Thursday, August 24, 2006
Penceraian Dulu Memalukan, Kini Jadi Kebiasaan
DULU, perceraian adalah sesuatu yang amat memalukan. Sekiranya terjadi, perceraian itu sebolehnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang luar kecuali keluarga terapat.
Lebih-lebih lagi wanita yang cukup fobia dengan gelaran ‘janda’ akibat stigma masyarakat yang sering memandang serong apa jua tindak tanduk mereka.
Apa yang tidak baiknya, akibat takut dengan gelaran itu, wanita sanggup menderita dalam diam.
Senario kini sudah jauh berubah.
Jika dua atau tiga puluh tahun lalu jarang untuk mendengar pasangan bercerai tetapi kini ia bagaikan lumrah.
Di sana-sini ada saja pasangan yang bercerai tidak kira tua mahupun muda.
Tiada kesefahaman adalah alasan paling biasa diberikan. Lebih membimbangkan kebelakangan ini terdapat kecenderungan berlaku perceraian di kalangan pasangan muda yang berkahwin tidak sampai setahun dua.
Pensyarah dan Kaunselor Berdaftar Jabatan Psikologi Kaunseling Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata ada perkahwinan yang hanya mampu bertahan sekadar enam bulan saja.
Berdasarkan pengalamannya, Hushim berkata, perceraian kerap berlaku di kalangan pasangan muda berusia 30 hingga 32 tahun yang kebanyakannya disebabkan si suami bermain kayu tiga atau curang dengan perempuan lain.
“Episod pertelagahan bermula apabila isteri terbaca kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih. Aduan yang dibuat pelanggan menunjukkan tanda sama iaitu suami tidak lekang dari telefon bimbit setiap masa.
“Ada juga suami yang sebelum kahwin sudah ada teman wanita lain dan perhubungan sulit itu berterusan walaupun selepas beristeri. Ini membuatkan isteri hilang kepercayaan, kecewa, menangis sehingga ada yang hampir mencekik suami kerana terlalu marah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.
Persoalannya, apakah ini petanda masyarakat tidak lagi menghormati institusi perkahwinan lantas dengan mudah merobohkannya dalam masa begitu singkat. Sukar benarkah mencari persefahaman sehingga terpaksa memilih untuk berpisah?
Masalah ini berterusan sehingga tiada lagi komunikasi antara suami isteri. Kebanyakan pasangan juga tidak berusaha mencari orang tengah untuk membantu menyelesaikan kekusutan dihadapi. Sibuk dengan hal duniawi menyebabkan masyarakat hari ini jarang ingin mencampuri urusan rumah tangga orang lain berbanding dulu.
“Jika dulu ada mak, bapa, emak saudara atau generasi tua lebih dihormati untuk memberikan nasihat tetapi hari ini, kebanyakan keluarga bersifat nuklear iaitu ahli keluarga hanyalah ibu, bapa dan anak. Ini menyebabkan masalah dihadapi terus menemui kebuntuan dan perceraian adalah penyelesaian terakhir,” katanya.
Beliau berkata, kewangan juga adalah antara faktor yang menghambat cepatnya berlaku perceraian di kalangan pasangan muda. Sikap suami yang semakin ramai melepaskan tanggung jawab dan meletakkan beban menguruskan hal rumah tangga ke bahu isteri sepenuhnya menyebabkan rumah tangga tidak bertahan lama.
“Kebanyakan suami hari ini bekerja tetapi duit gaji mereka tidak tahu ke mana perginya. Ini disebabkan kurang bijak menguruskan kewangan ditambah dengan terbawa-bawa sikap pada zaman bujang yang gemar bergaya walaupun gaji tidak seberapa.
“Suami sebegitu lazimnya tidak mahu berubah biarpun selepas berkahwin, sebaliknya sanggup menghabiskan duit gaji untuk beli kereta mewah, bergaya dengan baju baru setiap bulan, lepak sambil belanja kawan dan sebagainya.
Hasilnya, nafkah yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan anak terjejas,” katanya.
Mereka yang berkahwin kerana jatuh cinta juga selama ini buta dengan kelemahan yang ada pada pasangan.
Hanya selepas tinggal sebumbung, barulah ‘warna’ sebenar pasangan dapat dilihat. Jika dulu pasangan romantik dan penyayang, kini kaki pukul dan cepat naik tangan. Segala sifat baik yang ditunjukkan sebelum kahwin dulu, ghaib entah ke mana.
“Kes pasangan berubah sikap dialami sama ada suami atau isteri. Ada isteri mengadu, suami tidak pernah lagi me ngambil berat soal dirinya berbanding semasa bercinta dulu. Semasa berkasih, pegang tangan, cium sikit-sikit tetapi selepas kahwin semuanya sudah tiada.
“Suami harus faham, isteri memerlukan perhatian suami dan kasih sayang yang bukan saja secara perlakuan tetapi perkataan. Suami pula mengadu kurang mendapat layanan seks daripada isteri yang sering memberikan alasan letih dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengadu isteri gemar maki hamun suami,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar modul kursus perkahwinan diubah suai dengan penambahan beberapa topik bagi mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat hari ini.
“Kursus perkahwinan selama dua hari tidak cukup dijadikan bekalan untuk mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Banyak perkara perlu diperbaiki dan ditambah, misalnya pasangan perlu didedahkan dengan kemahiran kaunseling perkahwinan, psikologi awal kanak-kanak sebagai persediaan bergelar ibu bapa, perancangan kewangan dan hak sebagai isteri apabila diganasi dan sebagainya,” katanya.

Comments:
Post a Comment