<$BlogRSDURL$>

Monday, July 18, 2005

Kisah lawak hari ini 

DoA qUnUt
Dalam sebuah kampung, tinggal dua orang saudagar yang miskin dengan harta Benda.Saudagar tersebut adalah Ujang dan Kudin. Ujang adalah nama singkatan daripada Uban JANGgut, manakala Kudin nama singkatan daripada KUku alaDIN.Mereka telah berjanji untuk bersama-sama mencari pekerjaan untuk mencari rezeki.Akhirnya, Ketua Kampung, kampung Uku telah mengambil mereka sebagai pekerja.Ujang dan Kudin pun sangat gembira kerana mendapat pekerjaan yang amat lumayan.Ketua Kampung tersebut dikenali sebagai Tok Janggut.Tok Janggut telah memberitahu mereka bahawa gaji mereka dalam sehari ialah RM100.00 tunai.Ujang telah mendapat pekerjaan sebagai mengira bulu kambing manakala Kudin mendapat pekerjaan sebagai menunggu ayam jantan bertelur.


Walaupun begitu, mereka terpaksa bekerja untuk mencari rezeki. Akhirnya mereka telah dilepaskan oleh Tok Janggut sebab pekerjaan yang mereka lakukan itu tidak mendatangkan hasil.Mereka pun merantau kembali dengan rasa yang sedih dan hampa.

Pada malam Jumaat itu, mereka telah terserempak dengan orang kampung yang samseng-samseng. Salah seorang daripada mereka ialah Lamin."Hoi, orang miskin! Apa kau buat kat kampung aku ni, hah!!!" kata Lamin.Ujang pun berkata, "Kami berdua nak merantau cari rezeki". "Cari rezeki?Rezeki apa...?"kata seorang lagi daripada orang kampung yang samseng itu.Ujang dan Lamin pun berdiam diri saja.Orang samseng itu pun amat marah dengan mereka sebab pertanyaan yang mereka ajukan itu tidak di jawab. Lalu mereka pun memukul Ujang dan Lamin.

Ujang dan Lamin telah diselamatkan oleh seorang Tok Guru.Ujang pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Tok Guru itu.Lamin pun berkata, "Boleh tak Tok Guru ajar kami ni bersilat?" "Boleh dengan syarat, kamu tahu tak baca doa qunut?" kata Tok Guru itu. "Tahu, nak yang pendek ker panjang?" kata Ujang dan Lamin. "Semualah sekali!!!"kata Tok Guru itu pulak."Baiklah, kalau pendek bunyinya 'Qunut' kalau panjang bunyinya 'Quuuunuuutttt'.......


Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni


Wasiat terakhir
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.

Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan
akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka MakTemah bukan orang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.

Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan
membacanya...

"tolong jangan pijak salur oksigen aku, tok ketua !"


Kisah buah durian
Dua orang askar telah tersesat di sebuah hutan.Jarak diantara mereka ialah satu jam perjalanan.Mereka bergerak menyusuri sungai dgn berhati hati.Tiba-tiba Askar A yang yg berada didepan ternampak seorang awek cun tengah membasuh kain ditepi sungai tu. "Mak oii...lawanya,jadi bini cantik ni..!"kata Askar A dalam hati.Dia pun mendekati awek yg berkemban tu dan menyampaikan niatnya untuk berkenalan.Dengan tersipu-sipu awek tu menyuruh Askar A meminta izin dgn bapaknya dipondok yg berdekatan.


Askar A pun berjumpa dgn bapak awek tu dan orang tua tu bagi dia dua syarat.Pertama, untuk kawan ngan awek tu Askar A mesti berjalan kearah barat dalam 200 langkah dan bila ternampak sebatang pokok ambik buahnya 10 biji.Syarat yg kedua akan di beritahu selepas menunaikan syarat pertama. Bila Askar A pun blah, Askar B pula sampai dan terserempak dgn awek tu jugak dan tangkap cinta-cintaan! Awek tu pun bagitau perkara yg sama dan orang tua tu pun bagitau syarat yg sama. Cuma bezanya Askar B haruslah menuju kearah timur.Selang 15 minit Askar A pun sampai dengan 10 biji buah langsat.

Kata orang tua tu "Syarat yg kedua anak hendaklah memasukkan 10 biji buah langsat kedalam buntut anak tapi tak boleh ketawa,kalau ketawa....kensel."Oleh kerana terlalu syok kat awek tu ,Askar A pun membuat dengan serius untuk mengelakkan dari terbatal.

Elok aje dia nak memasukkan biji langsat yg kesembilan, tiba-tiba dia gelak terbarai,"Aarhhhahahak.!Huargh.!Huargh..!Huargh! Aku nak masukkan biji ni pun terkulat-kulat tapi kau..Huargh..!Huargh..!Huargh katanya tergelak sambil terguling-guling atas tanah sebab dari jauh dia ternampak Askar B menjinjit 10 biji buah durian !


Kisah Pemandu Bas
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)....


Gambar
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya Dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.

Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...!!"



Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?