<$BlogRSDURL$>

Tuesday, January 02, 2007

Gen.2: [D.I.Y] Gen.2 Door Sound Proof 






INTRODUCTION
Ok d.i.y nie aku belajar dari web forum PMC (proton mania club). Setelah abg ipar aku testing pada waja dia, baru lah aku cuba untuk gen2 aku. Jadi untuk para gen2, anda dah boleh start buat sendiri sebab very easy dan baik utk belanjawan penjimatan wang anda.

PERALATAN DIPERLUKAN
1. pisau dan gunting
2. insulflex (3x4 fts x 2 pcs) - dah cukup utk 4 pintu (cari di kedai aircond atau hardware atau kedai seat kereta)
3. gam superlon atau dunlop
4. pen marker
5. screwdriver

TEKNIK D.I.Y
1. buka pintu seluas yg boleh
2. buka screw pada panel pintu, dan putar keluar tombol lock pintu
3. tanggalkan perlahan-lahan (jangan ganas, kopak karang padan muka)
4. ukur insulflex tadi pada panel pintu ataupun pada pintu sendiri
5. potong ikut ukuran termasuk lubang-lubang yg sepatutnya
6. test dulu dengan pelekat biasa, dah confidence baru sapu gam pd
insulflex tadi, lalu tampal pada pintu ataupun pada panel pintu, ikut suka la, (better pintu supaya panel tu tak berat)
7. tutup dan screw semula seperti asal.

KELEBIHAN
1. hanya apabila anda pasang pada ke-empat2 pintu baru terasa perbezaannya bunyi luar yg dikurangkan, terutamanya waktu motor-motor yg bunyi preng-prengg prenggggg tu lalu.
2. cara gam yang kemas dan betul2 rapat pada dinding pintu akan hasilkan sound proof yg lebih mantap.
3. di highway, bunyi tayar dan jalan berjaya dikurangkan.
4. pintu bila ketuk rasa lebih padat (nanti orang kata, wahhh gen2 nie pintu mantap la, padat macam tu, padahal... hahaha)
5. tahan panas (insulflex sebenarnya bahan yg digunakan pada pada aircond umah korang tu)

PENJIMATAN
Kononnya pemasangan insulflex ini kalau di kedai mencecah harga diantara :

RM 300 - RM 500 (bergantung pada pemasangan), dengan pasang sendiri anda hanya perlu membelanjakan

RM 13 x 2 pcs insulflex + RM 5 untuk gam = total kira sendiri

TESTIMONIAL
1. Hasnol Mizam (Proton Waja) "terasa la beza waktu pemanduan, pasang audio sistem pun lebih mantap sebab surrounding dah berbeza"
2. Didiz (Gen2) "baru pasang satu pintu, dah terasa perbezaannya, sebelah pintu dah bunyi padat bila ketuk"

RAHSIA TERBONGKAR
1. rangka pintu gen2 lebih tahan daripada proton waja
2. motor power window gen2 dipasang pada rangka pintu besi, waja punya pada rangka plastik, jadi posibility rosak tingkap gen2 adalah rendah, kalau jatuh juga memang korang ganas gila guna pintu tu.
3. dlm pintu gen2 sendiri ada sound proof tapi 1 plate aje. Waja ada 3 plate.

Selamat mencuba.

http://rushdi.fotopages.com - lawatlah web penaja topik ini terima kasih, hahaha..


Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?