<$BlogRSDURL$>

Friday, May 04, 2007

LINUX: Sistem Operasi Masa Depan ? 

Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan Sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop (seperti GNOME dan KDE), dan suite pejabat seperti OpenOffice.org.

Kisah ini dimulai ketika seorang mahasiswa Computer Science (Sains Komputer) University Helsinski yang bernama Linus Torvalds ingin mengembangkan sistem operasi MINIX pada tahun 1991.



Pada saat itu sistem operasi MINIX diedarkan kepada mahasiswa di universitinya sebagai prototaip sebuah sistem operasi. Dalam perkembangannya dia menyebarkan kod programnya melalui internet sehingga dapat dipelajari oleh orang lain, ini yang menyebabkan Linux berkembang dengan pesat karena dibuat oleh ribuan programer dan hacker yang tersebar di seluruh dunia.

Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ianya tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.

Saat ini Linux didistribusikan dibawah GNU -- General Public License -- yaitu suatu lesen dimana pemilik program tetap memegang hak ciptanya, tetapi orang lain boleh menyebarkan, memodifikasi bahkan menjual kembali program tersebut dengan syarat kod program yang asli harus tetap disertakan.

Sekarang, banyak sekali perusahaan yang mengeluarkan CD Linux, seperti RedHat, Debian, Slackware, Caldera, Stampede, TurboLinux, Knoppix, Fedora, Suse dan lain-lain. CD Linux tersebut disebut dengan CD distribusi.

Sebenarnya yang disebut dengan Linux adalah sebuah kernel, yang merupakan bahagian paling penting dari suatu sistem operasi, yang menangani I/O, pengaturan memori dan interaksi antara perkakasan (hardware) dengan aplikasi. Kernel Linux ini merupakan kernel standard yang digunakan oleh distribusi-distribusi yang ada sekarang ini.

Perbezaan yang ada antara distribusi hanyalah pada pakej-pakej aplikasi yang disertakan, sistem penyusunan direktori, init script, dan lain lain. Mana yang lebih baik? Semua sama baiknya, bergantung dari selera pengguna. Saat ini distribusi yang paling banyak digunakan di negara ini adalah RedHat yang terkenal dengan kemudahan dalam pemasangannya.

Untuk melakukan pemasangan ruang hard disk diantara 200MB sampai 2GB bergantung pada banyaknya software yang akan anda pasang. Pada beberapa distribusi Linux anda bahkan dapat memasangl versi minimal dengan hanya menggunakan 50 mega hard disk ataupun dengan menggunakan sebuah disket dengan kapasiti 1.44 MB. Bagi yang baru nak mencuba Linux dicadangkan menggunakan Damn Small Linux.

Linux juga dapat dijalankan dengan baik pada komputer yang sudah memiliki sistem operasi lain seperti MS-DOS, Microsoft Windows ataupun OS/2. Pada masa komputer dihidupkan, pemakai dapat memilih untuk menjalankan komputer tersebut dengan sistem operasi Linux atau sistem operasi lainnya. Sistem seperti ini dinamakan dual boot.

Tetapi bukan bererti anda memerlukan MS-DOS, Windows atau sistem operasi lain untuk menjalankan Linux, linux adalah sistem operasi yang dapat berdiri sendiri dan tidak bergantung pada sistem operasi yang lain.

Pengendalian yang sukar masa lalu dihadapi oleh pengguna Linux adalah kurangnya dokongan terhadap harware yang ada, namun pada saat ini Linux mengalami perkembangan yang sangat pesat dan semakin banyak hardware yang didokong, dari segi penggunaan, Linux juga semakin mesra pengguna sehingga ditengah-tengah maraknya sweeping yang dilakukan oleh Microsoft, Linux layak menjadi sebuah alternatif sistem operasi yang murah tetapi handal.

Linux meskipun di datangkan dengan GUI (antaramuka grafik) namun kekuasaan Linux sama seperti Unix iaitu dengan skrip commandnya di terminal.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?