<$BlogRSDURL$>

Tuesday, July 19, 2005

Lawak of the day 

Asal usul tuala wanita
Pada zaman dahulu di kampung Paku laris iaitu sekampung dengan Pontianak Harum Sundal Malam. Wujud seorang pemuda bernama Sani. Sani amat ditakuti oleh penduduk kampung kerana kemisteriannya iaitu suka minum darah binatang dan boleh melayangkan dirinya di udara dan juga pengamal ilmu hitam. Sehingga satu masa habis semua binatang berdarah di kampung itu dihisapnya, termasuklah lembu, ayam, kambing, hatta kucing parsi ketua kampung pun terlibat sama. Penduduk kampung sudah tidak tahan lagi dengan keadaan tersebut lalu mereka membuat persidangan JKKK di balai raya bagi mencari jalan penyelesaian. Namun semuanya menemui jalan buntu. Tapi tanpa disangka² akhirnya terbunuh juga Sani setelah terhisap darah ayam yang terkena selsema burung. Maka mengadaplah roh budak Sani tu tadi kat ketua dia yang berada di alam lain bagi mendapatkan pengampunan.

Sani: Kapten, sudilah kiranya engkau ampuni aku dan hidupkan aku semula.
Kapten Hantu: Boleh, apa tak leh lak...tapi kau sudah tidak boleh jadi manusia.
Sani: Susah2 aje tuan ni... tapi aku mintak supaya aku masih boleh menghisap dan boleh terbang.
Kapten Hantu: Ok...Lu pejam mata dan angkat tangan ke langit... Gua jadikan Lu Dracula !!!

Maka Sani pun menjalani kehidupan seperti biasa iaitu kacau sana dan kacau sini. Ramai penduduk kampung Paku Laris yang mati kena hisap darah. Penduduk kampung sekali lagi bersidang dan seorang bomoh Ali dipanggil untuk menyelesaikan masalah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Sani ala Dracula tersebut berjaya di tangkap dan dibunuh dengan penuh sadis sekali oleh penduduk kampung. Jasadnya dikerat 24 dan ditanam di 24 tempat yang berasingan. Maka mengadaplah sani buat kali kedua.

Sani: Tuan.. aku mati lagi la..
Kapten: Tu la kau.. tak pandai cover line..tapi nasib baik aku ni pemurah...ok aku hidupkan kau balik...Tapi tak boleh dalam bentuk manusia.
Sani: Ok... Tapi aku masih nak menghisap darah dan boleh terbang.
Kapten: Orait.... Aku jadikan kau nyamuk..!!!


Maka Sani pun hiduplah seperti biasa walaupun dalam keadaan jasad berlainan. Kejahatannya terus berleluasa. Ramai org-org di kampung paku laris mati akibat jangkitan denggi sehinggalah satu hari datang Jab Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Seremban datang menyembur gas. Maka kelam kabutlah si Sani melarikan diri dan akhirnya beliau mati akbat terhidu gas beracun tersebut. Maka dengan penuh segan silunya mengadap lagi Sani mengadap Kapten hantu buat kali terakhir.

Sani: Tuan......
Kapten: Sudah2 ... aku dah tau hajat kau...tapi ini kali terakhir aku boleh tolong kau... aku hanya boleh jadikan benda tak bernyawa saja.
Sani: Tak de nyawa pun takpe lah...tapi aku tetap nak hisap darah dan bersayap....
Kapten: Pelik sungguh permintaan kau ni.... Aku aku meeting dulu dengan PA aku. Setelah beberapa hari maka dapatlah satu benda yang sesuai untuk ditukarkan sani.
Kapten: Sani... kau jaga la diri baik-baik. Aku yakin kau akan wujud sampai bila-bila. Aku jadikan kau TUALA WANITA BERJENAMA SaniTA iaitu dengan ciri-ciri penyerapan darah 2 kali ganda dan ada wing.



Pontianak Harum Sundal Bodoh
Di suatu kawasan gelap.. Seekor Hantu Pontianak ternampak seorang lelaki sedang melintas kawasan itu.... Lalu Pontianak itu menghampiri lelaki tersebut sambil bertukar rupa menjadi seorang pompuan yang cun...

"Abang nak gi mana nie? Boleh saya temankan ?" tanya Pontianak tersebut..
Tiba-tiba lelaki itu berkata.. "Kamu Bodoh ye..?!! Aku ada Perogol Bersiri!!!"...
Kerana takut di rogol... gadis cantik @ Pontianak itu lari dengan lajunya..
Setelah beberapa lama berlari.. tiba2 Gadis itu berhenti... "Kenapa Engkau berhenti ?".

Tanya perogol kehairanan... Si Gadis Cantik itu tiba2 bertukar rupa menjadi hodoh dan berkata..

"Kamu Bodoh ye?!! Aku Pontianak.. Ha Ha Ha..!!!" Lalu menggigit Pusat lelaki terbabit..


Yellow Pages
Seorang gadis cantik menghampiri meja pengawas perpustakaan di Sebuah Perpustakaan Umum. "Minggu lepas saya meminjam sebuah buku, tapi itu adalah buku yang paling membosankan dalam banyak buku yang pernah saya baca sebelum ini. Tidak ada cerita sama sekali.. juga terlalu banyak watak didalamnya... pelik sungguh!"

Pengawas perpustakaan menyahut...
"Oh, pasti Andalah orangnya yang telah mengambil buku telepon kami."


Takut jarum suntikan
Suatu malam.. seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar tapi sangat takut dengan jarum suntikan. Waktu si doktor mahu menyuntik.. lelaki tadi berkata.." Doktor.. tolong jangan suntik, saya takut!".
Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.
Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".
Lelaki menjawab.. "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."


Ya, Boss
Razak seorang pekerja baru disebuah syarikat... suatu hari dia mendapat panggilan telefon daripada bosnya...
"Ya, Bos.." kata Razak dengan hormat dan sopannya. "Ya, Bos... Ya, tentu saja Bos.. ya.. ya.. ya.. ya, Boleh Bos.. Ya.. ya.. ya.. TIDAK.. Bos!" Tiba-tiba.. pekerja lain yang mendengar perbualan itu... terkejut dan berkata "Berani awak mengatakan TIDAK pada Bos. Disini tiada sorang pun yang berani mengata tidak tau.. Apa sebenarnya yang Bos nak?"
"Bos tak minta apa-apa," jawab Razak
"Dia hanya bertanya apakah saya tidak letih terus-menerus berkata "YA"."


Baju panas utk anjing
Seorang amoi sedang berada di sebuah kedai kelengkapan binatang.
Amoi : "Aku ingin membeli baju panas untuk anjingku."
Peniaga: "Oh, ada... . boleh saya tahu saiz apa?"
Amoi : "Emm.. tak pasti plak...."
Peniaga: "Okeylah, kalau macan tu.. apa kata u bawa anjing tu kesini?"
Amoi : Ehhh, mana boleh! Saya sengaja tak bawa anjing saya, sebab nak buat suprise."





Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?