<$BlogRSDURL$>

Wednesday, April 28, 2004

::: Asal Usul Nama ::: 

JenakaAsal Usul Nama TEMPAT Di Melaka

Setelah lapan hari bermastautin di Melaka, Parameswara terasa ingin keluar berburu lalu diarahkannya para pegawai istana sepasukan lapan orang menyediakan perkaskas dan dengan kenderaan berkuda mereka berangkat masuk ke hutan. Selang beberapa ketika meredah hutan tiba-tiba melintas seekor pelanduk putih. Lalu kenallah Parameswara akan pelanduk putih itu yang menendang anjing pemburunya tempohari lantas ditambatnya hingga ke tengah hutan.

Ketika sampai ke sebuah lubuk, Parameswara terserempak dengan rombongan Yap Ah Loy yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Maka segeralah Parameswara menjerit meminta Yap Ah Loy menghadang akan pelanduk putih yang sudah kelam kabut di tepi lubuk tersebut. Tetapi malang kerana pelanduk tersebut dengan pantas menendang Yap Ah Loy sehingga tercampak ke dalam lubuk. Maka diberi namalah oleh Parameswara akan lubuk di Melaka itu sebagai Lubuk Cina.

Kerana terlalu marah akan perbuatan pelanduk putih itu, Yap Ah Loy pun menyumpahnya menjadi kapal. Sehinggalah kini kapal tersebut ada di T.L.D.M. Melaka dan diberi nama K.D. Pelanduk.


Asal Usul MERLIMAU Melaka

Alkisahnya, setelah berjaya mengasaskan penempatan baru iaitu Chile, Parameswara dan sekalian hulubalangnya pun kembalilah ke Melaka. Memandangkan pilihanraya sudah hampir tiba, Parameswara amat berhasrat untuk melawat sekitar negeri Melaka untuk beramah mesra dengan sekalian hamba rakyat jelata di samping memancing undi.

Maka, bersama Bendahara dan beberapa orang pendekar dari Bukit Si Guntang, keluarlah baginda untuk melawat tanah jajahannya. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka ke rumah tabib M. Yasin untuk mengajak beliau mengikuti rombongan Parameswara. Manalah tahu kalau ada rakyat jelata yang sakit boleh diubati. Ini sudah tentu akan menambah undi untuk Parameswara agar terus kekal sebagai Raja Melaka.

Dari hilir sungai, berakit-rakitlah mereka ke hulu. Di suatu kawasan di pertengahan jalan, mereka tercium bau yang amat wangi. "Dari mana bau wangi ini? Macam bau beribu-ribu lemo, wahai Memanda Bendahara?" "Nanti patik check dulu, Tuanku," jawab Bendahara.

Dengan bantuan anjing perburuan, maka berjumpalah Bendahara akan sepohon pokok yang daunnya rimbun dan lebat buahnya serta bunganya. "Pokok spesis apa ni, Bendahara?"
"Patik tak tahu, Tuanku. Patik tak belajar subjek biologi masa kat sekolah dulu, ampun tuanku," jawab Bendahara. "Apa pendapat kamu , wahai tabib M Yasin?" "Pada firasat dan ilham yang ada dalam diri patik ini, patik rasa ni pokok limau antu atau nama saintifiknya Atalantia spinosa, ampun Tuanku." "Nama tu panjang sangat. Nanti tak glamour. Tak ada nama lain ke, tabib M. Yasin?" "Ada Tuanku. Orang kampung patik panggil pokok itu pokok Merlimau." "Canteeek! Baiklah, Beta isytiharkan tempat ni sebagai Merlimau. Bendahara, sila catat nama kawasan ini dalam peta Melaka." "Cheh." Fikir Bendahara dalam hati.

Begitulah seterusnya dengan mudah Parameswara memberi nama tempat-tempat di Melaka. Setiap kali singgah di bawah pokok untuk berehat, di situlah juga dia menamakan nama tempat tersebut, termasuklah Bertam Ulu, Durian Tunggal, Ayer Keruh dan Bukit Cina. Setelah Parameswara mangkat, Bendahara pula menggantikannya dan menamakan sesuatu tempat mengikut tempat berehat. Sebahagian tempat itu terletak di Perak seperti Parit, Tanjung Rambutan, Lumut dan Batu Gajah.


Asal Usul PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara. "Hamba cadangkan nama Karma Sari." "Hamba pula cadangkan Margapura." "Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura." "Pilihlah Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari molek!" "Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah, "Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakhir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang."
Demikianlah kisahnya.


Asal Usul NEGERI SARAWAK

Suatu ketika dahulu, sebuah kawasan yang terletak di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah. Adapun penjajah yang menjajah kawasan itu adalah dari golongan yang suka menjajah kerana kejayaan mereka hanyalah menjajah dan oleh sebab ituu mereka dikenali sebagai penjajah.

Di kawasan tersebut ada seorang apek yang berbangsa Cina dan bukannya bukan berbangsa Melayu atau India kerana gelaran itu hanya untuk orang Cina. Nama beliau ialah Lim Tat. Lim Tat dihormati dan dikenali oleh penduduk-penduduk di situ kerana beliau adalah seorang ahli fikir. Pada suatu ketika semasa beliau sedang berehat, maka terfikirlah dia tentang kawasan tersebut yang amat mudah dijajah oleh penjajah.

Lim Tat yang berpegang teguh dengan prinsipnya bahawa "batu dicincang takkan putus tetapi akan hancur" berpendapat bahawa kawasan itu mudah dijajah oleh penjajah adalah disebabkan sikap penduduknya yang tidak suka tolong-menolong.

Untuk menyedarkan penduduk di situ, Lim Tat telah memanggil semua penduduk untuk diberikan motivasi. Maka setelah berkumpul Lim Tat pun mengeluarkan pendapatnya.

"Hadilin sekelian. Adakah kamu semua tau kenapa kawasan ini amat mudah dijajah?" tanya Lim Tat kepada semua. "Kenapa?" tanya semua yang hadir. "Ini semua adalah disebabkan kelemahan dan kesalahan kita semua," kata Lim Tat. "Apa lak salah kita. Ini semua salah penjajah le. Kalau mereka semua tak jadi penjajah maka penjajahan tak akan berlaku dan kawasan ini tak akan dijajah," kata salah seorang yang hadir di situ. "Itu betul. Tapi kita semua tetap bersalah kerana tidak bersatu padu," kata Lim Tat. "Apa lak macam tu. Booooo...!!" pekik suara yang hadir. Oleh kerana suara hadirin lebih kuat dari suaranya, maka Lim Tat dengan perasaan marah terus menjerit dengan menggunakan mikrofon,"Ini semua salah awak semua!"
"Awak la yang salah," pekik hadirin.
"Salah... awak...!" Lim Tat menjerit seperti Tarzan.
"Salahh...awak...!" balas setiap yang hadir.
"SALAHHH... AWAKKK..!" Lim Tat menjerit dan hampir-hampir hendak menangis.

Selepas 93 tahun mempertahankan pendapat masing-masing sambil memekik "SALAH AWAK!" dengan nada yang kuat maka kawasan tersebut akhirnya diisytiharkan menjadi sebuah negeri yang dinamakan "salahawak". Sehinggalah datangnya orang-orang Jepun yang berdagang di situ menyebut "Sarrawak" yang akhirnya dieja SARAWAK oleh penjajah Inggeris.


Asal Usul KINABALU

Pada tahun 1840an, sebelum Yap Ah Loy datang berdagang ke Kuala Lumpur, dia telah memerintahkan adik angkatnya yang bernama Lim Ah Tat pergi ke Timur Tanah Melayu bersama seorang rakan untuk survey terlebih dahulu. Mengikut perancangan awalnya, Lim Ah Tat disuruh membuka kedai membaiki motor di Brunei, tetapi tongkang yang dinaikinya pecah dan tersadai di Kudat. Di Kudat, Lim Ah Tat tidak putus asa. Dia meneruskan perjalanannya untuk ke Brunei jugak melalui jalan darat.

Setelah lapan bulan berjalan, maka sampailah Lim Ah Tat dan rakannya ke sebuah tempat yang lapang di kaki gunung. Semasa Lim Ah Tat baru hendak melelapkan matanya, tiba-tiba rakannya menjerit,"Wei...Blunai.. wa nampak Blunai!"

Lim Ah Tat tersentak dan terus berlari ke arah rakannya. "Mana? Mana?" Lim Ah Tat bertanya.
"Ni..." jawab rakannya sambil menunjuk lubang hidungnya sendiri.

Benganglah Lim Ah Tat. Dia pun mengutip anak batu dan baling ke arah rakannya itu tetapi tidak kena. "Aiya! Talak kinna!" Lim Ah Tat merungut.

Lapan hari lamanya Lim Ah Tat cuba membaling rakannya itu tetapi tidak kena sehinggalah pada satu petang rakannya itu memanjat gunung sehingga ke puncak. Lim Ah Tat mengikur dari belakang. Satu masa yang tepat, Lim Ah Tat membidik dan terus membaling sehingga kena ke kepala rakannya itu.

"Balu kinna! Balu kinna..." jerit Lim Ah Tat penuh gembira.

Sempena tarikh bersejarah itu, Lim Ah Tat pun menulis perkataan 'balu kina balu kina balu kina' di atas beberapa batu besar di puncak gunung itu dengan tujuan untuk menyakitkan hati kawannya, yang akhirnya dijumpai oleh arkeologis beberapa tahun kemudiannya. Mereka menyangka itu adalah tulisan orang purba yang bermastautin di puncak gunung. Lantas menamakan gunung tersebut sempena satu baris tulisan yang cuma boleh dibaca iaitu 'kina balu' kerana yang lain-lainnya telah hilang akibat hakisan.


Asal Usul NEGERI KEDAH

Kisah bermula apabila lima pemuda yang hensem-hensem dan bersopan-santun lagi merendah diri pergi merantau sambil makan angin. Kelima-lima pemuda tersebut berbuat begitu kerana ingin mencari kelainan di tempat orang. Setelah berminggu-minggu berjalan maka sampailah mereka ke satu tempat yang tiada berpenghuni.

Maka berkatalah pemuda satu, "Negeri apakah ini?" Keempat-empat kawannya menggeleng kepala. Lalu mereka berhenti untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba pemuda dua mengadu perutnya memulas.

"Aku sakit perut!" Dengan tidak semena-mena kawannya yang lain turut juga mengalami sakit perut. Oleh kerana menghormati satu sama lain, mereka pun berbincang untuk membahagikan kawasan. Berpecahlah mereka kepada lima bahagian dengan membuat petak-petak sempadan. Mereka berjanji akan selalu bertanya antara satu sama lain setiap dua minit sekali kerana takut salah seorang dari mereka akan hilang. Maklumlah tempat itu teramat sunyi dan asing bagi mereka.

"Belum ke sudah?" tanya pemuda satu selepas dua minit.
"Belum!" jawab kawannya serentak. Begitulah seterusnya hinggalah masing-masing keletihan bertanya dan menjawab. Maka pertanyaan pun diringkaskan.
"Ke dah?" tanya seorang.
"Belum," yang lain menjawab.

Akhirnya setelah berjam-jam bersoal jawab, maka perut mereka pun kembali pulih seperti biasa. Dalam keletihan untuk berjalan pulang, bertanyalah salah seorang dari mereka,
"Ke dah?"
"Dah", jawab yang lain.
Kerana merasakan tempat itu tidak sesuai untuk mereka maka berjalanlah pulang kelima-lima pemuda itu balik ke negeri mereka semula. Selang beberapa bulan kemudian sepasang suami isteri sampai di situ pula. Tiada orang lain melainkan mereka berdua sahaja.

Mereka amat terkejut melihat satu tumbuhan subur dalam lima petak yang elok sempadannya. Kerana mahu mengambil buah-buah bewarna keemasan itu maka mengetamlah mereka. Oleh kerana tanaman itu subur maka letihlah suami isteri tersebut, ditambah pula dengan luasnya kawasan tanaman itu. Bertanyalah suami kepada isterinya, "Dah ke?" "Belum."
Begitulah seterusnya sehingga selesai tiap-tiap satu petak tanaman itu. Bertanyalah lagi suami pada isterinya,"Dah ke?" "Dah."

Dipercayai kerana saban tahun bertanya 'dah ke' dan dijawab pula 'dah' pada setiap kali mengetam maka resminya negeri tidak bernama itu dikenali dengan Kedah hingga sekarang. Petak- petak yang dipelopori oleh lima bersaudara itu juga dipercayai sebagai petak sawah sekarang. Padi yang menunduk itu juga dikatakan hasil dari badi lima bersaudara yang tinggi meninggi diri itu. Begitulah kononnya pun.


Asal Usul NEGERI TERENGGANU

Pulau Pinang mendapat namanya bersempena dari buah pinang. Terengganu juga sebenarnya mendapat nama dari sejenis buah. Mengikut batu bersurat yang ditemui di Kuala Ibai pada tahun 1612 Terengganu mendapat nama dari buah terung.

Kisahnya bermula apabila seorang pengembara bernama Awang Sulung Merah Jambu bersama pengikut- pengikutnya pergi merantau. Mereka datang dari sebuah kampung tidak bernama bersebelahan dengan negeri Melaka yang sudah wujud ketika itu. Tujuan mereka merantau tidak lain ialah untuk mencari kawasan yang subur dan boleh dibuka menjadi sebuah kampung baru mereka. Ini kerana tempat tinggal mereka yang lama sudah terlalu sesak dan tidak lagi selesa untuk didiami. Setelah dua bulan merantau Awang Sulung merasa gelisah kerana tempat yang mereka idam belum ditemui. Mereka akhirnya berhenti di suatu kawasan atas arahan Awang. Menyedari bekalan makanan mereka sudah kehabisan, Awang Sulung pergi mencari timbut kayu dan buah-buahan hutan yang boleh dimakan. Awang Sulong terperanjat apabila terjumpa sejenis buah bewarna ungu. Seumur hidupnya belum pernah dia melihat buah sedemikian rupa. Dia pun memanggil anak buahnya lalu bertanya,

"Tahukah kamu buah apakah ini?"
"Tahu... saya tahu!" kata Anjang Hitam, salah seorang pengikutnya yang setia.
"Apakah namanya?" tanya Awang Sulong lagi.
"Err... terung... terung... err.. terung..." jawab Anjang tergagap gagap. Anjang ingin menyebut terung ungu tetapi warna ungu begitu asing baginya krana itulah pertama dia melihat warna sebegitu. "Terung apa Anjang?" tanya Awang sekali lagi.
"Terung.. err, terung anu... terung anu..." jawab Anjang akhirnya.
"Apa? Terung anu? Ganjil betul nama itu. Tapi buah ini betul-betul menarik kerana ianya lain dari yang lain."

Kerana tertarik dengan buah sebijik itu mereka sepakat membuka penempatan baru di situ dan sebulat suara menamakan tempat itu Terengganu. Perkataan Terengganu yang ada hari ini dipercayai berasal dari perkataan 'terung anu' tersebut. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa ITM Dungun yang wujud hari ini dibina betul-betul di kawasan terjumpanya pokok terung tersebut.

Lawak Ujang : Din Beramboi



(0) comments

Tuesday, April 27, 2004

Kisah mencari pasangan 

Untuk renungan kita bersama....baca jangan tak baca.

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir
inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping
hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga
sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain

(0) comments

Sunday, April 25, 2004

SAN MARINO GP 2004 TECHNICAL ANALYSIS 

FIA Formula One San Marino Grand Prix 2004


Williams FW26 - additional wing profile above rear axle

The FW26 sported an additional wing profile placed on the top of the rear axle. Used in practice but then discarded for the race, the idea was to raise rear downforce in order to correct an aerodynamic imbalance in the car that made it overly pitch sensitive at the front.



Renault R24 - rear-wing endplates

At Imola Renault's endplates sported a vertical air vent not dissimilar to a solution seen on the Minardi since Melbourne. This design provided less drag at high speed allowing the team to run a more aggressive wing profile without raising overall drag.


Ferrari F2004 - engine cover evolution

The engine cover adhered more closely to the engine, almost becoming a second skin, allowing for a reduction of about of 30mm in the height of the rear bodywork (1), and narrower chimneys (2). The Italian team also slightly reduced the overall width of their mid-wing, originally introduced in Australia.



(0) comments

Friday, April 09, 2004

11 Lessons In Life!! 

  1. It hurts to love someone and not be loved in return. But what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.
  2. A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end what it was never meant to be and you just have to let go.
  3. The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.
  4. It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.
  5. It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone-but it takes a lifetime to forget someone.
  6. Don't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
  7. Dream what you want to dream; go where you want to go; be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
  8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.
  9. A careless word may kindle strife; a cruel word may wreck a life; a timely word may level stress; a loving word may heal and bless.
  10. The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way.
  11. Love begins with a smile, grows with a kiss, end with a tear. When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're the one smiling and everyone around you is crying.
"ALLAH GAVE YOU TWO LEGS TO WALK, TWO HANDS TO HOLD, TWO EARS TO HEAR, TWO EYES TO SEE, BUT WHY ALLAH GIVES YOU ONLY ONE HEART? BECAUSE ALLAH GAVE THE OTHER ONE TO SOMEONE FOR YOU TO FIND"



(0) comments

Thursday, April 08, 2004

Tongkat Ali Punya Pasal 

Dalam sebuah rumah ada sepasang suami isteri yg baru mendirikan rumah tangga.

Suatu pagi si isteri bertanya kepada si suami, ''abang nak sarapan apa pagi ni? nasi lemak sambal bilis? roti canai kuah dal? abang cakap jer.. nanti saya buat..''

Jawab si suami,''tak nak ahh.. abang tak ade selera... ini semua tongkat ali punya pasal..''

Sampai waktu tghari si isteri bertanya lagi kepada si suami,'' abang nak makan apa tengahari ni.. nasi putih sama ayam masak merah, sayur kangkung goreng belacan..?'' atau nak makan nasi briyani macam kat restoran yg kita selalu makan tu..? abang cakap jer .. saya boleh masakkan..''

jawab si suami, '' tak nak ahh.. abang tak de selera nak makan.. ini semua tongkat ali punya pasal..''

petang si isteri bertanya lagi, ''abang nak saya buatkan goreng pisang sama nescafe? atau ubi rebus cicah kelapa sama kopi o..? abang cakap jer.. semua saya boleh buatkan..''

jawab si suami, '' tak nak ahh... abang tak de selera nak makan.. ini semua tongkat ali punya pasal..''

malamnya si isteri bertanya lagi kepada si suami, ''abang nak makan apa malam nie.. pizza macam kat pizza hut.. atau macaroni goreng atau nak makan burger..? bagitau la saya nanti saya buatkan..''

jawab si suami, '' tak nak ahh... abang tak de selera nak makan... ini semua tongkat ali punya pasal...

lalu si isteri berkata, ''kalau abang tak mau makan, tolong bangun dari atas saya ni.. saya nak makan.. lapar gile perut saya dari pagi asyik 'on' jer.. tak makan aper aper.."

(0) comments

Wednesday, April 07, 2004

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita 

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...



(0) comments

Tuesday, April 06, 2004

Jam Dinding 

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.

Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,

"OOOO...patutlah tak jalan, drebarnya mati tershepittttt....!!"

(0) comments

Monday, April 05, 2004

Orang Gila 

Al-kisah.. Seorang Doktor sakit jiwa di sebuah Hospital Sakit Jiwa..berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat pesakit-pesakit beliau.Tugas ini merupakan aktiviti hariannya sepanjang beliau bertugas di Hospital tersebut.

Semasa beliau berjalan, beliau terdengar satu suara orang sedang menyanyi dengar nyaringnya.. lalu beliau cuba mencari dari manakah datangnya arah suara tersebut. Setelah puas mencari.. baru lah beliau meyedari yang suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yang sedang asyik masyuk menyanyi dengan penuh perasaan seolah olah seorang penyanyi yang sebenar..Tapi yang menimbulkan kehairanan di hati beliau ialah apabila melihat pesakit tersebut meniarap pula, sambil menyanyi..

Doktor itu terus bertanya "Kenapa awak tadi terlentang, tapi sekarang awak meniarap pulak..?"

Lalu pesakit itu menjawab " Ooo ..tadi Side A...ini Side B pulak lahh.."

(0) comments

Sunday, April 04, 2004

BAHRAIN GP 2004 TECHNICAL ANALYSIS 

FIA Formula One Bahrain Grand Prix 2004


Williams FW26 - rear wing fins

A similar feature to that already seen on the BAR 006, the FW26 sported two inner vertical fences within its rear wing. The solution provided a better management of airflow. By dividing the wing into three sections, it increased the airflow pressure in each, raising overall downforce.



Williams FW26 - barge boards

A subtle change to the front aerodynamics with the introduction of a stepped plane, with a vertical profile, to the bottom of the barge boards inside the front suspension. This created a better seal between the bottom of the car and the ground, diverting airflow underneath the car more efficiently.


Toyota TF104 - chimneys

Toyota concentrated on improving rear-end aerodynamics with these new engine-exhaust chimneys that were lower, longer and horizontal, as on the BAR 006. Although one might imagine this solution to worsen hot-air extraction from the sidepods, it in fact proved very efficient in aiding airflow over the rear of the car.



(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?