Tuesday, November 23, 2004
Berlunaklah Mendidik Isteri
Assalamualaikum.
Pada mereka yang belum sempat membaca artikel ini dan telah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga.Kalau ada apa2 masalah keluarga , sila lah mohon sisuami membaca dan seterusnyer menghayati artikel ini.Katakanlah pada sisuami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Amin
BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI
DALAM kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka. Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencarihiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiranyang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumahtidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.
Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri sertaanak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup
hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama. Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik denganwanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamumembiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik dengan wanita
Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburuatau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.
Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul dikediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan salingmenyalahkan pelakuan suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh RasulullahSAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar.Bagindabersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinyaselama sebulan. Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka.Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat denganbersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullahyang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda. Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambilsikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena denganisteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumahKhalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itusambil berkata pada dirinya: Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!
Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi,Khalifah Umar keluar dan emanggilnya. Umar bertanya, Apakah tujuankedatnganmu? Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuanisteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku laluberfikir, Kalau isteri Amirul Mukminin pun sepertiitu, apa lagilah isteriku.
Khalifah Umar menjawab: Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya. Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!
Lelaki itu menyahut: Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku! Khalifah Umar kemudian menasihatinya: Saudara,bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.
Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya. Hadis Rasulullah SAW : Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yangmelakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.
Rasulullah SAW juga bersabda Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaandan sikap isterinya, manakala isteri yang sabarmenghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.
Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikapisterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamukitu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri
Pak Syeikh - Sebaik2 perhiasan orang mukmin ialah isteri yang solehah. Nak dapat isteri yang solehah suami kena jadi soleh dahulu.Pada zaman sure heboh,akademik fantasia, melayu idol ader lagik ker suami dan isteri yang solehah? Kalau isteri dan anak perempuan pemimpin pun tak tutup aurat, apatah lagik rakyatnyer. Mana ijtihad ulamak akan aurat isteri pemimpin.