuk beli kereta mewah, bergaya dengan baju baru setiap bulan, lepak sambil belanja kawan dan sebagainya.

Hasilnya, nafkah yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan anak terjejas,” katanya.

Mereka yang berkahwin kerana jatuh cinta juga selama ini buta dengan kelemahan yang ada pada pasangan.

Hanya selepas tinggal sebumbung, barulah ‘warna’ sebenar pasangan dapat dilihat. Jika dulu pasangan romantik dan penyayang, kini kaki pukul dan cepat naik tangan. Segala sifat baik yang ditunjukkan sebelum kahwin dulu, ghaib entah ke mana.

“Kes pasangan berubah sikap dialami sama ada suami atau isteri. Ada isteri mengadu, suami tidak pernah lagi me ngambil berat soal dirinya berbanding semasa bercinta dulu. Semasa berkasih, pegang tangan, cium sikit-sikit tetapi selepas kahwin semuanya sudah tiada.

“Suami harus faham, isteri memerlukan perhatian suami dan kasih sayang yang bukan saja secara perlakuan tetapi perkataan. Suami pula mengadu kurang mendapat layanan seks daripada isteri yang sering memberikan alasan letih dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengadu isteri gemar maki hamun suami,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar modul kursus perkahwinan diubah suai dengan penambahan beberapa topik bagi mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat hari ini.

“Kursus perkahwinan selama dua hari tidak cukup dijadikan bekalan untuk mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Banyak perkara perlu diperbaiki dan ditambah, misalnya pasangan perlu didedahkan dengan kemahiran kaunseling perkahwinan, psikologi awal kanak-kanak sebagai persediaan bergelar ibu bapa, perancangan kewangan dan hak sebagai isteri apabila diganasi dan sebagainya,” katanya.

(0) comments

Wednesday, August 23, 2006

Perlembagaan Persekutuan Melindungi Kedudukan Islam Di Malaysia 

Oleh: NOOR AZAM SHAIRI

DEBAT mengenai adakah Malaysia ini sebuah negara Islam atau sebenarnya negara sekular kembali masuk – biarpun tidak menyeluruh – ke dalam ruang perbincangan awam, dan baru-baru ini telah dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Satu pihak berpandangan bahawa Perlembagaan Persekutuan pada sepanjang masa, dari merdeka sampai sekarang, menjadi asas yang menetapkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular walaupun Islam dinyatakan dalam Artikel 3 sebagai agama rasmi negara.

Dokumen undang-undang itu tidak mempunyai satu preamble yang jelas yang menggariskan sifat negara ini sama ada Islam atau sekular seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Republik Islam Pakistan, misalnya.

Sungguhpun begitu, Suruhanjaya Reid yang ditugaskan mengggubal Perlembagaan itu dalam laporannya ada menyebut bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi "tidaklah membayangkan negara ini bukan sebuah negara sekular.”

Persoalan mengenai kedudukan Islam dan kesannya kepada status negara ini mula diajukan kepada mahkamah pada tahun 1988 dalam kes rayuan Che Omar Che Soh terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana tuduhan mengedar dadah.

Dia mempertikaikan kesahihan hukuman itu atas alasan kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, hukuman mati itu tidak sah kerana bertentangan dengan hukum hudud dan qisas dan kerana itu, bertentangan dengan Perlembagaan.

Mahkamah menolak rayuan itu. Dalam penghakimannya, Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara ketika itu) memutuskan antara lain bahawa Perlembagaan itu secara terang mengekalkan undang-undang sekular yang terpakai sebelum daripada merdeka, dan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara.

Sungguhpun demikian, Perlembagaan pada masa yang sama turut memberikan kedudukan yang agak istimewa kepada Islam berbanding agama-agama lain. Keistimewaan ini bagaimanapun, seperti menurut Profesor Andrew Harding dalam bukunya Law, Government and the Constitution in Malaysia adalah lebih untuk menjaga ketenteraman awam dan bukannya memberikan keutamaan kenapa mana- mana agama.

Ada dua sebab kenapa keutamaan itu diberikan kepada Islam. Pertama, ia bertolak daripada hakikat sejarah negara ini sendiri dan rantau Nusantara yang berpaksi di atas hubungan antara kaum. Ini rantau yang menyedut masuk pedagang dan pendatang dari pelbagai latar belakang kaum; kaum-kaumnya pula ditandai dengan agama yang mereka anuti.

Hubungan antara kaum itu pula pernah beberapa kali bertembung dan tercemar dengan pertelagahan yang lazimnya berakar daripada konflik agama, atau setidak- tidaknya ada hubung kaitnya walaupun sedikit dengan soal kepentingan agama, sehingga adakalanya mengakibatkan pertumpahan darah.

Dahagi 1915 di Singapura yang menyaksikan pemberontakan sepoi dari keturunan India Muslim dikatakan tercetus ura-ura pemerintah koloni British yang ketika itu sedang berperang dengan orang Islam di Turki mahu menghantar mereka melawan Empayar Uthmaniah.

Kita tahu apa yang berlaku di Singapura dalam Rusuhan Natrah pada Disember 1950 – kes yang asalnya melibatkan soal hak penjagaan tetapi kemudian meletup menjadi konflik agama. Kita juga tentu ingat kepada rusuhan kaum juga di Singapura pada hari sambutan Maulud Nabi Januari 1964, dan tentu sekali tragedi di negara ini, peristiwa 13 Mei 1969.

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi itu juga sebenarnya adalah penegasan kepada sifatnya yang sudah bertapak jauh lama sebelum daripada kedatangan penjajah dan bahawa sepanjang pemerintahan penjajah kedudukannya itu tidak pernah diganggu oleh mana-mana kuasa penjajah.

Keutamaan itu juga diberikan kerana sifat agama Islam itu sendiri yang berbeza daripada agama-agama lain, dalam erti kata, ia bukan hanya sekadar hal-hal yang bersifat ritual semata-mata tetapi melingkupi semua urusan kehidupan termasuk undang-undang.

Keutamaan kepada agama Islam itu pun bukanlah semata-mata kerana kedudukannya yang diberikan melalui Artikel 3 tetapi ia dikukuhkan oleh peruntukan- peruntukan lain yang digubal dalam Perlembagaan itu sendiri.

Selain meletakkan Islam sebagai agama rasmi, Perlembagaan juga pada Artikel 12(2) menetapkan bahawa kerajaan boleh dari segi undang-undang menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam, menyediakan pengajaran agama Islam kepada orang Islam dan menanggung perbelanjaan bagi tujuan-tujuan tersebut. Hal-hal itu tidak boleh dipersoalkan.

Perlembagaan juga memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk menubuh, mengurus, mentadbir dan menyenggarakan mahkamah syariah melalui Artikel 74. Artikel 121(1A) pula yang diperkenalkan pada 1988 adalah satu perlindungan kepada bidang kuasa mahkamah syariah.

Selain itu, Artikel 160 turut menyebut tentang Islam dalam soal mentakrifkan orang Melayu. Takrifan ini mempunyai implikasi yang besar kerana ia berhubung kait dengan soal kedudukan istimewa orang Melayu yang dipelihara melalui Artikel 153.

Islam juga turut dilindungi ketika darurat melalui Artikel 150(6A) yang menyekat kuasa Parlimen daripada mengganggu apa-apa perkara mengenai hukum syarak atau mengubah kedudukan apa- apa perkara berhubung dengan agama seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan.

Perlindungan yang boleh dikatakan cukup ketara yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Islam boleh dilihat pada Artikel 11(4). Sungguhpun Artikel 11(1) memberikan kebebasan kepada tiap-tiap orang untuk menganut dan mengamal agamanya, ia bagaimanapun meletakkan sekatan dalam urusan pengembangan agama.

Perlembagaan memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menggubal undang-undang bagai mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama selain daripada Islam di kalangan orang Islam.

Setakat ini, sembilan negeri – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu – sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing. Kelantan negeri yang paling awal pada tahun 1981, dan paling akhir ialah Johor pada 1991.

Di Selangor misalnya, undang-undang yang dikenali sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) Selangor 1988 itu menjadikan satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam.

Agama bukan Islam dalam enakmen itu ditakrifkan sebagai Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Judaisme dan apa-apa bentuk kepercayaan yang berasal daripada agama-agama tersebut. Tafsirannya juga mencakupi kepercayaan pagan dan animisme, serta apa-apa kepercayaan dan amalan yang tidak diperakui oleh Islam.

Ada sesuatu yang cukup menarik tentang kuasa di bawah Artikel 11(4). Satu soalan yang wajar ditanya ialah kenapa Parlimen sehingga sekarang belum lagi menggubal undang-undang yang sama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya? Kenapa negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang pun tidak menggubalnya lagi?

Tampak jelas bahawa keutamaan dan perlindungan yang diberikan kepada Islam itu secara tidak langsung meletakkan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Tetapi ia bukanlah sebuah negara yang boleh dianggap Islam sepenuhnya, dan pada masa yang sama, tidak pula boleh dianggap sebagai negara sekular.

Inilah sebuah negara yang mengamalkan dua sistem, dengan Islam diberikan kedudukan yang sedikit istimewa. Sungguhpun Islam diberikan keutamaan, agama-agama lain tidaklah pula sampai diketepikan. Perlembagaan masih melindungi kebebasan kepada masyarakat bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai, tidak membeza-bezakan semata-mata kerana faktor agama dan tidak memaksa sesiapa untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam upacara agama yang lain daripada agamanya.

Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi yang menyambut kelahiran negara ini hampir 50 tahun lalu, yang harus difahami dan dihormati oleh generasi pewaris yang akan mengemudikan perjalanan masa depan Malaysia.

Mungkin kontroversi yang timbul mengenai perkara ini hanyalah seputar soal terminologi: Negara Islam itu apa? Adakah negara orang Islam atau negara yang ditadbir mengikut Islam?

Jawapannya barangkali sudah jelas.

(0) comments

Saturday, August 12, 2006

Obesiti? 



A passenger waits for a delayed flight at Heathrow airport's terminal four in London August 12, 2006. Dieters may find some welcome assistance from a new nasal spray that could help resist the appetizing aromas of cinnamon bun stands, pizza parlors or tempting bakeries

(0) comments

Thursday, August 03, 2006

Bacteria beam cuts factory-borne food poisoning 

Scientists at The University of Manchester have developed a new technology which can spot contaminated meat in seconds.

The technology, which uses infrared beams to spot harmful bacteria, has the potential to revolutionise the food processing industry and prevent thousands of cases of food poisoning.

It is estimated that more than 5.5 million people in the UK, 1 in 10, suffer from food poisoning each year. Bacteria, which goes undetected in factory processed meats, such as chicken or beef, is one of the main causes.

Professor Roy Goodacre, Dr David Ellis and a team of researchers within the School of Chemistry, have developed the technique using infrared light which successfully spots chicken and beef contaminated with dangerous bacteria, leading to the hope that it will increase the safety of processed foods across the industry.

"Modern food processing is highly automated and efficient, but the way safety inspectors sample the products has hardly changed in half a century," says Dr Ellis. "At present, more than 40 different methods are available to detect and measure bacteria growing in meats. However, even the most rapid of these takes several hours, so results are always retrospective, which means that infected meat could get into the food chain."

"We believe that our infrared equipment can be built into production lines, it doesn't involve injecting chemicals or touching the food itself, it's relatively cheap, results are available in seconds and can be read by a machine," says Dr Ellis. "This makes it ideal for on-line meat inspection."

The scientists have already shown that the technique works in both chicken and beef - which are believed to be two of the most difficult meats to check for safety. They are processed in different ways, and are typically contaminated by different types of bacteria. The method could therefore easily be applied to milk, ice-cream, cheese and other dairy produce, fruit juices and other foods.

The new technique uses infrared spectroscopy on light reflected from the surface of the food to produce biochemical 'fingerprints' of any contaminating micro-organisms, such as bacteria, and rapidly estimate their numbers.

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?