Saturday, February 17, 2007
Review Filem - SUMO-LAH

Persatuan Restoran Sushi Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan tahunan mereka iaitu Sumo ‘Underground’. Boleh Sushi merupakan pasukan sushi tak ternama adalah peserta runners-up tahun lalu kekurangan seorang peserta selepas kehilangan tukang masak mereka, Hasan. Mereka harus mencari pengganti secepat mungkin, dan secara kebetulan mereka berjumpa dengan Ramlee.
Apakah yang akan terjadi bila seorang lelaki Melayu yang baran dan tiada keyakinan hidup dipaksa menyertai dunia sumo yang terkenal dengan penuh cabaran?
Cerita ini mengisahkan tetang seorang lelaki yang tidak ‘bermaya’ bernama Ramlee (Afdlin Shauki) yang tidak mampu melakukan sesuatu kerja dan bekerja untuk tempoh masa yang lama. Sikapnya ini telah mengecewakan ibunya (Kartina Aziz). Dalam keadaan tiada pekerjaan dan kesempitan wang, Ramlee tekad untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pemilik restoran Boleh Sushi, Honda (Patrick Teoh) iaitu ‘Makan Sushi Sebanyak Mana Yang Anda Boleh Makan Secara Percuma’ dan pertandingan itu dalam tempoh masa tertentu sahaja.

Suatu hari, Ramlee sedar bahawa salah satu daripada tugasnya ialah dia harus menyertai ‘Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championship’ yang dianjurkan oleh semua pemilik restoran sushi tempatan yang dimiliki oleh local Japanese.

Ramlee terpaksa membuat pilihan – samada untuk menyertai dan berjuang untuk Boleh Sushi dalam kejohanan itu atau meninggalkan keluarga barunya itu. Lalu, dia mengambil keputusan untuk menyahut cabaran dan mula berlatih dengan ahli-ahli kumpulan itu untuk kejohanan besar tersebut.
Ramlee juga mempelajari maksud perkataan ‘nokotta’ – jangan berputus asa, pertandingan masih belum berakhir. Dia mengerti bahawa apa jua keputusan, penghormatan dalam pertandingan adalah perlawanan yang baik dan telus. Maka, cabaran Ramlee adalah untuk mengabaikan ssmua alas an yang telah dia buat sebelum ini dan terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir, tak kira apa jua yang berlaku.
*Mari kita saksikan buah tangan Afdlin Shauki. Semoga anda seronok menonton cerita ini.
Comments:
Post a Comment