Tuesday, September 27, 2005
KESIHATAN: Tentang gula
KEBANYAKAN kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai. Namun gula juga merangkumi gula mentah, madu, sirap jagung dan sirap pekat. Gula juga wujud dalam berbagai bentuk seperti glukos, sukros, laktos, fruktos, dn maltos. Gula adalah kabohidrat ringkas yang membekalkan hanya tenaga (kalori) dengan sedikit zat makanan yang lain.
Di mana terdapat gula?
Secara semulajadi.
Gula wujud semulajadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.
Secara tersembunyi.
Gula ditambah pada makanan semasa pemerosesan dan penyediaan makanan di rumah. Contohnya minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.
Gula dan kesihatan anda. Badan menghasilkan gula dari makanan yang dimakan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan. Oleh itu, untuk kesihatan anda berwaspadalah dengan pengambilan gula anda.
Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan. Pertama, ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang dikait rapat dengan penyakit diabetis dan penyakit jantung.
Kedua, ia menggalakkan pembentukkan karies gigi(kerosakan gigi). Setiap kali anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, kuman bakteria yang terdapat secara semulajadi pada gigi anda akan menggunakan gula ini dan menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.
Cara mengurangkan pengambilan gula.
Makanan :
* Kurangkan pengambilan makanan manis di antara waktu makan.
* Sekira anda penggemar snek pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang rendah gula.
* Hadkan pengambilan kek, biskut dan kuih-muih tradisional yang manis.
* Pilihlah buah-buahan dalam tin yang menggunakan jus semulajadi sebagai ganti kepada sirap. Elakkan bijirin dengan gula tambahan.
Minuman :
* Kurangkan pengambilan minuman manis di antara waktu makan utama.
* Cuba minum kopi atau teh dengan sedikit atau tanpa gula. Anda akan rasa lebih senang mengurangkan pengambilan gula sedikit demi sedikit. Anda boleh menggunakan pemanis tiruan tetapi tidak ia tidak diperlukan.
* Bila membeli minuman kordial dan bergas, pilihlah jenis berkalori rendah atau jus buah-buahan tanpa gula.

Comments:
Post a Comment