<$BlogRSDURL$>

Wednesday, November 23, 2005

Apa itu selesema burung?? 

Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Apa itu Selsema Burung

Selsema burung atau ''influenza avian'' merupakan penyakit burung berjangkit yang mengakibatkan penyakit yang serdahana atau teruk. Semua burung dijangkakan boleh dijangkiti oleh penyakit selsema burung, walaupun sesetengah spesies lebih tahan daripada yang lain. Sesetengah bentuk selsema burung boleh menjangkiti manusia.

Sebab selsema burung
Selsema burung disebabkan oleh 15 sub-jenis virus selsema "influenza" A, sub-jenis selsema burung "avian influenza". Virus yang rendah kemudaratannya mampu, selepas pendam dalam populasi burung atau ayam untuk jangka masa tempoh yang pendek, mampu berubah menjadi virus yang memudaratkan "highly pathogenic". Sehingga kini, semua wabak yang dalam bentuk memudaratkan disebabkan oleh virus selsema A atau H5N1 dari keluarga Orthomyxoviridae, sub-jenis tunggal yang menyebabkan wabak teruk dikalangan manusia.

Cara selsema burung tersebar antara ayam atau burung.
Sentuhan secara langsung dengan burung atau ayam yangdijangkiti, terutamanya najis dan cecair badan, makanan tercemar, air, peralatan sangkar, kenderaan pengangkut, telur pecah yang tercemar, dan pakaian. Burung liar atau burung laut yang tidak menunjukkan sebarang tanda juga boleh menjadi pembawa virus ke pada haiwan ternakan.

Burung yang sembuh dari jangkitan masih mempunyai virus di dalam badan selama 10 hari yang tersebar melalui najis dan cecair badan. Virus yang memudaratkan ini mampu tahan untuk tempoh masa yang lama di dalam tisu badan (daging), air, dan persekitaran, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca sejuk.


Jangkitan selsema burung kepada manusia
Selsema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dengan burung liar atau diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan permukaan yang tercemar. Terdapat juga kes yang mana virus selsema burung turut dikesan di dalam ternakan babi di Lembah Gelders, Belanda.

Berasaskan pengetahuan semasa, tidak terdapat kes jangkitan virus H5N1 kepada manusia melalui ayam mentah, dibekukan, atau makanan beku berasaskan ayam. Oleh kerana virus H5N1 mudah musnah apabila dipanaskan, jangkitan selsema burung tidak merebak melalui daging ayam yang dimasak dengan sempurna.

Kerisauan terhadap jangkitan selsema burung
Terdapat beberapa sebab kekhuwatiran terhadap jangkitan selsema burung
1. Jangkitan selsema burung mengakibatkan banyak kes kematian.
2. Influenza A yang menyebabkan selsema burung mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk berubah dan bergabung dengan virus sub-jenis influenza dalam manusia, menghasilkan sub-jenis Influenza A yang baru. Sub-jenis baru ini mampu mempunyai ciri-ciri virus selsema manusia yang mudah menjangkiti sesama manusia. Ketiadaan daya ketahanan kepada virus jenis baru ini disebabkan tiadanya jangkitan lepas dan ketiadaan vaksin kepada virus ini untuk mengawal wabak selsema burung, mampu menyebabkan kes jangkitan dan kematian yang tinggi di kalangan penduduk dunia.

Disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan penyakit teruk (kemudaratan tinggi) dan berubah menjadi wabak, selsema burung telah menyebabkan wabak dan kematian ayam yang tinggi. Industri penternakan ayam dan industri makanan dibimbangi menghadapi tekanan yang tinggi yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi dan kesan sosial oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dari penternak, pengedar, pengangkutan, pekedai, penjaja makanan, dan semua yang terbabit dalam industri makanan.


Tanda jangkitan selsema burung di kalangan ayam
Jangkitan selsema burung menyebabkan tanda yang berbeza pada ayam / burung, dari sakit serdahana sehingga kematian mengejut yang mudah berjangkit mengakibatkan wabak yang teruk.

Ayam bertelur
Penurunan pengeluaran.
1. Pengurangan mengejut dalam penghasilan telur
2. Kepala bengkak dengan lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan bintit bisul
3. Pendarahan pada selaput dalaman
4. Kematian mengejut di kalangan ternakan ayam yang boleh mencecah 100%
5. Kesukaran bernafas
6. Lembik atau lumpuh
7. Ayam yang cirit birit secara meluas

Pengasingan virus perlu untuk pengesahan yang tepat.


Tanda jangkitan selsema burung dikalangan manusia
Virus A H5N1 serupa dengan virus selsema lain dan kebanyakannya terhad "self-limiting".

Tanda awal adalah demam dengan suhu melebihi 38 darjah Selsius) , lemah "malaise", "myalgia", perit kerongkong, dan batuk. Mata dan hidung berair dan keradangan "conjunctivitis" dapat dilihat pada sesetengah pesakit. Demam yang berlarutan adalah tanda yang jelas. X-ray dada berguna untuk mengesan jangkitan virus pneumonia awal.

Sebab kematian dan komplikasi adalah paru-paru berair "pneumonia" disebabkan virus, sindrom kesukaran bernafas, dan kegagalan pelbagai fungsi organ.

Cara membezakan jangkitan selsema burung dengan jangkitan selsema biasa, paru-paru berair "pneumonia" atau masalah pernafasan biasa.

Seseorang pesakit disyaki dijangkiti oleh selsema burung sekiranya pesakit mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan kerja pengendalian ayam atau burung. Ini termasuk penternak, penyembelih, pengangkutan (pemandu lori ayam) dan lain-lain.


Rawatan selsema burung.
Rawatan boleh dimulakan tanpa menunggu pengesahan makmal bagi jangkitan H5N1. Rawatan bagi jangkitan H5N1 pada asasnya serupa dengan virus selsema lain. Ubat-ubatan anti virus, sesetengahnya boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan secara perubatan berkesan bagi melawan virus jenis influenza A dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, dengan sedikit kelemahan. Sesetengah ubat-ubatan ini juga terhad dan harganya mahal.


Bagaimana mencegah jangkitan selsema burung
Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.

Bagi penternak ayam dan mereka yang terbabit dengan pengendalian ayam, itik dan burung lain.
1. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
2. Jangan membawa masuk / mengimport haiwan yang tidak pasti tahap kesihatan kedalam kawanan yang dibela.
3. Kawal pergerakan manusia ke dalam kawasan ternakan.
4. Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.
5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam/itik/burung/babi.
6. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam/itik/burung/babi.
7. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi.


Bagi orang awam dan pengguna.
1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti
2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
3. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam.
4. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
6. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / babi yang sakit.


Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung.
Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. Elakkan juga kawasan ternakan babi.


Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?