<$BlogRSDURL$>

Thursday, April 06, 2006

Apa Punca Anak Derhaka 


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan 'anak derhaka'. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka di kalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.


Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

(0) comments

LAWAK JENAKA: My Interview With Ultraman 


Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.

Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

Credit to ENAM JAHANAM , LISITEUR

(0) comments

LAWAK JENAKA: Apek punya kes! 


Arakian tersebutlah kisah di sebuah negeri antah berantah tinggallah dengan aman damainya seorang apek penjual basikal yang kerja tidak lain hanya menjual basikallah akan dia... .. pada suatu hari yang damai maka keluarlah apek ini ke bandar untuk membeli supply makanan dan rokok daunnya... maka berkayuhlah apek dengan basikal kesayangannya iaitu dari jenis terbaik dan agak mahal jugalah... .

maka bersiul-siulan apek dalam perjalanannya itu dengan hati yang riang.. terbayang di matanya akan amoi-amoi yang akan ditemuinya di bandar nanti... . dengan tak disangka-sangka melintaslah seekor anak cipan di depan apek itu... . sedang leka dengan lamunannya apek tidak sempat untuk membrek basikalnya itu... . untuk mengelak daripada melenyek anak cipan itu, mengelaklah apek laksana kilat lantas meluru basikalnya ke dalam semak berhampiran, terpelantinglah apek dan basikalnya di dalam semak itu... .si apek tidak sedarkan diri... .. malam sudah menjelang tiba, si apek terjaga dan menggosok kepalanya... .hari sudah gelap... .paniklah apek kerana dicari-cari basikal kesayangannya tapi tidak ketemu jua... .lalu berjalanlah apek menuju ke sebuah rumah tumpangan... . agak malang nasib apek kerana semua bilik telah ditempah pelanggan... .namun atas belas ihsan kerani itu menawarkan apek sebuah bilik yang telah ditempah oleh sepasang pengantin yang baru mendirikan rumahtangga... dengan syarat apek itu hendaklah keluar apabila selesai membersihkan diri dan merawat lukanya... . setelah apek selesai mandi dan merawat lukanya tertidurlah ia di dalam bilik itu... malam sudah larut... .

tiba-tiba apek terjaga apabila terdengar orang membuka pintu bilik itu... .dalam keadaan panik apek menyorokkan diri di bawah katil... . seperti biasa, pasangan pengantin mula hendak memulakan "aksi" malam pertama... .si suami dan isteri mula bergurau senda... . "yang... .abg nampak gunung la... .tinggi pulak tu... .sape punya gunung tu?" gurau suami apabila ternampak 2 "gunung" tersergam megah... . "ala... .abg nie... ayang punya la gunung tu... ." balas si isteri manja... . "yang... abg nampak lurah la... .dalam betul... .sape punye lurah tu?" tanya suami lagi... . "hihi... ayang punya laaa... .."jawab isteri malu-malu kucing. ... . si apek hanya mendiamkan diri dan mendengar perbualan yang kurang difahaminya... . "yang... .kenapa semak sangat tu? tak nampak la abg... ."tanye suami apabila melihat agak "semak" di kawasan keramat itu... . si apek apabila terdengar akan perkataan "semak" itu dengan pantas meluru keluar... . "ALO KAWAN... ADA NAMPAK GUA PUNYA BASIKAL KA DALAM ITU SEMAK" tanya apek ikhlas... .

(0) comments

Rogol sepupu sendiri 

KLANG: Seorang operator pengeluaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas menghadapi dua tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis bawah umur ketika mangsa berkunjung ke rumahnya pada 20 Mac lalu.

Mohd Shakir Abdul Aziz, 25, didakwa merogol mangsa berusia 18 tahun, yang juga sepupunya di dalam bilik utama rumah nombor 3, Tingkat 3, Blok A, Flet Suria Pendamar, Pandamaran, di sini, antara 12.01 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 20 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Sementara itu, bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa pada masa, tempat dan waktu sama.

Bagi pertuduhan itu, Mohd Shakir didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan boleh disebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azar Irwan Mohd Ariffin manakala Mohd Shakir tidak diwakili peguam.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim M Gunalan.

Terdahulu, ketika mahkamah menawarkan jaminan, pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh dengan alasan tertuduh mungkin akan mengganggu mangsa.

Gunalan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Difahamkan, tertuduh dipercayai mengajak mangsa berkunjung ke rumahnya dan sebaik tiba, mangsa diugut dengan sebilah pisau sebelum dirogol.

Mahkamah menetapkan 17 September 2007 sebagai tarikh baru sebut kes.

(0) comments

Sunday, April 02, 2006

Technology: Aviation's future -- pilotless planes 

WASHINGTON (AP) -- Pilotless planes could be the "next great step forward" in aviation, or a new safety hazard in already crowded skies, a House panel was told Wednesday.

Since 1997, unmanned aircraft have been used in U.S. airspace primarily by the military. But now the government wants to fly more of them to patrol the nation's borders, catch criminals, monitor the environment and assist in disaster relief.

Some companies think pilotless planes have a vast commercial potential for uses that range from crop dusting to weather prediction.

"The development and use of unmanned aircraft is the next great step forward in the evolution of aviation," Nick Sabatini, the Federal Aviation Administration's associate administrator for aviation safety, told the House aviation subcommittee.

But Sabatini didn't disagree with private pilots who say there's no proof that they can operate safely.

The FAA has two basic safety concerns, he said: What happens if the operator on the ground loses contact with the aircraft, and the need for technology to enable aircraft to detect and avoid other aircraft.

Last year, the FAA allowed two unmanned aircraft to be tested for commercial use. Sabatini said 50 other kinds of unmanned aircraft will be approved for flight tests this year.

Robert Owen, a professor at Embry-Riddle Aeronautical University, said the military and private industry want the FAA to fly pilotless planes in U.S. airspace.

"Congress needs to encourage the FAA to streamline and energize its process for granting certificates of authorization for military and commercial operations under appropriate restrictions," Owen said.

The FAA's reluctance to approve unmanned aircraft for commercial reasons "is probably the industry's No. 1 grievance," Owen said.

The military is also chafing under the FAA's restrictions.

Now, when the military or the government wants to fly a pilotless plane in civilian airspace, the FAA allows it to operate over unpopulated areas and be observed by someone on the ground or in a "chase" aircraft.

"We want the Department of Defense to have the same access to the national airspace as commercial aviation," said Dyke Weatherington, deputy of the Unmanned Aircraft Systems Planning Task Force for the Office of the Undersecretary of Defense.

Andrew Cebula, spokesman for the Aircraft Owners and Pilots Association, told lawmakers there hasn't been any testing or demonstration that unmanned aircraft can operate safely in the same airspace as manned aircraft. They can't see and avoid other aircraft, and they can't respond to air traffic controllers' instructions, Cebula said.

One difficulty in regulating pilotless planes is their variety, Sabatini said.

There are drones, which are programmed to fly by themselves, and there are remotely piloted vehicles, which are actively flown by a ground control operator. Some weigh less than a pound, and others have a longer wingspan than a Boeing 737.

Cebula said the FAA must issue new regulations about unmanned aircraft because of already existing confusion over what's allowed.

The sheriff's department in Gaston County, North Carolina, for example, recently announced it would fly unmanned aerial vehicles for law enforcement purposes. Alarmed pilots told the FAA, which told the sheriff's department it couldn't fly unmanned aircraft over a congested area because it wasn't safe, Sabatini said.

The agency restricts the airspace along the U.S.-Mexico border so that pilotless planes operated by Customs and Border Protection agents can look for people entering the country illegally.

But Cebula said that causes problems for pilots. The flight restrictions begin at 12,000 feet, and pilots sometimes have to fly that high to make radio contact with air traffic controllers.

Lawmakers were reviewing the government's authority to oversee the safety of unmanned aircraft in civilian airspace.

Copyright 2006 The Associated Press. All rights reserved.This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.

(0) comments

Saturday, April 01, 2006

Kisah Semut Dengan Belalang 

Pader satu hari tu kan, ader belalang dan ader semut tao. Belalang nie kan, dia lompat saner lompat sini, kira hepi lah kan. Abih tu kan, si semut nie kan, dia sibuk angkat makanan masuk ke dalam sarang dia.

Melihat si semut nie bukan main tekun sekalik bekerjer, si belalang pun sound ah,

"Eh Mot!, Engko nie tak tahu nak rikek ye? Asek sibuk je aku tengok ko...marilah main main dgn aku"

"Tak buleh ah Lang, aku kener simpan makanan makanan nie sumer" jawab si semut.

"Yek elehhhhhhhhh...rileklah...bot per ko nak simpan? Biler time ko lapa ko pi cariklah...nak simpan simpan bot aper? Waste karen je ko nie"

"Eh aku mesti standby, nanti kalao musim salji tiba aku tak perlu penik...engko pon kener simpan jugak tao Lang" balas si semut.

"Tak kuaser aku nak penat-penatkan diri pi simpan simpan nie sumer, lebih baik aku main main dulu...ko nak simpan ko simpan lah Mot, aku nak lompat nie..babai" lalu lompatlah si sang belalang.

Semut nie memang rajin orgnyer....eh salah....semut nie memang rajin binatangnyer. Dia sediakan payung sebelom ujan. Tak macam si belalang...pemalas.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu..musim salji tak kunjung kunjung tiba...si semut masih lagik terus mencarik dan menyimpan makanan. Si belalang kebetulan ternampak si semut tu lagik.

"Aik Mot? Kao maseh kerjer lagik? I tot u dah simpan makanan makanan tu dulu? Maner perginyer?"

"Memang aku dah simpan....tapi dah basi dah, musim salji tak sampai sampai lagik nie....sekarang kener carik makanan baru.." jawab semut sambil mengeluh.

"Eh Mot.....ko tak terpikiag ke yg kat Mesia nie takder musim salji?" tanyer belalang.

"Ah????????" semut terperanjat.sambil menepuk dahinyer (eh semut ader dahi ke?)


Pengajaran: Kalao nak buat kejer tu jgn main teba je....pakai kepaler hotak tu dulu work smart don’t work hard

(0) comments

Rangsangan Dalam Rahim Bina Otak Janin...... 

Titisan zuriat bermula dari alam rahim. Di sinilah saat bermulanya kehidupan bayi yang bergelar janin. Justeru waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Ini kerana dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan memberi reaksi terhadap persekitarannya. Misteri alam rahim ini bukanlah satu cereka sebaliknya turut diakui oleh ahli sains perubatan melalui teknologi kejaninan.

Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa otak bayi dalam kandungan sudah mula menunjukkan potensi yang mengkagumkan. Kebanyakan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin. Dunia awal janin iaitu alam rahim merupakan institusi pertama bagi bayi mempelajari segala perkara baru yang dapat dirasainya. Janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk.


Tanpa disedari perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, mereka telah pun memiliki lebih kurang 1 X 10 sel neuron di otak. Sel-sel neuron terus berembang dengan pesat sehingga berusia lima tahun. Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya.

"Sepanjang manusia membesar, terutama di awal usianya, dia adalah seperti plastik, terdedah kepada tanggapan-tanggapan, peka dan terpengaruh dengan persekitaran serta tanggapan-tanggapan mental dan fizikal yang akan membentuk dirinya dalam kehidupan," - Prof. Robert Debre.

Berdasarkan keadaan ini, ibubapa sebenarnya mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bermutu. Khususnya, ibu hamil kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya. Ibu hamil yang bijak dan prihatin berupaya untuk melahirkan insan kamil beserta keupayaan minda yang tinggi.

Bagaimana peluang ini boleh digarab oleh ibubapa khususnya ibu yang hamil? Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya, 'Mendidik Anak Pintar Cerdas,' menggariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih sayang. Makanan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak bayi. Di samping itu, berkurun-kurun lamanya Islam telah menekankan hal merangsang (mendidik) anak sejak dalam kandungan melalui amalan-amalan tertentu. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjima' untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Cara-cara merangsang bayi dalam kandungan:
Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang-rangsang dan tidak mudah meragam Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut

Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C, 1,2,3; memperkenalkan diri seperti: 'Assalamualaikum/hello sayang, ini emak/ayah,' 'Anak emak/ayah bijak/baik' dan sebagainya

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut untuk menenangkannya, menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi

Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain beserta bunyi-bunyian dan pasangkan 'ear-phone' ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak

Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit

Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:-

Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

Banyak melakukan ibadat, memnuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama

Banyak membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nahl (ayat 78) dan surah al-A'raf (ayat 189). Dengan membaca surah dan ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh

Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan suami dan ahli keluarga. Keadaan emosi yang tenang dan bahagian akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dan hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kehadiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?