<$BlogRSDURL$>

Friday, December 16, 2005

BERITA TERGEMPAQ! 


KAMPUNG PISANG, 15 Disember -- Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, yahoo mail telah ditutup keahlian barunya berkuat-kuasa serta-merta. Menurut sumber berkenaan, langkah drastik ini telah diambil berikutan sambutan hangat daripada para pengiklan sekim cepat kaya dan piramid yang bertalu-talu mengiklankan perniagaan tidak sah mereka di yahoo mail. Adalah dipercayai perniagaan-perniagaan tidak berlesen ini adalah salah di sisi undang-undang negara kerana tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa negara.

Menurut sumber berkenaan lagi, pihak yahoo mail tidak dapat memproses sumbangan-sumbangan yang memang sumbang ini dengan kadar yang memuaskan kerana kekurangan kaki dan tangan. Selanjutnya, pihak yahoo mail menasihati ahli-ahlinya pada masa ini agar menjaga status keahlian masing-masing dengan baik. Ahli-ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM 0.00 diminta menjelaskannya dengan segera sebelum tiada tindakan diambil. Bagi ahli-ahli yang tidak dapat menerima deruan artikel-artikel dari yahoo mail, diminta agar tidak melepaskan keahlian (unsubscribe) dengan sewenang-wenangnya kerana keahlian yang telah dilepaskan tidak akan ditawarkan lagi. Ahli-ahli boleh menghentikan penerimaan (atau menerima semula) artikel-artikel dengan mengikut arahan-arahan di bawah. Kegagalan ahli-ahli yahoo mail memahami dan mematuhi arahan-arahan ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengucapkan "good bye", "sayonara", "adios" dan sebagainya.

Sumber berkenaan juga teleh menegaskan bahawa tindakan ini tiada kena-mengena dengan kes "email layang" yang melibatkan dua selebriti terkenal negara, yang kedua-duanya mungkin akan dibicarakan dalam masa terdekat ini.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?