<$BlogRSDURL$>

Friday, September 02, 2005

Katrina Hurricane melanda New Orleans 













































Taufan Katrina yang melanda bandar New Orleans pada penghujung bulan Ogos 2005 yang lalu telah menyebabkan Amerika Syarikat ibarat Singa tua yang tercalar luka. Diberitakan ribuan penduduk Amerika terkorban dalam ribut taufan yang dasyat itu. Ibarat tsunami di Asia yang memakan ribuan nyawa terkorban.

Perkembangan terkini di Amerika mengingatkan akan sejarah menjelang kelahiran Nabi Muhamad s.a.w di Tanah Suci Mekah. Menjelang kelahiran Baginda , dua empayar kuasa dunia kehilangan arah dan mengalami kepupusan sebagai kuasa utama dunia pada ketika itu. Yakni kuasa Rom dan Parsi. Kedua-dua negara tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah , merundum dari negara kuasa besar dunia kepada negara yang hilang kekuatan taringnya baik dari segi kekuatan angkatan tentera, kepimpinan dan ekonomi.

Begitulah yang terjadi pada dunia hari ini. Beruang Rusia dikutub Utara telah lama ditewaskan oleh Gerakan Pejuang Afghanistan. Walau pun menjelang kedatangan tahun 2001 mereka tewas pada kekuatan tentera Amerika akibat dari peristiwa 11 September yang menyaksikan 2 buah menara Amerika runtuh. Itu pun disebabkan masalah dalaman pejuang2 Mujahidin Afghanistan yang berpecah sesama mereka dan bukan atas dasar kekuatan Amerika. Dan di Rusia sendiri pun telah berpecah dari menjadi sebuah empayar Komunis yang besar di Utara kepada beberapa buah negara yang kecil. Dengan ini secara tidak langsung kekuatan Rusia telah tumbang, tidak mungkin Rusia akan naik kembali memandangkan mereka menghadapi masalah dalaman dari negara-negara yang ingin keluar dari empayar Rusia.

Dan begitu juga yang terjadi pada Singa tua Amerika. Kekuatannya sekarang tidak lagi sehebat pada masa Perang Dunia Pertama Dan Perang Dunia Kedua. Tanda-tanda kemerosotan empayar Amerika telah terserlah sekarang.Peperangannya di Afghanistan dan di Iraq bukan sahaja memakan ribuan nyawa yang besar malahan juga mengugat kuasa ekonomi Amerika.

Dolar Amerika kini bukan lagi sebagai mata wang dunia.Tambahan pula muncul negara Cina dan India sebagai pemangkin terbaru kuasa Asia.Samada dari sudut ekonomi atau kuasa tentera. Dan taring Amerika di Asia semakin tercalar.

Percaturan Amerika dengan menakluk Iraq, tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan malahan semacam memakan diri sendiri. Seluruh dunia mengecam campur tangan Amerika yang dikatakan ingin memonopoli kuasa minyak Iraq. Apatah lagi dengan penaklukan Iraq yang diharap dapat memusnahkan kuasa tentera yang dibawah kepimpinan Saddam Hussein. Perbelanjaan yang besar yang memakan billion dolar Amerika akibat penaklukan tersebut belum mendatangkan pulangan modal kepada Amerika.

Tambahan pula minyak Iraq yang diharapkan dapat memberi pulangan lumayan kepada Amerika, mendapat tentangan dari rakyat Iraq yang sanggup menjadi pengebom berani mati yang bukan sahaja mengebom harta benda awam, malahan telaga minyak di Iraq. Akibatnya pengeluaran minyak dunia berkurangan. Sebelum taufan Katrina harga minyak dunia antara 60 dollar Amerika kepada 70 dollar Amerika. Dengan demikian dengan kedatangan taufan Katrina, harga minyak melambung melepasi 70 dollar Amerika. Setengah penganalisa berpendapat kemungkinan meningkat kepada 80 dollar Amerika.

Jika sedemikian aliran harga minyak dalam tempoh terdekat, bukan sahaja harga barangan akan meningkat,malahan pehak berkuasa Amerika mungkin terpaksa melupakan penaklukan di Afghanistan dan di Iraq. Kerana pehak Amerika terpaksa menghadapi masalah dalaman yang bukan sahaja dari taufan Katrina malahan perpecahan antara kaum kulit putih dan kaum kulit hitam akibat dasar diskriminasi pehak berkuasa Amerika terhadap penduduk kulit hitam. Ini belum dikira lagi dengan penduduk Islam samada di Amerika atau negara lain didunia yang disifatkan sebagai kumpulan militan dunia.

Jika demikian perpecahan dalam kaum masyarakat di Amerika dengan bencana alam , tidak mungkin Amerika akan terpaksa mengemis meminta pertolongan dunia terutama kuasa Arab yang menjadi kaya raya akibat kenaikan harga minyak. Apakah kuasa Arab akan membantu Amerika atau tidak bergantung kepada budi bicara Pemimpin negara tersebut. Namun demikian disebalik peristiwa itu semua, apakah mungkin kebangkitan Islam akan menyinar semula pada waktu yang terdekat kini.

Sama-samalah kita nantikan peristiwa selanjutnya. Umat Islam telah sekian lama menderita. Jatuh sejak dari kurun ke 7 hijrah lagi. Kejatuhan kedua-dua empayar kuasa dunia yakni beruang Rusia dan Singa Amerika seperti menandakan akan kelahiran pemimpin umat Islam buat kali yang kedua. Jika kelahiran yang pertama yakni kelahiran Nabi Muhamad saw maka kebangkitan kedua pada zaman yang tiada lagi Nabi dan rasul, umat Islam seperti menunggukan kedatangan Imam Mahadi. Kalau benarlah dakwaan ini, itu lah tanda kebangkitan semula Islam pada akhir zaman.


Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?