<$BlogRSDURL$>

Saturday, July 02, 2005

Lawak 

TEKA-TEKI TEKA TEKUP
Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sebab lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Loghat mana lebih munasabah?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!


Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
Meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh Jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur Isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh!!!!!


Paling Bersih
Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur
yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah y! ang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."


Penimbang
Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan. Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan. "Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan
untuk bayi" kata perempuan tersebut. "Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...
Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan
dicatatkan angkanya. Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua... itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut...
"Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan.
"Kenapa? tanya petugas kehairanan...

"Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu.


Tak tahan
Usop Belacak baru sahaja berkahwin dengan Joyah Kerengge. Setelah selesai upacara membuka hadiah dan bersanding malam itu, Usop segera menuju ke bilik pengantinnya dengan tergesa-gesa diikuti Joyah yang terpinga-pinga dan panik melihat suami barunya itu.

"Kenapa bang?" tanya Joyah Kerengge. "Abang dah tak tahan niii!!!.." jawab Usop sambil melondehkan seluar dan samping pengantinnya. "Alah abang nii..apa nak dirisaukan. Kan saya dah jadi milik abang untuk selama-lamanya. Kenapa tergopoh-gopoh nii?" balas Joyah dengan manja.

"Abang tak kira, abang dah tak tahan niiiihhh" kata Usop yang semakin gopoh nampaknya.

"Issyyy...abang ni buat Yah malu je la!!" kata Joyah lagi sambil tersenyum dan terus naik ke atas katil sambil menekup mukanya dengan bantal kerana malu.

Sedang Joyah Kerengge menunggu-nunggu apakah tindakan Usop Belacak yang seterusnya, tiba-tiba Joyah terdengar.......

"Kkrrrroooooosssshhhh......."

"Aikk? Macam pernah dengar je bunyi tu?" kata Joyah dalam kebingungan. "Abang buat apa tuu....?" "Huhh! Lega rasanya dapat melepas! Abang memang tak tahan betul sakit perut ni dari tadi!"


Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?