<$BlogRSDURL$>

Monday, July 30, 2007

Suami Pilih Ibu atau Bayi???? 

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ..?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......


"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.





Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh? 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.

(0) comments

Saturday, July 28, 2007

FAM Setelah 22 Tahun 

22 tahun sudah berlalu, mayat FAM belum dikapankan. 5 May 2006, bulan October 2006 adalah genap 22 tahun FAM di bawah presidennya, merangkap peminat nombor satu bolasepak malaysia tersohor mencatatkan kemusnahan bolasepak malaysia lagi mengaibkan, SEJARAH kegagalan Harimau Malaysia, Projek Barcelona '92 dan Olimpik 2000 ternyata sudah cukup mematangkan Fan-fan bolasepak Malaysia. Sebelum itu projek Olimpik 2000 yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan dibimbing oleh Hatem Souissi dari Tunisia turut mencatat sentuhan kecundang ketika pusingan kelayakan di Hong Kong dan Jepun, empat tahun lalu. Si Alan Haris tak payah nak ceritalah satu tanah malaya dan dah sampai tembok besaq cina pun dah tahu.



Kesudahan yang menghampakan turut dicatatkan oleh Projek Barcelona '92 bimbingan Chow Kwai Lam dan Harimau Malaysia 1988 asuhan Abdullah Mohamad yang masing-masing dibentuk dengan misi layak ke dua temasya Sukan Olimpik, hanya tinggal janji-janji kosong dan mangkak sahaja. FAM mengapa anda-anda semua di lahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini? Untuk menampung kos-kos pembohongan FAM yang lepas-lepas nie gua rasa eloklah jika FAM terbitkan sebuah mega movie ‚’Satu Yang Jahanam“ bukan lagi ‚Enam Jahanam’ movie popular Allahyarham P.Ramlee. Dua puluh (20 tahun) bukannya 20 hari wahai FAM, kalau latih kuda, gajah, rusa, buaya, kambing, kaldai, gergasi, harimau, badak, seladang, lembu, unta, orang utan, pun silap-silap dah pandai main bolasepak.

Sekurang-kurangnya negara Malaysia boleh jugak di jadikan ‚benchmark’ yang berjaya melahirkan bintang-bintang binatang yang boleh di jual ke syarikat-syarikat ‚Sarkas Antarabangsa’. Dengan ini juga boleh menampong kos-kos infrastruktur padang-padang sekolah, Stadium Bukit Jalil serta projek kompleks sukan di Janda Baik, pahang yang menelan belanja jutaan ringgit. Maka FAM bolehlah membina empayar yang lebih kukuh bukan lagi untuk sepenggal, mungkin 7 keturunan pun tak pa. FAM tak marah, MSN tak kecil hati, kerajaan tak susah hati dan duit rakyat terselamat. Fikir-fikirlah FAM yang mana ‚bolasepak’ yang mana ‚sepakbola’.

Kehebatan ekonomi sesebuah kota di Eropah dikaitkan dengan prestasi pasukan bolasepaknya. Sewajarlah terdapat pemain-pemain terbaik dalam sesebuah pasukan di kota Perancis, umpamanya, dibeli oleh pasukan lain di kota Sepanyol, dengan harga antara RM100 juta atau RM200 juta. Dengan pelaburan begitu, pasukan yang membeli boleh menarik lebih ramai penonton ke stadium. Harga tiket juga boleh dinaikkan. Siapa yang untung?? Dari situ, pasukan itu berada dalam kedudukan menaikkan harga hak liputan penyiaran kepada stesen-stesen TV. Ini tidak, hujan tidak, ribut pun tidak laporan mingguan bolasepak Malaysia hanya ada pada slot tengah malam tepat pukul 12.30 malam, waktu itu sesuai sanggat untuk buat aksi mimpi aje, silap-silap haribulan dapat gak main dalam mimpi dengan ronaldo, beckham, alan shearer, owen, ataupun dengan zainal abidin. Siapa tahu?? Ini dia kalau nak tahu, pada tahun 1998, FAM telah menandatangani perjanjian lima tahun bernilai RM35 juta setahun dengan penaja utamanya, Dunhill, pada kala itu. Ingat ke tak ingat? 35 juta setahun!!!...Apa yang Fan boleh di banggakan. Persoalan ini mungkin tentera penceroboh di IRAQ pun huru hara nak menjawabnya.

Demikianlah secara ringkas rentak permainan bola, dari segi politiknya dan juga sebagai pencetus ekonomi. Mengapa perkara ini terlalu sukar buat bolasepak Malaysia, mungkin untuk sepenggal lagi. Itupun kalau tuan presiden berpegang pada janjinya, kalau dia letak bersyarat lagi macam tahun-tahun lepas...kui..kui..kui...malas gua nak ulas laa beb. Malaysia BOLEH!!...ahaks... Kalaulah seladang di Zoo Taiping boleh ketawa, gerenti dah lama mati pecah perut dengan lakunan mega movie dari FAM ini.

FAM, ibarat stadium yang sudah tidak bernyawa tetapi belum dapat dikebumikan kerana doktor pakar tidak memberikan pengesahan sama ada FAM telah mati ataupun masih nazak, sedangkan jantung sudah tidak berdetak, nadi sudah tidak berdenyut. Kalaupun FAM sudah mati di bumi Malaysia, Fan-fan pula tidak diberikan permit untuk mengkebumikan mereka di mana-mana tanah perkuburan. Jadilah FAM bagai polong tidak bertuan, bolasepak terus menderita, batin Fan tersiksa, stadium penuh dengan hantu jembalang, komplek sukan terus jadi tanah perkuburan.

Dari menangis, meraung, merajuk FAM bakal buat apa sahaja untuk menagih simpati Fan mahupun kerajaan Malaysia. Kalau kerusi kerajaan yang memerintah yang tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan boleh jugak kita terimanya kerana rakyat tak sagguh melihat perbalahan di dalam pemerihtahan negara Malaysia. Tetapi seandainya bolasepak Malaysia di bawah naunggan FAM pun nak buat perkara yang sama, nampak sangat akan keganjilannya. Di ulang dengan suara yang lunaknya bak suara Siti Nurhaliza ataupun Anuar Zain, 20 tahun dahhhh wahaiii FAM kantoi oooiii....bukan nya sehari sayangggggg...cak pong, cak pong...

Ini jelas terbukti pada ketika suasana tenang berlaku dalam pemilihan ahli majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat agungnya yang ke-41 di Kuala Lumpur tahun 2004 dahulu, Ketika pencalonan untuk kerusi empat naib presiden dibuka, Datuk Mokhtar Ahmad atau lebih mesra di panggil dengan nick name ‚Tok Mok’ telah dicalonkan oleh wakil Kedah, lantas Tengku Ahmad mengumumkan beliau tidak mahu dicalonkan untuk jawatan tersebut, ibarat rajuk la sebab tak dengaq kata memanda, lihatlah dalam pemilihan yang kudus itu pun ada nilai-nilai antara dua darjat.

Malangnya, pencalonan Mokhtar telah ditolak apabila pencalonan beliau tidak mendapat sokongan, sesuatu yang pertama kali berlaku dalam sejarah mesyuarat agung FAM. Ini bukan cerita misteri nusantara, ini kisah benar di dalam pemilihan ahli majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Apakah kita boleh terkelip-kelip bijik mata sahaja melihatkan perkara seperti ini berlaku. Kalau Ramlee MS nenggok Khai terkelip-kelip pun dia pasti camdek!!...

Bukan rahsia lagi bahawa Tok Mok mahu merebut jawatan Naib Presiden FAM tetapi Tengku Ahmad telah memberi amaran kepada timbalannya itu agar tidak bertanding sekali pun dicalonkan kerana beliau sendiri berhasrat untuk berkhidmat sepenggal lagi sebagai ahli majlis FAM. Apabila Tok Mok dicalonkan, Tengku Ahmad yang mungkin merajuk bangun dan menyatakan beliau enggan dicalonkan. Lihat sahabat, lihatlah dunia, betapa Kompleks Janda baik menjadi projek cukup baik buat FAM. Sepenggal lagi bermakna fan-fan bolasepak di Malaysia terpaksa membooking pakar-pakar plastik surgeri untuk sepenggal lagi kerana sudah konpim muka-muka fan malaysia yang handsome-handsome ini bakal terus di malukan dan di aibkan buat sepenggal lagi.

Hhhmmm...sedar tak sedar coretan gua kali nie dah boleh di NOVELkan. Sekian untuk kali ini jumpa pada coretan gua di minngu depan. Ahaks... buat yang termakan cili kering gua tu di harap terang biji mata dan sedarkan minta kerna gua di lahirkan bukan nya sebagai pakar motivasi yang handal seperti Datuk Fazilah Kamsam mahupun secun Datuk Dr. Masitah. Gua hanyalah salah seorang peminat Bolasepak yang pernah dok menyanyi lagu negaraku di stadium Merdeka yang kini dah semakin sepi. Bak kata Kapten Rimau, pemain malaysia kini tersentuh tali kasut pun boleh cedera setahun. Bukan apa semuanya kerana FAM. Kerana siapa??.. Cucu menakan gua kat sekolah kampung melayu subang pun dah pandai camdek FAM, inikan pula gua.....

Sempena 22 tahun telah berlalu FAM masih boleh menghirup oksigen di stadium-stadium bola, Fan di Malaysia sekali lagi mengharapkan agar kewarasan dan kerasionalan FAM dapat mengatasi sentimen sempit menangani isu bolasepak negara pada hari ini. Sukacita Fan Malaysia mengingatkan pihak Menteri Belia dan Sukan Negara, kalau FAM mahu di kebumikan terus, lakukanlah, Datuk Azlina punya kuasa mutlak untuk berbuat demikian. Jangan dera Fan Bolasepak di Malaysia seperti kami lebih lama lagi.


Di olah daripada posting dari www.penangfc.tk

http://www.selangorfc.com/forum/viewtopic.php?t=1567&postdays=0&postorder=asc&start=15

(0) comments

Friday, July 27, 2007

Previu Filem : Voice 

Filem: Voice
Pengarah: Equan Choe
Pelakon: Kim Ok-Bin, Seo Ji-Hye, Cha Ye-Ryun, Kim Seo-Hyung
Genre: Seram
Terbitan: Sony Pictures
Tarikh Tayangan: Telah ditayangkan pada 6 Julai 2006.


Sinopsis:
Bunyi yang menakutkan… mata yang terpejam masih belum cukup. Peminat cerita seram dari Korea tidak harus melepaskan peluang untuk menonton siri keempat tragedy seram di sekolah. Sebelum ini Whispering Corridor mengisahkan hantu yang telah menghuni di sekolah selama 9 tahun. Momemto Mori, rahsia yang ditulis oleh seorang pelajar di dalam diarinya, Wishing Stairs, tangga yang dianggap boleh menjadikan impian satu harapan dan sekarang muncul pula Voice yang menampilkan unsure bunyi sebagai unsure keseramannya.


Dalam Voice, suara membawa maksud lebih dari sekadar bunyi. Ada medium yang berbeza dalam melahirkan suara. Semua orang mempunyai suara yang berbeza dan itulah yang menunjukkan identity seseorang. Kalau anda dengar bunyi yang berbeza dari apa yang orang lain dengar, pasti anda terasa lain. Dalam filem ini, suara yang ditinggalkan oleh Young-Un yang telah meninggal dunia membawa maksud hidup. Filem ini menumpukan apa yang hantu itu rasa bila suara semakin menghilang.

Di tangan pengarahnya, suara yang telah saban hari kita dengar bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan dan menyeramkan. Perbualan antara kawan di dalam kelas, bunyi kertas yang dibuka sehelai-helai, bunyi tali skipping dalam kelas pendidikan jasmani… membawa maksud yang berlainan dalam dunia yang menakutkan. Anda boleh menutup mata tapi anda masih tidak mampu menahan bunyi dari terus bergema hanya dengan menutup mata.

Lewat malam itu, menyanyi sendiri di dalam bilis muzik Young-Un dikejutkan oleh bunyi yang menakutkan. Dia cuba berlari dari bunyi tersebut malangnya dia menemui ajalnya dengan cara yang sungguh misteri. Pagi itu, tempat duduk Young-Un kosong dan ini merisaukan Sun-Ming. Dan menjelang waktu tengahari Sun-Ming asyik mendengar suara Young-Un meminta tolong daripadanya. Kerana terlalu terkejut dengan suara yang tiba-tiba bergema itu, Sun-Ming jatuh pengsan. Dia takut hanya dia sahaj yang boleh mendengar suara itu. Cho-Ah mengaku yang dia mampu melihat orang yang telah mati Sejas dari kecil dan dia juga mendengar suara Young-Un. Sun-Ming lega kerana dia tidak berseorangan. Sementara itu, mayat Young-Un telah ditemui dalam Elevator Shaft dengan kepalanya terputus..

Apakah pengakhiran cerita ini? Sama-sama kita saksikan filem seram di pawagam jira masih ada lagi tayangannya.

(0) comments

Sunday, July 15, 2007

Pink - Who knew 


(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?