<$BlogRSDURL$>

Monday, June 20, 2005

12 perkara yang boleh dibuat di opis 

.... (dan kita tetap menganggap diri sibuk dan tak cukup masa)

  1. BerYahoo Messegers sambil menyiapkan proposal yang diminta oleh boss.
  2. Membaca blog bila keboringan tahap cipan muntah darah. Fokus bila membaca. Kalau menyentuh hati, bagi komen panjang lebar. Hantar email personal jika perlu.
  3. Dapatkan suratkhabar di ofis seawal mungkin. Siapa cepat dia dapat. Jangan mulakan hari anda tanpa membaca akhbar harian. Nanti tak tahu perkembangan terkini dan berita sensasi.
  4. Bersarapan di meja sendiri. Bagi menampakkan diri sibuk ya'amat.
  5. Baca semua email yang diterima. Termasuk semua akaun yang ada ( yahoo, gmail etc). Kalau ada 5 akaun, kelima-limanyalah terpaksa di baca dan dibalas.
  6. Menziarahi sahabat handai di department lain untuk bertanya khabar, membuat temujanji makan tengahari dan sebagainya.
  7. Menjual produk kesihatan dan sebagainya sebagai kegiatan sampingan dan mengisi masa terluang.
  8. Libatkan diri dengan semua persatuan atau aktiviti syarikat. Sentiasa bergerak cergas.
  9. Biarkan meja kerja anda kelihatan semak samun.
  10. Beritahu kakitangan anda, yang anda ada meeting di luar.
  11. Sambil bekerja, sambil mengunyah ‘jajan’, keropok , cikedis, asam etc. untuk menghilangkan tension terhadap task yang diberikan oleh boss anda. Selagi makanan tak habis jangan mulakan kerja (hehehehe)
  12. Buat-buat blurr bila boss tanya date line sesuatu projek. Sedangkan komputer anda sememangnya terkena virus akibat menjelajah ‘kawasan larangan’. Beritahu boss ‘takder computer saya tak boleh buat kerja”.
Boleh tambah sendiri ikut kesesuaian. Kutuk bebudak AF1 sampai AF3, bergossip, itu tak termasuk risau siapalah yang habiskan gula dan teh di pantry. Apalah nak masak malam nih. Bawa majalah terbaru untuk di baca di ofis.

Hahhaha ni hanya suka suka … jangan marah aku pula. Tapikan mesti salah satu at least kena kat batang hidung hang pa!!!! tak gitu????

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?