<$BlogRSDURL$>

Monday, July 25, 2005

Projek satu keluarga satu doktor 

RINGKASAN PROJEK

Mukaddimah
Projek ini ialah sebuah projek yang menggabungkan mereka yang berusaha untuk menjayakan anak-anak mereka menjadi seorang anak yang berilmu dan soleh sebagaimana tuntutan agama. Kita semua sedar betapa anak-anak itu menjadi satu amanah kepada kita. Kita juga sedar betapa susah menyempurnakan tanggungjawab mendidik anak-anak. Projek ini bertujuan menggabungkan mereka yang mempunyai aspirasi, pegangan, falsafah, prinsip dan ciri-ciri yang sama supaya dapat membantu satu sama lain untuk mencapai matlamat bersama. Seperti juga kumpulan-kumpulan lain yang menggabungkan penghidap aids/HIV, kanser, parkinson atau mereka yang mempunyai minat yang sama seperti kereta Porsche, Mini, Volkswagen, Subaru, motosikal Harley atau apa sahaja minat yang dikongsi, projek ini akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang serupa. Ini ialah projek berbentuk sukarela yang mempunyai matlamat jangka panjang.


Keahlian
Keahlian dicadangkan tertutup dan dihadkan kepada mereka yang benar-benar berminat. Syarat keahlian mestilah mereka yang mempunyai anak, Islam, tinggal di Malaysia, mempunyai pendapatan, sanggup berkorban masa, tenaga dan sedikit wang ringgit untuk aktiviti-aktiviti yang dirancang. Mereka juga mestilah mahir dalam menggunakan internet kerana perhubungan dianatara ahli akan dilakukan melalui internet yang lebih murah dari telefon atau surat menyurat. Had bilangan ahli belum ditetapkan, bergantung kepada keupayaan penganjur dan faktor-faktor lain.

Aktiviti:
Diantara aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

1. Aktiviti ilmu – perbincangan intelektual, ceramah, motivasi untuk ibubapa dan tusyen, ceramah kerjaya, perbincangan pelajaran untuk anak-anak

2. Aktiviti agama- ceramah dan perbincangan mengenai tarbiyah dan aspek-aspek agama yang berkaitan

3. Aktiviti sosial – mengeratkan silaturahim dan semangat setiakawan melalui aktiviti rekreasi seperti outing, perkhemahan, lawatan, hari perjumpaan, kenduri dan seumpamanya

4. Aktiviti ekonomi – khusus untuk mendapatkan sumber kewangan untuk menghidupkan kumpulan atau menjana tabungan untuk perbelanjaan pelajaran anak


Perlaksanaan
Projek ini dijangka akan dilaksanakan setelah kajian keatasnya dijalankan. Setakat ini, hanya kajian untuk menganalisa minat dari ibu-bapa sahaja dilakukan. Kajian selanjutnya akan diteruskan untuk menentukan samada projek ini viable sebelum keputusan untuk memulakan projek. Mereka yang telah menghubungi pengasas akan dimaklumkan perkembangan selanjutnya. Perlu diingatkan bahawa projek ini bukan sesuatu yang sudah pasti akan dijalankan. Pengasas berhak membuat kajian dan menentukan samaada projek ini diteruskan atau dibatalkan, bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan. Sekiranya projek ini terpaksa dibatalkan, mereka yang telah menunjukkan minat diharap tidak kecewa tetapi teruskan aspirasi untuk mencapai matlamat masing-masing. Sekiranya ini berlaku, pengasas memohon tidak ada apa-apa tuntutan dibuat kepadanya.


Perhubungan
Pada permulaannya, perhubungan hanya dengan pengasas melalui e-mel sahaja sehingga perlaksanaan projek. Perhubungan terpaksa dihadkan melalui e-mel kerana bebanan kos dan untuk mengelakkan gangguan sewaktu bekerja dan perasaan kecewa jika panggilan tidak berjawab.

Mereka yang berminat silalah hantar e-mel kepada
heryanti_hilmi@yahoo.co.uk dengan menyatakan minat untuk menyertai projek ini. Perhubungan akan dibuat dengan mereka yang telah menghantar e-mel menyatakan minat terhadap projek ini. Keahlian hanya akan dibuka kepada mereka.

Sekian.

Heryanti Hilmi

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?