<$BlogRSDURL$>

Monday, July 25, 2005

Lawak of the day 

BERSIH
Dengan perasan marah yang membara, Puan Mazlin masuk ke bilik Guru Besar. "Saya ingin tahu," katanya dengan kasar, "Mengapa anak saya, Mazni, diberi markah kosong untuk ujian bahasa?!" "bawa bertenang, puan," kata Guru Besar. "Biar saya panggil guru bahasanya... tentu dia ada alasan sendiri." Beberapa minit kemudian datanglah guru yang dimaksud. "Mengapa awak berikan markah kosong untuk ujian bahasa kepada Mazni?" tanya puan Mazlin "Tidak ada pilihan lain," kata guru itu. "Ia menghantar kertas putih, tak satu pun yang ditulisnya." "Itu bukan alasan," potong puan Mazli dengan kasarnya. "Sekurang-kurangnya bagilah 10 markah untuk kebersihannya itu." sambungnya lagi


JALAN ATAS AIR
Tiga remaja bertemu untuk melepak-lepak di kawasan sawah. "Alamak, aku lupa bawa kain alas" kata remaja pertama. lalu ia balik kerumah dengan berjalan di atas air di sawah.. Apabila remaja itu datang semula.. remaja kedua pula berkata.. "Aku lupa beli barang yang mak aku kirim. Aku balik sekejap..." Dan dia juga berjalan di atas air sawah dan menyeberangi dengan mudah.

Apabila remaja kedua kembali... remaja ketiga berfikir bahawa dia mesti juga menunjukkan kebolehannya berjalan di atas air seperti kawannya.... "Ah, aku pun boleh. Lihat saja," katanya. Lalu melangkahkan kakinya ke atas air sawah dan terus tenggelam. namun ia tidak putus asa dan berenang ke tepi, mencuba sekali lagi..
nasibnya sama.. dia terjatuh dan tenggelam... sehinggalah remaja ke dua berkata
"Kita patut bagitahu dia untuk berjalan diatas air.. mesti diletakkan batu dibawahnya..."



BAZUR
Semasa kempem pilihanraya Amerika... diperkampungan orang asli...
Seorang penceramah disambut hebat oleh penyokong2nya..
Penceramah : "Saudara², kerajaan sentiasa akan bersikap adil terhadap semua lapisan rakyat."
Rakyat : "Bazur! Bazur!".
Penceramah : (Dengan bersemangat) "Jangan percaya dengan janji manis pembangkang"
Rakyat setempat: "Bazur!Bazur!"
Penceramah : "Hidup Bush!"
Rakyat : "Bazur!Bazur!"
Setelah selesai.. penceramah tadi melawat kawasan setempat.
Dia dibawa ke sebuah rumah yang mana pemiliknya memelihara Lembu. Dilihatnya tahi lembu bersepah-sepah di halaman rumah...Tiba-tiba datang seorang penduduk berhampiran dan berkata.. "Maaf, Tuan, jangan masuk ke situ. Nanti tuan akan terpijak Bazur!.... Bazur! itu kotor dan busuk sekali!"

DOKTOR
Seorang suami menemani isterinya ke Klinik. Doktor menyuruh si suami menunggu diluar sahaja,

Beberapa minit kemudian, doktor itu keluar dengan cemas dan meminta seorang nurse untuk mengambilkannya besi leper...

Seketika kemudian... doktor itu keluar lagi dan meminta pula untuk diambilkan tukul.
Suami yang memerhatikan gelagat doktor itu dari tadi mulai cemas..
Sejurus selepas itu.. doktor itu keluar lagi.. dan kerana bimbangkan keadaan isterinya... lelaki itu bertanya kepada doktor..
"Doktor, ada sebenarnya yang telah terjadi pada isteri saya?"
Doktor itu menjawab, "Oh.. Maaf Encik, saya juga belum tahu bagaimana keadaan isteri encik... bahkan sampai sekarang.. saya masih belum boleh membuka kotak peralatan perubatan saya."

NENEK
Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya agar tidak terbang ditiup angin. Tiba-tiba Seorang lelaki menghampirinya dan berkata: "Maaf Nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap ditiup angin kencang ni ?" "Ya, nenek tahu," jawab wanita tua itu, "tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini". "Tapi nenek... semua orang memandang nenek.. tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni!" tegur lelaki itu Akhirnya wanita tua itu melihat kebawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu dan menjawab, "Nak, apapun yang anak lihat dibawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini baru nenek beli kemarin."


ABU DAN MILAH
Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah... Di depan pintu... gurunya sudah menunggu dengan muka garang...
guru : "Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?"
Abu : "Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula... akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai... "
guru : "Sudah..sudah.. kamu pulak Milah... kenapa terlambat juga?"
Milah : "saya tumpang abu naik motor tadi."


KARANGAN
Najman ditanya gurunya.
"Najman.. kenapa karangan kamu yang bertajuk "Kucingku" sama seperti karangan Misha?"
"Sebenarnya Misha tu sepupu saya cikg " jawab Najman ketakutan.
"Kalau ye pun sepupu tetapi kenapa isi dan jalan ceritanya sama 100%?"
"Betullah cikgu.. dah karangan yang saya dan Misha tulis adalah berkenaan kucing yang sama mana boleh isi dan jalan ceritanya berlainan...."


GIGOLO
Mustapha amat kecewa kerana dibuang kerja... lalu dia mencuba untuk menjadi gigolo. engalaman pertamanya bertemu seorang wanita muda yang kaya. Mustapha dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Mustapha terus dimasukkan ke dalam sebuah bilik. Mustapha berdebar-debar kerana ini adalah kali pertama dia masuk ke bilik seorang wanita. Fikirannya macam-macam... takut ada bernafsu pun ada. Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu buku dulu semua pakaian kamu dan tunggu disini dulu.. jangan ke mana-mana," ujar wanita itu
kemudian keluar dari bilik.

Mustapha terus membuka semua pakaiannya walaupun sebenarnya dia sangat malu kerana tubuhnya kurus kering. Setelah beberapa minit menunggu di bilik.... Wanita muda itu pun masuklah ke dalam bilik.. Tetapi kali ini bersama-sama dua orang anak kecil. Wanita muda itu berkata kepada kedua anak kecil itu..

"Mimi, Mamat... kamu mesti makan banyak.... Kalau tidak.. nanti badan kamu kurus kering macam abang ini."


TUALA WANITA
Dua orang anak kecil pergi ke Supermarket. Lan berusia 9 tahun, dan adiknya, Wan. baru berusia 4 tahun. Lan mengambil sebungkus tuala wanita dan menghampiri kaunter untuk membayarnya. Dengan tersenyum, cashier itu bertanya "Ini tentu untuk emak adik, kan?"
Lan berkata, "Bukan, bukan untuk mama saya." Cashier bertanya lagi... "Kalau begitu... tuala wanita ini untuk kakak adik la, kan?" Lan berkata, "Juga bukan untuk kakak saya." Cashier menjadi hairan dan bertanya lagi... "Habis ini untuk siapa?"

"Tuala wanita ini untuk Wan.. adik saya yang berusia 4 tahun ini." jawab Lan sambil menunding jadi kearah adiknya.. "Untuk adik yang kecil ini?" Cashier makin kehairanan...

"Ya. sebab kata iklan di tv tu.. jika anda memakai tuala wanita jenama ini.. maka Anda boleh berenang atau berbasikal. Lepas ni... adik saya mesti pandai berenang dan berbasikal"


KOMA
Setelah menjalani pembedahan yang serius dan lama, Lina mengalami keadaan koma. Dengan berbagai cara, para doktor tidak dapat menyedarkan dia kembali. Ketika Din.. suaminya.. datang ke bilik ICU untuk melawat Lina, isterinya, para doktor memberitahu berita buruk tersebut. "Kami tidak dapat menyedarkan dia." kata seorang doktor dengan suara lembut dan wajah muram kepada Din. "Tak pe la Doktor.. biar saya cuba pula..." Jawab Din. Lalu Din menghampiri Lina dan berkata dengan nada sedih... "Sayang... hari ni genaplah harijadi awak yang ke 55"

"29.." terdengar jawapan yang lemah dari Lina.


CASHIER
Di Supermarket ada seorang cashier yang sangat mahir dalam bidangnya. Dengan hanya mendengarkan bunyi benda yang diletakkan di meja kaunternya, ia dapat mengetahui harga
yang dibeli pelanggannya.
Suatu hari ada seorang pelanggan wanita menghampiri kaunter untuk membuat pembayaran...
Mungkin kerana sakit perut... pelangan wanita tadi secara tidak sengaja terbuang angin . Selepas semua barang diletakkan diatas meja... Cashier ini pun berkata:
"Semua sekali berharga RM 60.00"
Wanita : "Apsal mahal sangat.. saya cuma beli 5 batang pen dan tiga buah buku tulis.. biasanya cuma RM 10.00 saja"
Cashier : "5 batang Pen dan 3 buah Buku tulis itu memang harganya RM 10.00.. tapi gas Pemedih mata yang Anda test tadi itu seharga lima puluh lima ribu rupiah."


Citer Ganu VS Kelate
MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO.... NANTI KITO BAYAR
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH.....

SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......................
MENANTU TERENGGANU : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?