<$BlogRSDURL$>

Tuesday, October 02, 2007

Tip Elakkan Keletihan, Tingkat Daya Tumpuan 

ARTIKEL ini ialah bahagian terakhir bagi empat siri. Ia memberi beberapa nasihat berguna mengenai cara untuk mengelakkan beberapa masalah biasa yang dihadapi dalam bulan Ramadan.

Jika nasihat yang diberikan diamalkan, maka seseorang itu boleh berpuasa dengan selesa dan menikmati faedah ibadat puasa sepanjang Ramadan.

Menjelang bulan Ramadan, diet kita bertukar dengan ketara. Hidangan kita menjadi lebih berat pada pagi dan malam, tanpa pengambilan makanan di antaranya pada tempoh yang panjang.


Perubahan dalam diet bukannya dapat diterima dengan baik oleh semua orang. Sesetengah daripada mereka ini mengalami penumpuan kurang baik dan keletihan ketika berpuasa.

Antara sebabnya adalah kerana terjadinya kandungan gula darah yang rendah dan tekanan darah rendah.


Keletihan dan penumpuan fikiran yang kurang baik

Antara gejala-gejala kandungan gula darah rendah ialah kelemahan, kepeningan, keletihan, penumpuan fikiran kurang baik, berpeluh dengan melampau, menggigil, sakit kepala dan jantung berdegup dengan cepat.

Elakkan memakan terlalu banyak gula iaitu karbohidrat yang diproses terutamanya pada waktu suhur.

Badan menghasilkan terlalu banyak insulin sehingga menyebabkan glukosa darah menurun.

Tip: Makan karbohirat kompleks dan yang boleh dihadam secara lambat – makanan yang mengandungi bijian dan biji seperti barli, gandum, oat, semolina, kekacang, dal, tepung gandum penuh dan beras tidak diproses pada waktu suhur dan mengehadkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

Gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan darah rendah ialah berpeluh dengan melampau, kelemahan, keletihan, kekurangan tenaga, kepeningan terutamanya semasa ingin bangun berdiri dari tempat duduk, kelihatan pucat dan berasa ingin pitam.

Keadaan ini cenderung untuk berlaku apabila hampir ke waktu petang. Antara sebab biasa termasuk pengambilan air dan garam yang terhad.

Tip: Kekalkan rasa sejuk, perbanyakkan pengambilan air dan garam (untuk mereka yang tiada darah tinggi).


Tahap tenaga rendah – makanan tambahan yang disyorkan

Koenzim-Q10, Spirulina, Klorela dan Jeli Raja boleh meningkatkan tahap tenaga dengan mengoptimumkan tindak balas biokimia yang melibatkan penghasilan tenaga.

Klorofil, Ginseng Siberia dan Vitamin B12 ialah zat makanan yang menambah tenaga.

L-Karnitina membantu menukarkan asid lemak kepada tenaga untuk membekalkan tenaga kepada setiap sel dalam badan anda, terutamanya dalam jantung.

TIP: Pilihlah minuman hijau yang diperkaya dengan nutrisi yang telah diterangkan, ditambah zat makanan untuk memastikan tahap tenaga optimum pada setiap masa sepanjang berpuasa.


Tekanan fizikal, radikal bebas dan sistem daya ketahanan badan

Keletihan dan tekanan disebabkan tidak cukup tidur dan pengambilan makanan yang kurang, boleh juga mengurangkan tahap daya ketahanan badan seseorang; dengan itu mengakibatkan seseorang itu mudah terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria.

Echinacea ialah salah satu tumbuhan herba yang paling banyak direkodkan bagi tujuan untuk meningkatkan daya ketahanan badan.

Ia biasanya disyorkan bagi kegunaan pembekalan sokongan optimum pada badan ketika musim selesema dan flu, sementara Maitake dan Astragalus telah digunakan dalam perubatan Cina tradisional selama beribu-ribu tahun untuk meningkatkan pembentukan sistem daya tahan yang lebih kuat.

L-Lisina membekalkan sokongan zat makanan kepada sistem pertahanan semula jadi badan untuk mengatasi jangkitan virus, dengan itu ia berkesan dalam rawatan herpes, lepuh sejuk, ulser mulut dan demam.

TIP: Pilihlah minuman hijau yang menggabungkan herba-herba perangsang/pengatur daya tahan yang menggabungkan ramuan dari Barat dan Asia untuk membantu menguatkan pertahanan badan ketika berpuasa.

Antioksidan Asid Alfa Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Pycnogenol dan Ekstrak Teh Hijau dapat melindungi daripada tindakan radikal bebas yang merosakkan tisu badan anda.

Asid Alfa Lipoik ialah satu-satunya antioksidan yang boleh meningkatkan tahap glutation, sejenis antioksidan penting dalam badan anda.

TIP: Bahan-bahan tersebut boleh didapati dalam formula hijau yang bermutu tinggi - untuk membantu mengawal badan kita daripada kerosakan radikal bebas melampau.

Dengan mengambil formula hijau yang berkhasiat – diperkaya dengan lebih 76 jenis makanan terbaik akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat daripada golongan remaja sehingga warga emas termasuk lelaki dan wanita kerana ia direka khas untuk membantu menyokong sesiapa yang ingin sihat, menguatkan badan, membersihkan sistem badan, mengatur sistem daya tahan badan, menggalakkan keadaan beralkali dan berprotein tinggi.

Ia memberi faedah kepada umat Islam yang berpuasa dan ingin memelihara kesihatan optimum sepanjang Ramadan dan bagi kekal sihat sepanjang tahun.


Tip kesihatan Ramadan

ELAKKAN

* Makanan berlemak dan bergoreng

* Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula

* Makan terlampau banyak terutamanya waktu bersahur.


MAKAN

* Karbohidrat kompleks pada waktu sahur kerana ia berada dalam perut lebih lama dan anda tidak cepat lapar

* Pisang ialah sumber yang bagus untuk kalium, magnesium dan karbohidrat.

MINUM

* Sebanyak mungkin air atau jus di antara iftar dan masa tidur supaya badan anda dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?