<$BlogRSDURL$>

Monday, February 16, 2004

Telekom - Mengaut Keuntungan Pengguna Internet 

Isu Semasa Menjadi kebiasaan syarikat - syarikat seperti telekom Malaysia tidak mengendahkan rintihan pengguna kerana mereka menjalankan perniagaan tanpa saingan. Namun kekesalan pengguna adalah tindakan mahu melihat keuntungan atas alasan mahu meningkatkan perkhidmatan tetapi perkhidmatan canggih mereka tidak disertakan dengan peningkatan servis atau khidmat pelanggan.


Mereka tidak mempedulikan kualiti perkhidmatan - atas dasar kalau tidak mahu melanggan khidmat telekom - tidak mengapa. Ini merupakan satu kegagalan sistem persyarikatan dan penswastaan yang ada kerana teguran dan kritikan tidak akan di layan oleh mereka kerana tugas mereka lebih tertumpu untuk membuat untung dari memberi perkhidmatan yang baik. Mereka yang di lantik menjadi pengarah dan pembuat dasar Telekom tidak juga terusik andai mereka gagal memberi perkhidmatan yang baik. Itu cuma kegagalan mereka memberi perkhidmatan yang baik, belum lagi kalau saya katakan bahawa Telekom kini menjalankan aktiviti merompak, mencuri dan menyamun wang rakyat.


Semua sistem perkhidmatan telefon lain baik mudah alih mahupun sistem telefon biasa sepatutnya tidak mengenakan caj sekiranya sambungan panggilan tidak berjaya. Tetapi lain pula bagi Telekom Malaysia khususnya berhubung dengan internet. Percubaan untuk menyambung panggilan ke internet sungguhpun tidak berjaya akan di kenakan caj dan ini bagi saya adalah satu "rip off" kepada pengguna.

Baru - baru ini saya telah di maklumkan oleh seorang rakan pengguna bahawa beliau di kenakan hampir RM 1.00 kerana cuba mendapatkan sambungan internet tetapi tidak berjaya. Apabila di hubungi nombor talian khidmat mesra pelanggan 1-300-88-1515 pada pukul 10.30 am - 9hb Oktober 2003, pegawai berkenaan mengatakan bahawa "server TM NET down" dan beliau mengakui bahawa sungguhpun "down" setiap percubaan untuk mengakses internet tetap di kenakan bayaran. Ini adalah satu "rip off" atau rompakan profesional Syarikat Telekomunikasi ulung negara ini dan tindakan ini amat memalukan.

Sekiranya RM 0.30 sen di caj secara kolektif percubaan beberapa kali untuk menyambung talian ke internet tetapi sebenarnya server "TMNET Domwn" bayangkan lah sekiranya hampir 30,000 pengguna membelanjakan sebanyak itu - hampir RM 9,000 di kaut oleh TM NET dan Telokom untuk servis yang tidak pernah di beri. Itu adalah anggaran tanpa perolehan statistik sebenar pengguna yang cuba - log in semasa server TM NET DOWN.

Saya syorkan agar Telekom Malaysia lebih bertanggungjawab terhadap komitment mereka kepada pengguna dan mereka yang gagal dalam mentadbir syarikat tersebut di singkirkan dari bertindak merompak pengguna.

Saya harap sekiranya perkara ini dapat di ajukan kepada pihak yang lebih berkuasa oleh sesiapa yang membaca kenyataan ini. Semestinya saya akan menghubungi Biro Perkhidmatan Awan UMNO untuk membantu dalam mengelakkan pengguna seperti rakan saya dan saya di rompak. Saya percaya caj tanpa memberi perkhidmatan adalah sama dengan tindakan mencuri.


Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?