<$BlogRSDURL$>

Tuesday, September 13, 2005

Lawak Polis 

Lawak Polis 1

Seorang pegawai polis menahan seorang Pak Cik kerana tidak menampal sticker "P"

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik angin).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa
jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...


Lawak Polis 2

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.
Polis : Maner lampu ?
Penunggang : Tuuuu (sambil memuncungkan bibirnya) ....ader kat depan tuh ...
Polis : ish .. loyar buruk plak mamat nih ... apsal tak menyala?
Penunggang : Maap la tok ... dah kene potong
Polis : pehal plak mamat ni lampu motor kene potong?
Penunggang : bil tnb tak bayar lagik ...tee hee hee ....(sambil menutup mlulutnya dengan tangan ala2 tersenyum sipu)
Polis : oh loyar buruk ehh ... balai citer ...



Lawak Polis 3

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.
polis : pesal lampu depan tak nyala? ko cakap pasal bil tnb lagi aku "kompang" kang!
penunggang : ala tok ... sini lampu, sana lampu, mana2 pun lampu ... nak wat per lampu lagi tok ..
polis : oooo ... ko loyar buruk lagi eh. siap ko ...

pegawai polis pun lantas memancitkan tayar motor penunggang motosikal itu ..

penunggang : apa ni tok ... tayar saya tak der angin cam ner nak jalan ...
polis : sini angin, sana angin, mana2 pun angin ... nak wat per angin lagik!



Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?