<$BlogRSDURL$>

Monday, September 12, 2005

Matematik 

Ini kisah yang aku lalui ketika aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Kedaik. Hampir 98% daripada murid-murid di sekolah itu terdiri daripada orang Asli keturunan Jakun. Aku mengajar subjek matematik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Ketika aku mengajar Matematik untuk darjah 3, ada satu peristiwa yang buatkan aku rasa anak murid aku ini (namanya Roslan) setaraf dengan Plato atau Socrates. Macam ini dialog yang berlaku ketika pengajaran bagi topik "Operasi Tambah":

Aku : Okey, murid-murid. Kalau 2 + 2, jawapannya 4. Kalau 3 tambah 2, jawapannya 5.
Roslan : Cikgu, kenapa 2 + 2 jawapannya 4.
Aku : (Dalam hati) (Bagusnya budak ini. jarang sekali nak dengar pertanyaan daripada murid Asli). Macam ini, ada 2 biji bola ditambah lagi 2 biji bole. Okey, kesemuanya akan jadi 1 ... 2 ... 3 ... 4, jadi kesemuanya sekali ialah 4.
Roslan : Hah? Cikgu salah tu.
Aku : kenapa pulak salah?
Roslan : Cikgu, kalau cikgu nak membilang, tak semestinya bermula daripada 1 ... 2 ... 3 ... 4. Kalau kita nak membilang kita boleh mula daripada mana-mana aje.. Contohnya, boleh kita mulakan daripada 8 ... 3... 4... 2.. 9 ... 5...
Aku : Ops! Awaklah bakal Profesor kelak ...

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?