<$BlogRSDURL$>

Saturday, September 17, 2005

Anak-anak muda dan kemalangan 

Berikut adalah terjemahan bebas saya dari petikan ruangan "Hard Copy" tulisan Syed Nazri dalam The New Straits Times (NST) 22 September 2005.

Malaysia adalah salah-sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan (jalanraya) maut iaitu pada kadar 27 kematian bagi setiap 100,000 penduduknya. Ini berdasarkan angka terbaru dari Drive and Stay Alive, Inc., New York.

Pertubuhan "non-profit" ini menjalankan kajian keselamatan jalaraya serta menjalin hubungan dengan badan-badan keselamatan jalanraya dari negara-negara lain. Ia meletakkan Brunei di tempat pertama dengan tiga kematian per 100,000 orang; diikuti Malta(4), Macedonia (5.62), United Kingdom (5.81), Sweden (5.88), Norway (6.01), Holland (6.31), Jepun (6.97), Finland (7.01) dan Switzerland (7.33).

Malaysia di kedudukan bawah, iaitu 54, lebih teruk daripada negara yang berpenduduk ramai seperti China (nombor 49 dengan 18.37 kematian) dan Amerika Syarikat (43, 14.75).

Kajian pertubuhan tersebut menghasilkan penemuan-penemuan berikut tentang pemandu dan penumpang muda:

* Penumpang muda menambah kebarangkalian kemalangan bagi pemandu yang tidak berpengalaman. Seorang penumpang muda menyebabkan kemungkinan berlaku kemalangan ialah dua kali ganda. Dua penumpang muda menjadikan kemungkinan lima kali ganda.

* Kadar kemalangan bagi pemandu yang kurang pengalaman menurun 30% selepas tahun pertama memandu, diikuti 17% selepas tahun kedua.

* Kajian tentang persepsi terhadap bahaya (hazard perception) menunjukkan bahawa pemandu yang kurang pengalaman berindak-balas sehingga dua saat lebih lambat berbanding pemandu yang berpengalaman.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?