Saturday, December 23, 2006
Kenali Para Parasit Komputer
Virus komputer,ia suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer tidak kira yang sudah berpengalaman atau yang baru berjinak dengan IT,kehadirannya sudah menjadi kebiasaan.
Bagaimana pula Adware, trojan, dialer,worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya,pada pemerhatian saya ia masih kurang dikenali terutamanya mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus.Jadi,sudah menjadi suatu kewajaran untuk kita mengenalinya untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan
dapat dilakukan.
Walaupun penerangan saya nanti serba ringkas tapi saya yakin ianya pasti berguna.
Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia
IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan
suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan
mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya.Apabila
kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan
pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.
Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer.
Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi
kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.
Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program,
biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.
Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy
ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi
dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk
freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.
Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa
pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.
Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu
seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh
pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah,
anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.
Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian
ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya
dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi
untuk dijual bagi perolehi keutungan.
Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan
suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti
mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.
rujukan
antivirus.utm.my
Majalah PC

Comments:
Post a Comment