<$BlogRSDURL$>

Monday, July 25, 2005

Berbadan kambing berkepala manusia 

Aku tahu la sama ada cerita nie benar ke tidak...... sebelum tu, nak minta sorry sebab berbahasa melayu standard... ialah kan, asal saya dari semenanjung!

Kisah terjadi waktu aku dlm perjalanan pulang dari KB. Kereta kami meluncur laju meredas 'highway' yg ketika tu lengang. Jam ditangan menunjukkan pukul 6 petang, kami singgah di Tutong untuk berehat dan makan malam. Di situ...semua dlm perjalanan ke destinasi
masing-masing.


Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kampung makcik aku yg tak jauh dari situ. Setibanya di sana sepupu aku bersuara. Dia kata tempat yg kita beristirehat tadi sebenarnya berhantu.

Kami tanya bagaimana dia tahu? Menurut sepupu aku waktu dia sedang makan, datang seorang penduduk disitu dan menceritakan satu kisah yg baru saja berlaku. Ada seorang lelaki yg duduk berehat di situ. Waktu tu malam, bulan mengambang penuh, tiada siapa lagi di situ.

Angin meniup sepoi-sepoi language...dingin.....terlalu dingin sehinggakan dia duduk berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas..... sedang dia berjalan, dia terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu roma berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan hendak mengejarnya. Dengan secepat kilat pemuda itu menoleh......tapi....tiada orang di belakangnya. Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.

Bunyi nya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk.....begitulah lebih kurang bunyinya...seperti kuda. Satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke muka....bunyi tapak semakin kuat......dia memberanikan diri dan toleh sekali lagi.

Alangkah terperanjatnya bila dia dapati ada sejenis makhluk berbadan kambing berkepala manusia merenung tepat ke arahnya. Kelihatan darah menitis-nitis dari mulut binatang itu,matanya merah menyala. Rupanya amat menyeramkan. Pemuda itu diam....tubuhnya tidak dapat bergerak...dia terpaku. Binatang itu menghampiri dirinya...setapak demi setapak dia
melangkah....kedengaran nafas binatang yg sungguh menggerunkan itu. Pemuda itu tidak dapat bersuara, mulutnya seakan-akan dikunci, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia tahu yg makhluk separuh kambing separuh manusia itu akan membahamnya..... makhluk itu
semakin dekat hingga mukanya bertentangan dgn muka pemuda itu. Dengan satu pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,

DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.....
ANAK KAMBING SAYA YG MAKAN DAUN PALAS.....
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA....
BUAH HATI SAYA BAGAI TELOR DIKUPAS.........

ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN
CHAN MALI CHAN!
KETIPONG PAYONG


"Oi! Oi!" ader suara background
lagik.....hehehehheheeh "CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN
MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG...oooOOOOHHHH"

Everybody!...let's sing together-gether!!!!!!!


CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG

PAYONG.....


Everybody..c'mon?.clap your hand?. CHAN MALI CHAN OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYOOOOOONGGGGG?..


HAHAHA.... jgn mare... terkana(terkena) sekali!!!



Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?