<$BlogRSDURL$>

Tuesday, April 10, 2007

Siapa kata pemandu perempuan ... ? (Kisah seBENAR) 

Masalahnya berpunca dari :

1. Mudah nak dapat kereta - tak yah bayar deposit, dah boleh keluar kereta baru

2. Mudah nak dapat lesen - jolok sikit, dapatlah lesen

3. Kurang penguatkuasaan - sebab tak cukup k/tangan, gaji rendah, etc etc..

4. Banyak dan mudah sgt kedai atau workshop yg boleh upgrade kancil jadi bmw dan upgrade iswara ke jet pejuang - so, mesti diorg nak test power

5. Kereta makin banyak, jalan selalu jem, bila ada peluang jalan kosong sikit, mula lepas geram - rakyat malaysia ramai yang sakit mental sebab selalu kena traffic jam, bila dah lama sangat duduk dalam kereta, kadar oksigen ke otak semakin kurang, so tak boleh fikir secara waras - so minta kepada proton atau perodua tolong enhance keselamatan kereta - jangan fikir untung je - keselamatan tak terjaga...

6. Dah biasa sangat tengok accident yang mengerikan - putus kepala, perut hancur tu semua dah biasa, orang dah tak takut lagi...lagi pun, sapa yang mati dalam keadaan paling ngeri, lagi best, lagi hebat, lagi glamer, paling kurang mesti seminggu cerita tu kat kedai kopi - lebih glamer dr malaysian idol atau af5 ... huh !! BANGSAT punya road bully !!!

7. Dah tau max speed 110 km/jam, pembuat kereta sibuk berlumba buat kereta paling laju - proton perodua patut jadi contoh - buat kereta yang max limit cuma 110 km/jam - So, polis cuma boleh saman kereta yang bukan buatan malaysia... kalau kereta malaysia yang max speed cuma 110 km/jam dan diupgrade speednya, boleh kena saman double triple rate !!! Apa ?? Tak boleh jual ?? Memanglah tak boleh jual kereta macam tu sebab KITA SEMUA SUKA BAWAK KETA LAJU-LAJU !!!!

8. Kurangkan kereta yang guna minyak - guna kereta letrik - sebab keta yang guna minyak banyak keluarkan gas beracun - orang cepat jadi GILA ! Ye ke ? Ntah.. aku pun tak tau

9. Orang malaysia dah tak boleh bertolak ansur - bila tegur sikit, melenting, marah, dengki, sakit hati, lepas tu pegi bunuh... !!

10. Kat sekolah mana ada belajar sivik atau tatarakyat lagi ????? Eh .. Ada lagi ke ?

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?