<$BlogRSDURL$>

Friday, December 23, 2005

LAWAK JENAKA: Kisah Asal-Usul Perkataan 


ASAL PERKATAAN UBAT
Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

ASAL PERKATAAN CELEBRATE
Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih). Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)". Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis ni...heee...heeee...slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab itulah bila omputih selebret je apa-apa, mesti ada tarian separuh bogel.

ASAL PERKATAAN AYAM
Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan orang-orang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalau disini, binatang seperti burung itu dipanggil apa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran. Lalu parameswara bertanya "Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil apa?". Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya. Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni. Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni."
Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm...yam..". Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?