<$BlogRSDURL$>

Tuesday, February 13, 2007

Aditif Makanan - Apa Yang Perlu Anda Tahu 

Baru-baru ini saya telah menghadiri sebuah seminar kesihatan dan antara yang diperkatakan pada hari itu ialah tentang ADITIF MAKANAN. Apa itu Aditif Makanan?. Sebelum ini saya tidak pernah dengar perkataan ini. Aditif Makanan adalah Bahan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi tujuna memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa, perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral. Ianya juga mempunyai fungsi teknologi semasa penyediaan atau ketika pemprosesan makanan.

Salah Faham Terhadap Aditif Makanan?
Bagi sesetengah orang, mereka percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu, ia seharusnya diharamkan penggunaanya. Dalam konteks sains makanan, perkataan "bahan kimi" tidak mempunyai maksud udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi seperti:-

a. Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada tumbuhan.

b. Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur.

c. Aditif semulajadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin c sebagai antioksida, agar daripada rumpai laut sebagai penstabil dan sebagainya.

Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet seimbang.


Sejak Bila Aditif Makanan Digunakan dan Kenapa?
Telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu dimana, aditif makanan ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara untuk membantu mengawetkan , menyedapkan, mencampur, memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita juga telah menggunakan garam sebagai pengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara itu, kuning telur digunakan untuk tujuan mengadun air dan minyak, cuka serta gula pula digunakan sebagai pengawet buah-buahan dan membuat jeruk.


Apakah Jenis-Jenis Aditif Makanan Dan Kegunaannya?
Senarai berikut adalah memberi penjelasan ringkas berhubung kumpulan aditif makanan seperti yang dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, berdasarkan fungsi dan kegunaannya.

a. Bahan Pengawet

Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan ragi bagi meningkatkan jangka hayat makanan tersebut. Antara bahan pengawet tradisi yang digunakan secara meluas dalam industri makanan adalah seperti gula, cuka dan garam. Selain itu, bahan pengawet dapat membantu melindungi pengguna daripada mikroorganisma yang menyebabkan keracunan makanan.

b. Bahan Pewarna

Pewarna menjadikan makanan lebih menarik dan membantu merangsangkan selera makan. Biasanya dalam proses pengawetan, wrana asal makanan akan hilang. Telah menjadi amalan pihak pengilang untuk memperbaiki penampilan produk mereka. Kebanyakan pewarna makanan diperolehi daripada bahan semulajadi.

c. Bahan Perisa/ Penambah Perisa

Herba dan rempah telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk menambahkan perisa makanan. Di dalam industri makanan, banyak perisa samada bahan perisa semulajadi atau bahan perisa serbasama bahan asli, biasa ditambah dalam kuantiti yang sedikit. Ini termasuk penambah perisa, monosodium glutamat (MSG) yang digunakan dalam makanan seperti sup kering, stok sup, sos dan lain-lain.

d. Antipengoksida

Apabila makanan yang mengandungi lemak atau minyak terdedah kepada udara untuk satu jangka masa yang lama, oksigen yang hadir di atmosfera akan menjadikan makanan tersebut tengik kecuali antipengoksida digunakan. Disamping membantu mengekalkan kesegaran makanan, antipengoksida juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan kandungan vitamin terutamanya vitamin A.

e. Kondisioner Makanan

Kondisioner makanan adalah bahan yang ditambah pada makanan bagi maksud teknologi untuk mendapatkan makanan yang diinginkan. Ini termasuk:-


* Pengemulasi dan penstabil :-
Pengemulasi digunakan untuk mengadun dengan seragam bahan seperti minyak dan air yang pada kebiasaannya berasingan. Sementara penstabil Kedua-dua digunakan dalam produk seperti sapuan rendah lemak, aiskrim, mayonis dan sos.

Sesetengah pengemulasi dan penstabil juga berfungsi sebagai pemekat. Tanpanya produk makanan dengan nilai pemakanan yang diinginkan seperti sapuan rendah lemak tidak boleh dihasilkan.

Note: sumber yang diperolehi ialah daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?