<$BlogRSDURL$>

Monday, October 10, 2005

FAKTA: Sejarah songsang - Jamiatul Ulama 


Saya sungguh terpegun dengan begitu ramai ulama dalam sejarah negara kita. Dalam rancangn yang diacarakan oleh aktor terkenal M. Rajoli dalam tv1, barulah kita nampak sumbangan berharga yang dilakukan oleh ulama-ulama dahulu. Banyak dari hasil usaha mereka kita gunakan sehingga hari ini. Mereka telah berjaya menegakkan syiar Islam dan meletakkan batu asas yang kukuh untuk kita menikmati kehidupan cara Islam sekarang ini.

Sayang sekali mereka tidak kita belajar langsong didalam ilmu sejarah semasa kita disekolah rendah, menengah, kolej, universiti, kursus bina negara, PLKN, kursus-kursus untuk kakitangan kerajaan, kursus perkaderan parti politik Melayu, kursus kepimpinana masyarakat – pendekkata ulama dan pemimpin agung kita zaman silam sengaja ditinggalkan dalam sejarah kita sendiri. Apa yang kita diajarkan ialah penagungan ketua-ketua penjajah Inggeris, mubaligh kafir, bakti mereka. Sejarah diputarbelitkan supaya menampakkan ulama dan pemimpin kita sebagai pengganas masa itu, penjenayah masyarakat, pemberontak, lanun, pengkhianat negara dan berbagai gelaran jahat yang menjadi propaganda penjajah masa itu hinggalah sekarang. Kita tidak pernah ditunjukkan bakti yang dilakukan oleh ulama dan pemimpin kita sebagai perjuangan yang patut dianugerahkan gelaran syahid.

Saya ingin menyerulah kepada semua agar dapat melakukan sesuatu dalam hal ini mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai penyumbang dalam gerakan internet group, cuba perbanyakkan cerita-cerita sejarah begini untuk dikongsi bersama. Sebagai pemimpin keluarga, ceritakan perjuangan syahid ulama dan pemimpin kita ini. Sebarkan seluas-luasnya sejarah ini untuk membetulkan fakta ini.

Saya minta kerjasama forwardkan seruan ini seberapa banayak yang boleh. Sekian terima kasih.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?