<$BlogRSDURL$>

Monday, June 20, 2005

Kebangkitan toyol berpuaka!!! 

Pada petang yang agak mendung sedikit,wak leman bersiap sedia hendak pergi bekerja.Hari ni wak leman bekerja shift petang pulak."limah,abang nak pergi dah ni.."bergegas mak limah dari dapur menuju kearah wak leman.."jalan baik-baik bang"sambil mengucup tangan suaminya.Kini tinggal mak limah seorang saja dirumah.Anak-anaknya hashim,melanjutkan pelajaran ke universiti malaya.Dan fatimah bekerja di pulau pinang sebagai setiausaha.Pada malam itu sedang mak limah sibuk mencuci baju,terdengar anjing menyalak begitu kuat sekali dirumah jirannya."Ada pencuri masuk agaknya"mak limah menghiraukan salakkan anjing itu.

Sedang mak limah tengah layan mencuci baju dibelakang rumah nya itu,salakkan anjing itu semakin kuat dan lantang..mak limah bangun,pandang kekiri dan kanan,tapi tiada orang disekeliling itu.Mak limah duduk kembali."Apasal anjing ni menyalak tak henti-henti,mungkin ada hann...tu kot!!!"bisik dari hati mak limah.Anjing-anjing itu manyalak makin kuat..secara automatic,bulu roma mak limah menegang.

Mak limah tak sedap hati..toleh dibelakang tiada orang,toleh kembali didepan...muncul satu lembaga agak kecil,berbulu dibadan,berwarna hijau..tak sah lagi,ini mesti toyol...mak limah cuak giler.Mak limah membacakan ayat-ayat suci al-quran..Dengan rilexnye toyol itu mengikuti mak limah membacakan ayat-ayat itu.Lagi kuat mak limah baca..lagi kuat toyol tu ikut..

mak limah buntu "APA NAK JADI...JADILAHHH!!!!!!!"mak limah menyiramkan air sabun kearah toyol tu...dddusshhhhhh!!!!!!toyol tu menjawap"TAK PEDIHKAN MATA!!!!!

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?