Tuesday, December 13, 2005
Bagaimana Memilih Pemain MP3
Pemain MP3 berdasarkan kepada memori flash adalah kecil dan hanya mampu menyimpan jumlah lagu yang terhad. Manakala pemain CD MP3 pula biasanya berbentuk bulat dan kurang menarik tetapi CD murah dan kapasiti lagu lebih daripada pemain MP3 berasaskan memori flash
Ciri-ciri pemilihan pemain MP3
Kategori 1
Pemain berasaskan Flash Harga : RM200-RM1099 Saiz kecil dan tipis. Muatan di antara 32MB hingga 512MB Antaramuka : Serial, USB, atau media mudah alih Jangkahayat bateri : 20 hingga 60 jam Format sokongan : MP3, WMA/ASF
Kategori 2
Pemain berasaskan CD Harga : RM199 hingga RM1399 Saiz seperti pemain CD biasa Saiz besar Muatan : 650MB hingga 800MB satu cakera Antaramuka : media mudah alih Jangkahayat bateri : 20 hingga 40 jam Format sokongan : MP3, WMA/ASF
Kategori 3
Pemain berasaskan cakera keras RM799 hingga RM1999 Saiz sebesar walkman Muatan : 2GB hingga 60GB Antaramuka : USB 1.1, USB 2.0, FireWire, media mudah alih Jangkahayat bateri : 60 jam Media sokongan : MP3, WMA/ASF, RMJ/RMX
Tips pemilihan
- Pilih menurut kehendak dan kemudahan.
- Untuk penggunaan lasak pilih pemain MP3 berasaskan flash.
- Untuk saiz yang besar dan tanpa had pilih pemain MP3 berasaskan cakera keras.
- Pemain MP3 berasaskan CD memberikan fleksibel yang lebih kepada pengguna
- Pergi ke kedai dan cuba lihat dahulu sebelum membeli jangan melihat sahaja menerusi laman web atau majalah
- Pastikan ia menyokong format MP3 dan WMA
- Carilah pemain MP3 dengan perisian menu yang mudah.
Comments:
Post a Comment