Friday, July 27, 2007
Previu Filem : Voice
Filem: Voice
Pengarah: Equan Choe
Pelakon: Kim Ok-Bin, Seo Ji-Hye, Cha Ye-Ryun, Kim Seo-Hyung
Genre: Seram
Terbitan: Sony Pictures
Tarikh Tayangan: Telah ditayangkan pada 6 Julai 2006.
Sinopsis:
Bunyi yang menakutkan… mata yang terpejam masih belum cukup. Peminat cerita seram dari Korea tidak harus melepaskan peluang untuk menonton siri keempat tragedy seram di sekolah. Sebelum ini Whispering Corridor mengisahkan hantu yang telah menghuni di sekolah selama 9 tahun. Momemto Mori, rahsia yang ditulis oleh seorang pelajar di dalam diarinya, Wishing Stairs, tangga yang dianggap boleh menjadikan impian satu harapan dan sekarang muncul pula Voice yang menampilkan unsure bunyi sebagai unsure keseramannya.
Dalam Voice, suara membawa maksud lebih dari sekadar bunyi. Ada medium yang berbeza dalam melahirkan suara. Semua orang mempunyai suara yang berbeza dan itulah yang menunjukkan identity seseorang. Kalau anda dengar bunyi yang berbeza dari apa yang orang lain dengar, pasti anda terasa lain. Dalam filem ini, suara yang ditinggalkan oleh Young-Un yang telah meninggal dunia membawa maksud hidup. Filem ini menumpukan apa yang hantu itu rasa bila suara semakin menghilang.
Di tangan pengarahnya, suara yang telah saban hari kita dengar bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan dan menyeramkan. Perbualan antara kawan di dalam kelas, bunyi kertas yang dibuka sehelai-helai, bunyi tali skipping dalam kelas pendidikan jasmani… membawa maksud yang berlainan dalam dunia yang menakutkan. Anda boleh menutup mata tapi anda masih tidak mampu menahan bunyi dari terus bergema hanya dengan menutup mata.
Lewat malam itu, menyanyi sendiri di dalam bilis muzik Young-Un dikejutkan oleh bunyi yang menakutkan. Dia cuba berlari dari bunyi tersebut malangnya dia menemui ajalnya dengan cara yang sungguh misteri. Pagi itu, tempat duduk Young-Un kosong dan ini merisaukan Sun-Ming. Dan menjelang waktu tengahari Sun-Ming asyik mendengar suara Young-Un meminta tolong daripadanya. Kerana terlalu terkejut dengan suara yang tiba-tiba bergema itu, Sun-Ming jatuh pengsan. Dia takut hanya dia sahaj yang boleh mendengar suara itu. Cho-Ah mengaku yang dia mampu melihat orang yang telah mati Sejas dari kecil dan dia juga mendengar suara Young-Un. Sun-Ming lega kerana dia tidak berseorangan. Sementara itu, mayat Young-Un telah ditemui dalam Elevator Shaft dengan kepalanya terputus..
Apakah pengakhiran cerita ini? Sama-sama kita saksikan filem seram di pawagam jira masih ada lagi tayangannya.

Comments:
Post a Comment