<$BlogRSDURL$>

Monday, May 10, 2004

makna penampar 

alkisah, aderler seorang pemuda ni yg di kurniakan tuhan kepandaian dan lebih-lebih lagi pula seorang yg terpelajar. di takdirkan dia ni datanglah kesebuah kampung untuk mencari org yg pandai dan org yg pandai itu mesti menjawab 3 soalan darinya kerana dia sendiri rasa takde org yg dapat memberikan jawapan yg munasabah dan jika org itu tidak dpt menjawab maka dialah yg terpandai sekali dlm dunia.

maka setelah bertemu org kampung dan menyatakan hajatnya utk bertemu org bijak pandai disitu.org kampung pun pergi mencari org yg dapat menjawab 3 soalan darinya. ditakdirkan lagi bilal telah di panggil utk menjawabnyer. maka terjadilah dialog antara mereka......

dia:sepanjang saya menuntut ilmu dah banyak saya belajar tapi ader 3 soalan yg saya rasa takde sapa boleh jawab.

bilal:apa dia 3 soalan itu.insyallah kalau boleh dijawab saya jawab...

dia:ok, soalan pertama.......

1)buktikan Allah itu wujud....

2)kenapa syaitan di bakar dgn api di akhirat sedangkan syaitan di perbuat dari api?

3)apa itu takdir?

jawablah kalau boleh..takde siapa boleh menandingi kepandaian saya....

lalu si bilal tenang mendengarkan soalan tadi manakala org kampung mula berbisik sesama sendiri dan suasana menjadi bingit.

tiba-tiba si bilal bersuara......

ok ini jawapan saya....dgn serentak si bilal menampar pipi org tadi dgn kuat dan suasana menjadi sepi kerana tindakan si bilal tadi.

dia:aduhhhhh!!! kenapa awak tampar saya?

bilal:itulah jawapan saya...

dia:saya tak paham......???

bilal:sakit tak saya tampar?

dia:sakitlah!

bilal:buktikan sakit itu ader.......

dia:errrr..aaa..(terdiam)

bilal:tgn saya berlapis kan kulit dan pipi awak pun lapis kulit ,kenapa kulit bertemu kulit boleh sakit?

dia: (terdiam lagi) manakala org kampung mula tersenyum suka.

bilal: itu jawapan saya yg kedua. semalam awak ader dpt mimpi saya nak penampar awak?

dia: tak der..

bilal: itulah dier takdir......

lalu si bilal pun pergi meninggalkan org tadi .

INGATLAH TUHAN MENJADIKAN SESUATU DI DUNIA INI DGN KEHENDAKNYA DAN SI ATAS URUSANNYA SENDIRI BUKANLAH TARAF KITA MEMPERSOALKAN APA YANG TERJADI SEBALIKNYA REDHA DAN PASRAHLAH DGN SETIAP KEJADIAN YG TERSIRAT HIKMAH DAN RAHMATNYA..........Renungkan"

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?