Friday, October 31, 2003
Biar sejarah menilai saya
Semasa kecilku aku tidak mengerti kehebatanmu. Setelah remaja baru ku sedar betapa banyak bakti yang telah kau taburkan. Tun Dr. Mahathir, sesungguhnya kemajuan negara kerana dedikasimu. Tiada perkataan yang dapat ku gambarkan akan semangatmu itu selain jutaan terima kasih buatmu. Meskipun tidak pernah bersua namun dikau tetap menjadi pendorongku.
Kehilangan permata yang berkilau di ufuk timur menggamit nostalgia duka apabila engkau tiada, sungguhpun begitu jutaan terima kasih masih belum dapat membalas budimu selama menjadi tokoh terbilang bangsa Melayu kini dan selamanya.... Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan mu wahai Tun Dr. Mahathir......
22 tahun bakti ditabur menjadikan Malaysia berada di 'puncak'. Zaman remajaku hingga kini dewasa, aku saksikan kewibawaan kepimpinanmu. Meskipun duri cabaran yang ditempuh, tidak mematahkan semangat juangmu untuk terus berbakti. Kerelaan bersara ketika kami masih perlukan kudrat dan buah fikiranmu, menjadi satu sejarah pemimpin dunia. Semoga Allah memberkati segala usahamu.
Tahniah di ucapkan kepada Tun Dr Mahathir kerana telah mengabdikan dirinya kepada Agama, Bangsa dan Negara selama ini. Perjuangan mu tidak ada tolok bandingannya . Ketegasan dan kejituan Jiwa kamu Tun Dr Mahathir meletakkan kamu sebagai seorang pemimpin Islam dan Bangsa melayu yang terulung . Visi kamu menjangkaui umur mu , Mungkin 100 tahun akan datang masyarakat Melayu dan Islam akan faham apa erti langkah dan perjuangan mu itu.
Sifatmu yang berani berkata kerana benar itu membuat diriku terharu. Segala kritikan yang ditujukan oleh dirimu terhadap kami memang pedas , Ia ditujukan khas kepada orang melayu yang tidak mahu berusaha. Kritikan ini perlu kerana golongan ini masih ramai di dalam bangsa melayu . Hanya yang faham akan tahu .
Kritikanmu itu memang pahit untuk ditelan namun yang pahit itulah sebenarnya terkandung penawar . Kritikan perlu dilihat dari sudut positif dan bukannya negatif . Hanya mereka yang benar-benar sayang yang berani mengkritik. Oleh kerana terlalu sayangkan bangsa Melayu dirimu sanggup mengkritik.
"Mengkritiklah secara berani jika yakin akan kebenarannya dan hindarilah mengkritik atas dasar hasad dengki dan kebencian" . Orang Melayu perlu di kritik kini,jika tidak mahu malu kemudian hari.Apakah tidak ada kebenaran kepada kritikan itu ?
Terima Kasih Bapa Malaysia. Jika dahulu Malaysia kurang dikenali, Bangsanya yang mundur dan dihina, Hilangnya maruah bangsaku di tangan penjajah, Terkulai layu di bangku sepi. Lahir seorang pejuang, Dengan sentuhan Dilema Melayunya, Telah mengubah hidup bangsaku, Kini negaraku berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Terima Kasih Tun Dr Mahathir.
Sekiranya diimbas kembali, terdapat banyak keputusan-keputusan Tun Dr Mahathir yang dianggap tidak popular pada mulanya tetapi di masa kemudiannya membuktikan kata-katanya. Contoh kecaman beliau terhadap George Soros yang dianggap keterlaluan pada awalnya sehinggakan ada pihak telah menyuruh beliau berhenti membuat kecaman. Namun masa telah membuktikan kebenarannya.
Tun Dr Mahathir sanggup menjadi tidak popular dengan mengkritik bangsanya sendiri iaitu melayu kini demi memartabatkan maruah bangsa Melayu pada masa akan datang .Angaplah teguran itu sebagai sebuah cabaran dari Tun Dr Mahathir kepada Orang Melayu .Anggaplah Teguran Itu sebagai teguran seorang ayah kepada anaknya .
Ayahanda Mahathir, wira bangsa Sejarah Melayu berulang semula. Setiap zaman ada Bendaharanya berkhidmat ke bawah duli berdaulat membawa negeri ke persada dunia. Kami bangga menjadi rakyat. Perjalanan ayahanda belum selesai, pengorbananmu tiada dapat kami balas. Berehatlah, janjimu akan kami tunai demi menjunjung tanahair tercinta kekal menjadi teladan yang tuntas "Takan Melayu hilang di dunia"
Orang Melayu harus menerima hakikat diri mereka kini dan berusaha mempertingkatkan usaha demi membawa Melayu ketahap yang lebih tinggi pada masa akan datang . Sahutlah cabaran Tun Dr Mahathir secara positif , Yakin dan Percayalah jika kritikan ini di sahut dengan positif Yang Pasti Mendapat menafaat adalah orang Melayu dan bukannya Tun Dr Mahathir .
Ayahanda Mahathir, perjuanganmu ku amati. Sejarah kepimpinanmu kusanjungi. Terima kasih kerana sanggup menjadi Perdana Menteri walau halangan silih berganti. Rasa selamat di jiwa kami dan anak-anak kami bila kau menerajui Malaysia yang dicintai. Bagi kami kau adalah pilihan hati sebagai wira paling sejati. Doa kami sentiasa mengiringi. Istirehatlah ayahanda. Terima kasih khidmat bakti.

Comments:
Post a Comment