<$BlogRSDURL$>

Saturday, June 18, 2005

Film Review: Mr. And Mrs. Smith 

Hiburan FilemFilem ini mengisahkan kisah suami isteri, Mr. and Mrs. Smith, yang pada luarannya nampak normal sama seperti jiran jiran mereka yang lain. Tapi the twist of the filem adalah diantara satu sama lain, mereka tidak menyedari pekerjaan sebenar pasangan masing masing- kedua-duanya adalah pembunuh bayaran (assasins) yang berkerja disyarikat berlainan sebagai lawan.

Pembukaan film menceritakan Mr. John Smith (lakonan Brad Pitt) dan zaujahnya, Mrs. Jane Smith (Angelina Jolie) melalui satu therapy session dimana mereka menceritakan hal ehwal perkawinan mereka. Pada mulanya, nampak pasangan ini kekok sebab apabila ditanya satu soalan, si suami jawap lain, si isteri sebaliknya… Misalnya,

Soalan: “How long have you been married?”

Mr. Smith: “Five years”.
Mrs. Smith: “Six years”.
Mr. Smith. “Oh alright. Five or six years then.”

Mr. Smith mencerita bagaimana mereka first time bertemu di Bogota, Columbia, jatuh cinta dan seterusnya after lima-enam tahun berkahwin, suasana rumah tangga muram dan predictable. Mr. Smith kononnya berkerja sebagai seorang engineer dan isterinya pula jadi seorang consultant of some kind.

Pada suatu hari, mereka berdua menerima satu perintah dari ketua masing masing untuk membunuh seorang lelaki yang menggunakan nick “TANK”. Dalam pada itu, target, rangkai masa dan tempat untuk membunuh adalah sama, in this case kat desert dimana bakal mangsa ditransport ke suatu destinasi. Mrs. Smith sudah pun menyediakan perangkap tapi, Mr. Smith pula datang dan menganggu plan isterinya. Apabila Mrs. Smith tahu yang dia mempunyai lawan, pun attack Mr. Smith dari jauh tanpa menyedari yang diattacknya suami sendiri.

Selepas diinvestigate, barulah mereka tahu kerja sebenar pasangan sendiri. Tapi mampukah mereka untuk teruskan hidup bersama? Adakah disebabkan the nature of their work, mereka akan membunuh pasangan sendiri? Adakah perkahwinan mereka sesuatu yang diplan dari awal? Nak tahu? Go ahead and watch it kat cinema!~”

Pst: Yang dah tengok tuh, tak kiralah kat cinema ker VCD ker, best x this film?


Extra News:
Akibat the love scenes dalam film nie, Jennifer Aniston (isteri sebenarnya Brad Pit) menceraikan suaminya kerana Pit dituduh berlaku curang dengan Angelina Jolie. The love scenes yang I think kena edit untuk tontonan awam memang HOT HOT HOT, siapa pun yg tengok tak jealous tu memanglah.... sungguh tinggi tahap kesabarannya. Angelina Jolie memang oozes sex aura around her and adalah perempuan paling sexy di Hollywood (mengikut undian Enquirer). Tambahan pula, menurut latest news, Brad Pit ingin menjadi seorang ayah tetapi Jennifer tak mahu menurut kemahuan ini sebab dia ingin concentrate kepada kerjayanya. Sebaliknya, Angelina Jolie pula mempunyai anak angkat dan menunjukkan ciri ciri seorang ibu….

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?