<$BlogRSDURL$>

Monday, June 20, 2005

Ada Apa Dengan Mawi? 

Yup bebeh, peminat-peminat Mawi terlalu fanatik teramat-amat fanatik sangat. Apa istimewanya Mawi ni? Peminat menganggung-agungkan Mawi bagai nak rak. Jangan cuba nak jentik Mawi sikit dengan komen yang berbaur negatif, pasti korang akan terima akibatnya. Apalagi menghentam Mawi, pasti pedas dan sakit la hati korang membaca balasan dari peminat-peminat Mawi nanti. Tak percaya ke? Tak percaya baca saja sms kat @15 tu. Kaya betul peminat-peminat Mawi ni. Begitu sekali taksub dengan Mawi sampai sanggup berhabis kredit semata-mata nak back-up Mawi. Moto: Jangan hentam Mawi kesayangan kami.

Aku tak akan tulis satu-satu pasal persembahan pelajar-pelajar semasa konsert kedua. Semua orang dah tengok live kat Astro ria malam tu, dan kita dah tahu Elliza yang tersingkir. Elliza yang mempunyai suara yang power, aku ingat dapat bertahan beberapa minggu lagi, tak sangka dia yang AFBLAH dulu. Dah nasib kau Elliza, she's one of my favourites. Biasalah, kuasa veto semua di tangan pengundi. Pengundi ni halwa telinga mereka ada bermacam-macam jenis. Kadang-kadang suara yang sedap mereka kata tak sedap, suara tak sedap mereka kata sedap. Lebih-lebih lagi bila sebahagian daripada mereka ni mendengar dengan mata, bukan dengan telinga. Bila mata mereka kata pelajar ni ada personaliti yang menonjol, ada rupa atau bahasa standardnya Pakej? maka jari mereka pun tekan sms afundi xxx. Bab-bab suara tu belakang kira la. Kalau tak, dah tentu peratus Amylea dan Idayu tu tinggi, tapi sampai sekarang masih juga di belakang.

Berbalik kepada Mawi, tak tahu apa keistemewaan dia ni. Nak kata suara sedap sangat, suara pelajar lelaki lain pun sedap, suara Felix, Fuad, Keifli sedap apa. Tapi kenapa Mawi saja yang dipuji-puji sangat ni??? Sampai tak boleh nak kritik Mawi, siaplah korang kena hentam balik. Peminat fanatik banyak sangat, tak terkawal. Dah macam mainan psychology pulak! Aku rasa ni tentu sebab ramai dah kena brainwash?dengan latar belakang Mawi. Mawi biasa nyanyi lagu nasyid dan menang tilawah sana sini, so orang anggap inilah calon pelajar yang paling baik.

Tapi apa relevan background Mawi dengan menjadi pelajar AF3 ni?? Mawi masuk AF3 untuk jadi penyanyi, bukan nak bertanding qari. Hairanlah peminat fanatik Mawi ni mengundi Mawi berdasarkan background dia, bukan sebab suara. Ooppss, lupa pula, kalau dah minat sangat tu, suara tak sedap pun boleh jadi sedap lemak berkrim disukai ramai . AGAK-AGAK, KALAU PEMINAT TAK TAHU LATAR BELAKANG MAWI, BANYAKKAH PEMINAT FANATIK MAWI NI?

Aku tak benci Mawi, cuma rasa meluat dan bosan dengan peminat fanatik Mawi. Kat @15, sampai ada yang sanggup bertengkar sesama sendiri semata-mata untuk mempertahankan hak Mawi. Sanggup berhabis kredit untuk memperjuangkan Mawi. Jika seorang menghentam, maka berderet-deretlah pasukan tentera Mawi FC menyerang balas. Kesian orang yang memulakan perang ke atas Mawi tu, tak pasal-pasal dapat serangan balas dengan bom nuclear! Mulakan dengan bom tangan, diorang balas dengan bom nuclear. Habis semua terbakar kena radar! (macam bagus je perumpamaan yang aku buat ni, kui3).

Peminat fanatik Marsha pun macam tu juga. Tak boleh orang kritik sikit, dah peminat fanatik dia melenting. Siap boleh bertengkar lagi! Pujian untuk Marsha ni pun melambung tinggi, marsha pelajar tercantik la, suara power la, itu ini, tapi aku tengok dan dengar, biasa saja. Tiada kelebihan yang mampu menggugatkan vocal Idayu. Nak kata tercantik sangat, tak juga. Ekin lagi cantik apa. Bukan niat nak membanding-banding, tapi peminat fanatik Marsha yang dulu membuat perbandingan. Macamlah AF3 ni pertandingan ratu cantik! Tapi yang hairannya, bila ada orang lain cuba memprotes, apalagi mengamuklah peminat Marsha. Tak percaya, masuklah forum astro. Aku dah berapa kali kena counter-attack, malah posting tak kena publish (banned) lagi. Hehehe. Semuanya gara-gara tak setuju dengan statement di atas. Bak kata orang, lantaklah dengan peminat-peminat fanatik ni, susah betul nak betulkan minda diorang ni, macam dah terkena virus! Nasib baik dalam hal ehwal AF3 ni, aku masih berpijak di bumi yang nyata. Daripada melayan peminat-peminat fanatik double M ni, baik aku buat kerja lain yang lebih berfaedah!

Satu lagi dengan Marsha ni, aku rasa dia ni pelajar yang banyak sangat alasan. Masa kat konsert prelude,konon tarik diri sebab sakit tekak,ok acceptable! Lepas tu kat diari kata tak boleh makan itu dan ini sebab tekak masih sakit, orait acceptable! Pastu semasa konsert, bagi alasan tak dapat makan itu dan ini sebab agama (or something). Well, alasan yang tak linear langsung! Mana satu betul ni? Kalau alasan ni dipersoalkan, pasti peminat Marsha akan melenting.

Berbalik kepada konsert kedua AF3, selepas konsert, telah diadakan tirai akademi. So, M. Nasir dipanggil untuk ditemuramah secara live oleh Aznil. Aznil pun bertanya kat M. Nasir, siapakah pelajar yang mengecewakan malam tu? M. Nasir jawab persembahan Mawi lah yang mengecewakan. Tapi persepsi Aznil lain. Dia kata. Menurut M. Nasir, Mawi lah yang patut dikeluarkan.?Huk alloh, apa ni Aznil?? Kau tertidur ke malam tu? Bila masa pula M. Nasir kata Mawi patut keluar? Dia kata persembahan Mawi mengecewakan saja, bukan patut keluar! Nampak sangat airmuka M. Nasir terkejut dan tak puas hati dengan statement Aznil malam tu. Selepas ni, teruklah M. Nasir tu dihentam dengan peminat fanatik Mawi, kata M. Nasir tak professional la, M. Nasir tak sedar diri la, tak berhati perut la? buat pertama kalinya aku kesian dengan M. Nasir sebab jadi mangsa keadaan. Tapi aku suka statement M. Nasir sewaktu tirai, lebih kurang macam ni, Susah bila peminat terlalu fanatik?

Okay, kita jumpa lagi lain kali. Peminat Mawi dan Marsha, jangan maraaa...

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?