<$BlogRSDURL$>

Friday, February 10, 2006

LAWAK JENAKA: Ulat (sebabak drama swasta) 

Drama : Boboiku Sayang III
Babak : Ulat (Bahagian 1)
Lokasi : Sebuah rumah teres di pinggir kota
Adegan : Makan nasi (malam)

(Biasalah, drama Melayu mesti ada adegan makan nasi ni. Kalau tak ada,
tak sah sebab masa ni lah segala maklumat-maklumat penting dipaparkan)

Arahan : Baca dengan gaya dialog dalam drama Melayu kat TV tu

! Action !

Anak: Ayah, ulat sedap tak?

Ayah: Boboi... berapa kali ayah dah cakap, jangan tanya soalan yang
bukan-bukan. Dah tu, makan nasi tu.

Emak: Isy abang ni, budak tu nak tahu, kan bagus kalau digalakkan.

Ayah: Ye lah, ye lah. Awak layan lah budak tu. (Ayah terus makan)

Emak: (Menjeling ke arah Ayah dan kemudian senyum ke arah Anak)
Er.. kenapa Boboi tanya macam tu, sayang...?

Anak: Tadi Boboi ada nampak ulat kat celah sayur ayah tu.
Ni, dah tak ada pulak.

(Muzik: kwang kwang kwang kwang...)

! Cut !

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?