Friday, February 27, 2004
10 Amalan Terbaik...
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan olehRasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
Thursday, February 26, 2004
70 Petua Ilmiah Memenangi Hati Isteri Anda..
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.
Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga:
1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10) Akui perasaannya bila dia merasa marah.
Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
29) Basuhkan kereta yang dipakainya.
30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
48) Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
52) Solat bersama dan berdoa bersama.
53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.
56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.
60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
~ Hargailah dirinya selagi masih ada... "
Monday, February 16, 2004
Telekom - Mengaut Keuntungan Pengguna Internet
Menjadi kebiasaan syarikat - syarikat seperti telekom Malaysia tidak mengendahkan rintihan pengguna kerana mereka menjalankan perniagaan tanpa saingan. Namun kekesalan pengguna adalah tindakan mahu melihat keuntungan atas alasan mahu meningkatkan perkhidmatan tetapi perkhidmatan canggih mereka tidak disertakan dengan peningkatan servis atau khidmat pelanggan.
Mereka tidak mempedulikan kualiti perkhidmatan - atas dasar kalau tidak mahu melanggan khidmat telekom - tidak mengapa. Ini merupakan satu kegagalan sistem persyarikatan dan penswastaan yang ada kerana teguran dan kritikan tidak akan di layan oleh mereka kerana tugas mereka lebih tertumpu untuk membuat untung dari memberi perkhidmatan yang baik. Mereka yang di lantik menjadi pengarah dan pembuat dasar Telekom tidak juga terusik andai mereka gagal memberi perkhidmatan yang baik. Itu cuma kegagalan mereka memberi perkhidmatan yang baik, belum lagi kalau saya katakan bahawa Telekom kini menjalankan aktiviti merompak, mencuri dan menyamun wang rakyat.
Semua sistem perkhidmatan telefon lain baik mudah alih mahupun sistem telefon biasa sepatutnya tidak mengenakan caj sekiranya sambungan panggilan tidak berjaya. Tetapi lain pula bagi Telekom Malaysia khususnya berhubung dengan internet. Percubaan untuk menyambung panggilan ke internet sungguhpun tidak berjaya akan di kenakan caj dan ini bagi saya adalah satu "rip off" kepada pengguna.
Baru - baru ini saya telah di maklumkan oleh seorang rakan pengguna bahawa beliau di kenakan hampir RM 1.00 kerana cuba mendapatkan sambungan internet tetapi tidak berjaya. Apabila di hubungi nombor talian khidmat mesra pelanggan 1-300-88-1515 pada pukul 10.30 am - 9hb Oktober 2003, pegawai berkenaan mengatakan bahawa "server TM NET down" dan beliau mengakui bahawa sungguhpun "down" setiap percubaan untuk mengakses internet tetap di kenakan bayaran. Ini adalah satu "rip off" atau rompakan profesional Syarikat Telekomunikasi ulung negara ini dan tindakan ini amat memalukan.
Sekiranya RM 0.30 sen di caj secara kolektif percubaan beberapa kali untuk menyambung talian ke internet tetapi sebenarnya server "TMNET Domwn" bayangkan lah sekiranya hampir 30,000 pengguna membelanjakan sebanyak itu - hampir RM 9,000 di kaut oleh TM NET dan Telokom untuk servis yang tidak pernah di beri. Itu adalah anggaran tanpa perolehan statistik sebenar pengguna yang cuba - log in semasa server TM NET DOWN.
Saya syorkan agar Telekom Malaysia lebih bertanggungjawab terhadap komitment mereka kepada pengguna dan mereka yang gagal dalam mentadbir syarikat tersebut di singkirkan dari bertindak merompak pengguna.
Saya harap sekiranya perkara ini dapat di ajukan kepada pihak yang lebih berkuasa oleh sesiapa yang membaca kenyataan ini. Semestinya saya akan menghubungi Biro Perkhidmatan Awan UMNO untuk membantu dalam mengelakkan pengguna seperti rakan saya dan saya di rompak. Saya percaya caj tanpa memberi perkhidmatan adalah sama dengan tindakan mencuri.
Friday, February 13, 2004
Apakah Gen 2 Campro 1.6 Buatan Terbaik Malaysia?
Bagi yang berketinggian 6 kaki ke atas, kepala mungkin boleh mencecah bumbung belakang. The front seats are nice. It resembles one of those bucket seats. Warna dalaman pun cantik. Dashboard nampak ok TAPI takde glovebox!!!. What the heck. Mana nak letak barang? Mungkin proton tak mahu kisah glovebox waja dan Iswara yg terbuka sendiri apabila tayar melanggar lubang, berulang kembali...
Sports rimnya memang cantik. Dengan rim 15 inci, it is even more handsome. Disc brake digunakan utk keempat-empat tayar, Front grille is nice. Macam Mazda Premacy. Ada sikit macam wau. Belakang nampak lebih cute. Lebih cute dari belakang Kia Spectra. Belakang Gen-2 pernah dibandingkan dengan Kia Spectra.
However it is a big let-down since there are no airbag and ABS. Tanyalah org yg ada pengalaman membawa kereta yg ada ABS. Betapa confident dan securenya meluncur di dalam hujan lebat. Di Eropah dan US, airbag dan ABS diwajibkan sebagai standard lebih 5 tahun dulu.
Last but not least - the engine is not variable valve timing as it was much-hyped before. Two thumbs down!!! CAMPRO adalah ancronym dari Cam Profile Switching tapi sebenarnya Gen-2 tak mengunakan Cam profile switching. The public have been misled. It is just a normal DOHC engine. Ianya hanya boleh diupgrade kepada Cam Profile Switching. Mungkin model yg highest end sahaja yg ada cam profile switching. Cam profile switching and variable valve timing adalah benda yang sama secara dasar dan konsepnya.
Ketika Honda begitu gah dengan i- VTEC, Toyota dgn VVT-i, Nissan dengan VTC, BMW dgnya Vanosnya, Gen-2 masih menggunakan fixed valve timing. No wonder the horsepower is lower that Wira 1.6. Engine wira 1.6 mengeluarkan 112 horsepower. Gen-2 - 110 horsepower. Cuma gen-2 mempunyai torque 10NM lebih tinggi dari Wira 1.6. Tapi perlu diingat, Wira 1.6 hanya menggunakan engine SOHC (single overhead cam). Dengan berat hanya 10kg lebih ringan dari Waja, Gen-2 is a heavy car. Bayangkan jika engine 1.3 biasa diletakan di dalamnya. Boleh ker panjat bukit? No wonder version 1.3 takde. BTW, dgn berat sebegitu, badannya tentu solid.
Next 6 months to one year is important to tell its reliability. Masalah power window, masalah temp gauge tunjuk maximun, masalah fuel gauge turun naik, masalah engine tiba-tiba mati ketika meluncur laju atau ketika idle, masalah dashboard bergegar dan mengeluarkan seribu satu macam bunyi adalah biasa bagi model proton sebelumnya. Can Gen-2 put all these to history? Sama-sama kita tunggu. Nasihat aku, kepada yg tak perlukan kereta ketika ini, takyah beli dulu. Let the
first or second batch do the experiment.
At RM52,888 (manual) dan RM55,888(auto) and no ABS, airbag, variable valve timing engine, it failed to impress me and I believe many people. It does not live up to my expectation and most people's expectation. Berapa harga yg akan diletakkan oleh Proton jikalau kita mahukan ABS, airbag dan variable valve timing engine? 70 ribu? 80 ribu? With these prices, I'll go for Japanesse models.
Sunday, February 08, 2004
Kalau Sudah Gila Judi..
Terima kasih pada kerajaan kepercayaan majoriti rakyat di atas mentadbir dengan begitu amanah serta dapat mengekal kan kestabilan politik dan ekonomi di samping keamanan yang berterusan. Mana mana negara yang mempunyai bilangan penduduk dari berbilang bangsa seumpama Malaysia seharus nya di tabik kepada pimpinan kerana masalah integriti kaum dapat di tangani secara baik.
Kaum Hindu dapat meraya kan ritual Thaipusam pada Dewa Muruga dengan berarak pergi mari dari Batu Cave ke Kuil Mariamaha setiap tahun dengan aman tanpa ada sebarang gangguan dari kaum bangsa lain. Begitu juga dengan kaum kaum minoriti yang lain, hidup yang penuh harmonis tanpa ada sebarang sikap prejudis terhadap kaum majoriti melayu.
Tidak ada agama dalam dunia yang mengajar penganutnya kearah kerosakkan dan kejahatan, begitu juga teologi St Paul (Christianity - New Teastament), Zoroaster (monotisme Majusi), John Calvin (teologi Protestan) dan Confusius (Golden Rules). Bahkan agama yang paling agung dalam alam semester iaitu Islam yang telah di wahyu kan kepada Nabi Muhammad SAW meletak kan akhlak dan akidah di tempat yang tertinggi. Perspektif di sini begitu signifikan sehingga pemikir dan moralis yang tersohor seperti **Imam al-Ghazali menghabis kan umur hayat nya hanya dengan berhubung serta mengkaji berkaitan dengan pendekatan akidah serta akhlak umat manusia dan golongan orang awam.
Tapi kita orang melayu masih terhegeh hegeh cuba menongkah paradigma arus akidah dan akhlak yang terang terang telah di rencana kan dalam al-Quran. Yang masih menyalah gunakan kemudahan sepatut nya di gunakan hanya untuk kaum yang bukan beragama Islam. Betul kah?
Kuda? Magnum 4D? Sports TOTO? Bersepah merata. Entah apa apa lagi nama kompeni aku pun kurang pasti. Itu belum lagi di ambil kira loteri kebajikan masyarakat. (Ada judi kebajikan pulak dah??) Yang berlesen dan yang tak berlesen (black market - illegal pada definisi kapitalis). Untuk siapa dan kepada siapa tempat tempat ini di bina? Untuk orang Cina kah? Kaum India? Atau untuk golongan yang bodoh dan tidak tahu hukum hakam agama? Yang pasti, si pengusaha kelab judi ini bertambah kaya raya.. yang miskin dan papa kedana duduk telan lagi duit haram adalah pembeli pembeli berketurunan melayu. Besepah sepah orang melayu kita yang masih beratur sambil bermimpi angan menjadi kaya dan yang bagus nya ada di kalangan mereka yang membuat diskusi "incoming prospect" menilik jalur keputusan yang lepas untuk ditikam selepas ini. Seolah olah seperti kelompok budak sekolah yang sedang membuat "study group" bagi menghadapi peperiksaan.
Cekap tidak bertempat. Rajin tidak balik modal..
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah amalan keji daripada amalan syaitan. Justeru itu, hendaklah kamu menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan” (Al-Maidah ayat 90)
Mereka ini tahu hukum hakam halal haram samada berjudi itu haram atau tidak? Well, mungkin sudah naluri manusia gamak nya : yang mana tidak boleh atau di larang oleh syariat Islam yang itu juga cuba di godek dan di perosah. Tapi kalau jati diri akhlak dan akidah kita menebal, InsyaAllah kita akan dibantu menjauhi dari mendekati perkara perkara yang haram.
Secara terang terangan bah kan amat memalu kan jika aku mengata kan hampir 60% yang keluar masuk untuk menjadi "jutawan segera" ini adalah sama kulit dengan aku. Bukan orang asli dari suku jahai (di hutan Hulu Belum Perak) tapi orang MELAYU, sudah semesti orang akan kata melayu related dengan Islam. Kenapa? Hendak kaya cepat? Lebih hebat yang berbaris dan bertandang membeli ini bukan dari sebaya dengan aku tapi sebaya dengan ayah aku!! Lagi lah biul bila aku memikir kan hal hal ini. Rumah kata pergi, kubur kata mari.. (Itu belum aku selongkar ke kelab kelab dangdut lagi..)
Atau dari segi istilah, kebanyakkan mereka pun luaran nampak orang yang baik baik tanpa ada sebarang syak dan keraguan. Dan dalam perspektif Islam, istilah akidah dan akhlak seperti mangkuk mangkuk ini yang hanya ada pada "lip service" bahawa mereka ini beriman sedang kan di hati mereka tidak pun wujud walau sekelumit iman. Cuba perhati kan potongan ayat ini :
"Di antara manusia ada yang mengatakan : kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka itu sesungguh nya bukan orang yang beriman. mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri, sedang mereka tidak sedar.." (Al-baqarah : 8-9)
Tapi apabila orang mengatakan dosa pahala dan syurga neraka bukan hak manusia untuk menilai dan menetukan. Ia adalah kerja Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi kalau kita umat Islam tahu akan judi, arak, zina dan syirik adalah satu dosa besar apakah jika kita melihat orang bertenggek beratur membeli ekor ini tidak melakukan sebarang dosa atau mendapat pahala? Fikir lah apa hendak jadi dengan melayu sekarang.. Maka tidak mustahil lah jika Jabatan Agama Islam Tempatan ini memakai prinsip “kubur lain lain.. dosa asing asing.." sebagai motto jabatan. Jarang sekali kita terbaca dalam media massa tentang berita orang di tangkap kerana kesalahan berjudi.
Di manakah salah silap kita?
Jabatan Agama Islam Tempatan mana pergi? (Tidur kot?)
Perlukah kita beban kan semua permasalahan ini hanya di bahu Jabatan Agama Islam Negeri?
Mungkin yang si pembeli ini sudah terlalu kemaruk hendak cepat kaya, kemaruk hendak pegang duit banyak dalam hanya sekelip mata maka alternatif lain ialah dengan cara haram iaitu berjudi.. Apa yang perlu kita tekan kan pada generasi muda akan datang hendak lah sentiasa beringat dan waspada, bagi menjamin ketulenan Islam dalam diri kita dan sekali gus kembali untuk mempelajari dan menghayati ajaran Islam yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika kedua dua hukum Islam itu di beri perhatian dengan sebaik nya, tidak ada sebab kenapa kita generasi muda tidak boleh menjadi hamba Allah yang terbaik di muka bumi Nya dan mengganti kan generasi samdol yang masih bertenggek khayal menilik kertas judi..
"dan jangan lah kamu berdusta dengan sebab apa yang di sifatkan oleh lidah kamu : ini halal dan ini haram." (surah An Nahl : 116)
Allahu Akbar..
** ..Al-Ghazali menjustifikasi kan bahawa akhlak itu lebih merujuk kepada 'keadaan' atau 'suasana' yang terdapat dalam jiwa seseorang bukan hanya dengan laku dan perbuatan yang dapat di tonton sebagaimana terpamir di permukaan diri seseorang pelaku....
Saturday, February 07, 2004
Ada Kekuatan Di Dalam....
Untuk Semua...
Ada kekuatan di dalam Cinta,
Orang yang sanggup memberikan cinta
adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri...
Ada kekuatan dalam Tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah terlarut dengan tantangan
dan cobaan...
Ada kekuatan di dalam Kedamaian Diri,
Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diombang-ambingkan...
Ada kekuatan di dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Karena ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti.
Ada kekuatan di dalam Kemurahan,
Orang yang murah hati adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya...
Ada kekuatan di dalam Kebaikan,
Orang yang baik adalah orang yang kuat
Karena ia bisa selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang.
Ada kekuatan di dalam Kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengalahkan nafsu dan keinginan pribadi
Dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama...
Ada kekuatan di dalam Kelemah Lembutan,
Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat
Karena ia bisa menahan diri untuk tidak membalas dendam...
Ada kekuatan di dalam Penguasaan Diri,
Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengendalikan segala nafsu keduniawian...
Sedarkah teman bahwa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga. Karena pencobaan tidak akan pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita.
Ingatlah... "Jalan Buntu Di Hadapan, Ada Harapan Di Selekoh"
"