<$BlogRSDURL$>

Sunday, September 25, 2005

LAWAK JENAKA: Ayah Pin based on true story 


Al kisah, ayah pin boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah pin..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00 sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah pin..

Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapan untuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dan dengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x dan
membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin bagaimana dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu 'kalu demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..' maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah pin.

Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar dan memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk memilikinya..ayah pin pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu.

Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi ba gi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'.

Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah pin di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin menjawab 'kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau'.Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah pin untuk menjadi pengikutnya.

Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan kereta barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya bertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ' *kore ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..)

Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu pensan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu dan memdapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka membacanya? suratnya berbunyi begini?

Kepada : Ayah Pin

Daripada : Toyol A/l Tolol

Per : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit

Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.

Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?

Bye dari aku,
ToYol


- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin
- nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol
- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka? dah kene?

*wak = buat
*regho = harga
*pah = lepas
*methar = sebentar
*sekek = sikit
*pitih = duit
*sejhe = sejam
*kore = korang

Comments:
hehehe apa punyer lawak lah!!!
i like it!keh keh
 
ntah!!ape punye lawak ntah!!atenye langsung tak kelakar..hahaha...langsung tak kelakar..hahaha...
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?