<$BlogRSDURL$>

Thursday, March 16, 2006

Suara Orang Melayu Sudah Mati 

Sejak zaman kebangkitan Nasionalisme negara pasca pengenalan Dasar Ekonomi Baru, The New Straits Times Press (NSTP) merupakan antara salah satu lambang perjuangan orang Melayu memerdekakan aset-aset negara ini. Pada 1972, NSTP telah menjadi milik rakyat negara ini sepenuhnya dengan perpisahan dari Straits Times Singapore.

Sejak itu orang Melayu menguasai kepimpinan NST dan Berita Harian atau pada masa-masa tertentu wujud jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP yang mengawal kedua-dua akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris di bawah stable NSTP.

Nama-nama seperti Mazlan Nordin, A. Samad Ismail, Kadir Jasin merupakan antara Ketua Pengarang Kumpulan yang meninggalkan begitu banyak jejak-jejak perjuangan nasionalisme ekonomi orang Melayu dan rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja bersedia mengkritik kerajaan malah sentiasa menjadi benteng negara menghadapi sebarang perbalahan dengan Singapura.

Hari ini, NSTP sudah tidak lagi boleh diharapkan untuk berlawan hujah dengan Singapura. Sebaliknya, perlantikan Datuk Kalimullah Hassan Mesrul sebagai Ketua Pengarang NSTP telah menjadikan budak-budak Singapura menguasai syarikat akhbar orang Melayu dalam bahasa Inggeris ini.

Satu demi satu pengarang-pengarang besar Melayu di kumpulan NSTP terpaksa berundur secara terhormat. Nama-nama seperti Datuk Ahmad Talib, Ahmad Rejal Arbie, Zainul Ariffin secara diam-diam dipencilkan. Bagi Pengarang besar seperti Ahmad Talib yang berpengalaman menjadi Timbalan Ketua Pengarang kepada beberapa Ketua Pengarang Kumpulan sejak Kadir Jasin, tentulah berasa terhina dengan sikap Kalimullah yang menjadikan beliau sebagai Group General Manager, Communications and Editorial Marketing.

Satu jawatan yang bukan sahaja menyisihkan Ahmad Talib daripada kumpulan editorial, malah bolehlah dianggap sebagai menghina beliau sebagai seorang wartawan dan pengarang yang telah lama menyumbang bakti dalam kumpulan NSTP.

Kalimullah bukanlah datang dengan kredebiliti dan integeriti yang hebat untuk layak dinobatkan sebagai Ketua Pengarang akhbar tertua di Malaysia - NSTP. Jika pengarang-pengarang NSTP merupakan mereka yang telah terbukti ampuh dan penuh pengalaman, Kalimullah diparacutkan ke dalam NSTP tanpa sebarang pengalaman pengurusan akhbar yang relevan. Hanya kerana bersandarkan hubungan dengan Nor Mohamamed Yaakob dan kemudiannya Pak Lah, beliau berjaya menjawat satu jawatan yang dulunya hanya dimiliki oleh mereka yang telah teruji dan terbukti dalam bidang kewartawanan.

[Sehingga hari ini kalangan pemerhati media berasa amat hairan dan takjub bagaimana seorang manusia yang hanya layak menjadi wartawan korespondan NST Singapura; tidak lepas security clearance untuk menjadi Setiausaha Akhbar Tun Ghafar Baba (ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri); yang telah pun disenaraihitamkan oleh Sanusi Joned (pada awalnya Sanusi turut membantu Kalimullah ini); dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan beberapa individu dalam Internal Security Departmen of Singapore; dan gagal untuk mendapat perhatian Dr. Mahathir, boleh dengan tiba-tiba menjadi ketua Pengarang sebuah akhbar yang berpengaruh di Malaysia.]

Nilai kewartawanan Melayu dan Malaysia di NSTP yang dibina oleh Tan Sri Nordin Sopiee, Mazlan Nordin, Samad Ismail dan Kadir Jasin sudah dipijak-pijak dengan perlantikan Kalimullah.

Selain penyingkiran Ahmad Talib, Kalimullah mula menyingkirkan mana-mana editor kanan atau wartawan senior ke jawatan-jawatan pentadbiran bagi membolehkan beliau membawa masuk wartawan-wartawan yang tidak mengambil kira nasionalisme dan semangat Jalan Riong yang dibanggakan selama ini.

Hari ini, Brendan Pariera, koresponden NST Singapura, yang baru beberapa bulan dibawa masuk ke dalam NST sudah dilantik menjadi Editor Kumpulan NST. Ini bermakna selepas Datuk Hishammudin Aun yang menguasai kedua-dua kumpulan, orang yang besar di NST ialah Brendan. Hina sangatkah para wartawan NST yang telah lama memerah keringat menyjmbang bakti ke pada akhbar ini sehingga diketepikan demi seorang koresponden NST Singapura yang dahulunya tiada kerja lain kecuali memburukkan negara Malaysia ini. Jika dahulu NST pernah kecoh dengan seorang ahli politik yang mempunyai taraf PR Australia, hari ini NST sendiri melantik Editor Kumpulan (Group Editor) NST daripada rakyat Malaysia yang memegang taraf PR Singapura.

Brendan bukan sahaja anti UMNO suatu ketika dahulu, malah sepanjang hidup beliau dikatakan mendapat didikan dan asuhan di Singapura.

Tidak cukup Brendan, kini kalimullah membawa masuk agen-agen akhbar asing yang suatu ketika dahulu hanya berkerja memburukkan Malaysia. Mengapa orang seperti Rajan Moses, Nadarajah (bekas koresponden Far Eastern Economic Review) dan beberapa orang lagi bekas koresponden media asing di Malaysia mendapat tempat yang istimewa kepada Kalimullah dan NST?

Sejak pengambil alihan 1972, NST merupakan sebagai benteng intelektual orang Melayu yang menulis dalam bahasa Inggeris. NST juga dilihat benteng terakhir bila berhadapan dengan media-media asing yang cuba memburukkan Malaysia. Hari ini Intelektual Melayu di NST sudah mati.

Lebih menyedihkan bukan sahaja inteletual Melayu telah mati di NST, malah roh dan semangat orang Melayu juga telah mati bila bekas wartawan hingusan NST Singapura dan kini Editor Kumpulan NST, Brendan Preira menulis "Notes From a divise year" pada 25 Disember 2005 lalu.

Roh DEB, Suara Orang Melayu dan jerih perih Tun Razak meMalaysiakan NST akhirnya dikuburkan dengan percaturan politik yang salah, melantik si kitol menjadi penguasa NSTP.

Hari ini, orang Melayu sudah membeli akhbar The Star milik MCA. Kalimullah mungkin berjaya "memaksa" beberapa wakil rakyat dan menteri membeli secara bundle akhbarnya untuk menaikan jualan dan namanya. Namun orang Melayu secara keseluruhan sudah tidak melihat NST sebagai suara mereka.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?