Monday, February 26, 2007
Tanda-Tanda Terkena Sihir
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah
payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin
memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta,
ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang
mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek
atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata,
telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak
sanggup mengubatinya.
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang
mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari
anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang
sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang
yang mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin
perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau
menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab
tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu
manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat
lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat,
hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada
pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak.
Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang
membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh
kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa
sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka,
menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak
mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim,
sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini
sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan
perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini
haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan
mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu
dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan
berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia
dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui
dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika
mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka
dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk
tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak
tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu
roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun
juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman
Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman:
15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan
hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak,
melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari
tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa
orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat
halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan
keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan
jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan
Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi,
petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada
Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan
menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu
seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan
wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan
perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu
matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah
senjata ampuh bagi syaitan.
Comments:
Post a Comment