<$BlogRSDURL$>

Sunday, February 08, 2004

Kalau Sudah Gila Judi.. 



Segala yang benar adalah dari ALLAH SWT dan segala yang salah dan tersilap adalah kerana kelemahan dan kedhaifan aku sebagai hambaNYA yang lemah dan kurang ilmu. Semoga artikel ini dapat mencanai kembali fikrah dan perancangan kita seterusnya , baik kepada muslimin muslimat khusus nya.

Terima kasih pada kerajaan kepercayaan majoriti rakyat di atas mentadbir dengan begitu amanah serta dapat mengekal kan kestabilan politik dan ekonomi di samping keamanan yang berterusan. Mana mana negara yang mempunyai bilangan penduduk dari berbilang bangsa seumpama Malaysia seharus nya di tabik kepada pimpinan kerana masalah integriti kaum dapat di tangani secara baik.

Kaum Hindu dapat meraya kan ritual Thaipusam pada Dewa Muruga dengan berarak pergi mari dari Batu Cave ke Kuil Mariamaha setiap tahun dengan aman tanpa ada sebarang gangguan dari kaum bangsa lain. Begitu juga dengan kaum kaum minoriti yang lain, hidup yang penuh harmonis tanpa ada sebarang sikap prejudis terhadap kaum majoriti melayu.

Tidak ada agama dalam dunia yang mengajar penganutnya kearah kerosakkan dan kejahatan, begitu juga teologi St Paul (Christianity - New Teastament), Zoroaster (monotisme Majusi), John Calvin (teologi Protestan) dan Confusius (Golden Rules). Bahkan agama yang paling agung dalam alam semester iaitu Islam yang telah di wahyu kan kepada Nabi Muhammad SAW meletak kan akhlak dan akidah di tempat yang tertinggi. Perspektif di sini begitu signifikan sehingga pemikir dan moralis yang tersohor seperti **Imam al-Ghazali menghabis kan umur hayat nya hanya dengan berhubung serta mengkaji berkaitan dengan pendekatan akidah serta akhlak umat manusia dan golongan orang awam.

Tapi kita orang melayu masih terhegeh hegeh cuba menongkah paradigma arus akidah dan akhlak yang terang terang telah di rencana kan dalam al-Quran. Yang masih menyalah gunakan kemudahan sepatut nya di gunakan hanya untuk kaum yang bukan beragama Islam. Betul kah?

Kuda? Magnum 4D? Sports TOTO? Bersepah merata. Entah apa apa lagi nama kompeni aku pun kurang pasti. Itu belum lagi di ambil kira loteri kebajikan masyarakat. (Ada judi kebajikan pulak dah??) Yang berlesen dan yang tak berlesen (black market - illegal pada definisi kapitalis). Untuk siapa dan kepada siapa tempat tempat ini di bina? Untuk orang Cina kah? Kaum India? Atau untuk golongan yang bodoh dan tidak tahu hukum hakam agama? Yang pasti, si pengusaha kelab judi ini bertambah kaya raya.. yang miskin dan papa kedana duduk telan lagi duit haram adalah pembeli pembeli berketurunan melayu. Besepah sepah orang melayu kita yang masih beratur sambil bermimpi angan menjadi kaya dan yang bagus nya ada di kalangan mereka yang membuat diskusi "incoming prospect" menilik jalur keputusan yang lepas untuk ditikam selepas ini. Seolah olah seperti kelompok budak sekolah yang sedang membuat "study group" bagi menghadapi peperiksaan.

Cekap tidak bertempat. Rajin tidak balik modal..


“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah amalan keji daripada amalan syaitan. Justeru itu, hendaklah kamu menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan” (Al-Maidah ayat 90)

Mereka ini tahu hukum hakam halal haram samada berjudi itu haram atau tidak? Well, mungkin sudah naluri manusia gamak nya : yang mana tidak boleh atau di larang oleh syariat Islam yang itu juga cuba di godek dan di perosah. Tapi kalau jati diri akhlak dan akidah kita menebal, InsyaAllah kita akan dibantu menjauhi dari mendekati perkara perkara yang haram.

Secara terang terangan bah kan amat memalu kan jika aku mengata kan hampir 60% yang keluar masuk untuk menjadi "jutawan segera" ini adalah sama kulit dengan aku. Bukan orang asli dari suku jahai (di hutan Hulu Belum Perak) tapi orang MELAYU, sudah semesti orang akan kata melayu related dengan Islam. Kenapa? Hendak kaya cepat? Lebih hebat yang berbaris dan bertandang membeli ini bukan dari sebaya dengan aku tapi sebaya dengan ayah aku!! Lagi lah biul bila aku memikir kan hal hal ini. Rumah kata pergi, kubur kata mari.. (Itu belum aku selongkar ke kelab kelab dangdut lagi..)

Atau dari segi istilah, kebanyakkan mereka pun luaran nampak orang yang baik baik tanpa ada sebarang syak dan keraguan. Dan dalam perspektif Islam, istilah akidah dan akhlak seperti mangkuk mangkuk ini yang hanya ada pada "lip service" bahawa mereka ini beriman sedang kan di hati mereka tidak pun wujud walau sekelumit iman. Cuba perhati kan potongan ayat ini :

"Di antara manusia ada yang mengatakan : kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka itu sesungguh nya bukan orang yang beriman. mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri, sedang mereka tidak sedar.." (Al-baqarah : 8-9)

Tapi apabila orang mengatakan dosa pahala dan syurga neraka bukan hak manusia untuk menilai dan menetukan. Ia adalah kerja Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi kalau kita umat Islam tahu akan judi, arak, zina dan syirik adalah satu dosa besar apakah jika kita melihat orang bertenggek beratur membeli ekor ini tidak melakukan sebarang dosa atau mendapat pahala? Fikir lah apa hendak jadi dengan melayu sekarang.. Maka tidak mustahil lah jika Jabatan Agama Islam Tempatan ini memakai prinsip “kubur lain lain.. dosa asing asing.." sebagai motto jabatan. Jarang sekali kita terbaca dalam media massa tentang berita orang di tangkap kerana kesalahan berjudi.

Di manakah salah silap kita?
Jabatan Agama Islam Tempatan mana pergi? (Tidur kot?)
Perlukah kita beban kan semua permasalahan ini hanya di bahu Jabatan Agama Islam Negeri?

Mungkin yang si pembeli ini sudah terlalu kemaruk hendak cepat kaya, kemaruk hendak pegang duit banyak dalam hanya sekelip mata maka alternatif lain ialah dengan cara haram iaitu berjudi.. Apa yang perlu kita tekan kan pada generasi muda akan datang hendak lah sentiasa beringat dan waspada, bagi menjamin ketulenan Islam dalam diri kita dan sekali gus kembali untuk mempelajari dan menghayati ajaran Islam yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika kedua dua hukum Islam itu di beri perhatian dengan sebaik nya, tidak ada sebab kenapa kita generasi muda tidak boleh menjadi hamba Allah yang terbaik di muka bumi Nya dan mengganti kan generasi samdol yang masih bertenggek khayal menilik kertas judi..

"dan jangan lah kamu berdusta dengan sebab apa yang di sifatkan oleh lidah kamu : ini halal dan ini haram." (surah An Nahl : 116)

Allahu Akbar..

** ..Al-Ghazali menjustifikasi kan bahawa akhlak itu lebih merujuk kepada 'keadaan' atau 'suasana' yang terdapat dalam jiwa seseorang bukan hanya dengan laku dan perbuatan yang dapat di tonton sebagaimana terpamir di permukaan diri seseorang pelaku....

Wallahu’alambissawwab.





Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?