<$BlogRSDURL$>

Wednesday, August 10, 2005

"World" Film Starring by Mawi AF3 & 60 simptom anda peminat FANATAIK Mawi 
























  1. Anda terbuka hati dan sanggup bertudung - kerana Mawi dan bukan kerana...
  2. Anda boleh lupa kawan semata-mata kawan anda tidak meminati Mawi. Tidak bertegur itu perkara biasa...
  3. Anda cepat terasa bila nama Mawi disebut...
  4. Anda tiba-tiba berasa rugi tidak dilahirkan di Johor. Tapi ingat, jika ingin berkahwin di Johor kena lulus darah iaitu HIV -ve...
  5. Anda merasakan lagu Negaraku terlalu cepat temponya kerana khuatir Mawi tidak dapat mengikuti tempo sebenar lagu tersebut. Minta kerajaan ubah kembali tempo lagu Negaraku ke tempo lama...
  6. Anda sanggup ke Indonesia (nak cucuk BOTOX) untuk mencantikkan wajah seperti NURDIANAH, tunang Mawi semata-mata dengan harapan Mawi akan mengahwini anda...
  7. Anda rasa hati anda diremuk-remuk apabila Mawi mengaku dia sudah mempunyai kekasih hati walaupun anda sudah bersuami dan beranak empat..
  8. Anda sanggup menceroboh blog org semata-mata ingin mempertahankan komen yang membacking Kudsia Kahar...
  9. Anda akan merasakan Pengetua M.Nasir sebagai evil kerana telah memberikan komen di Imbasan dan bertukar menjadi angel setelah menasihati dengan nada yg lemah lembut...
  10. Anda bersetuju dengan Cikgu Adnan kerana beliau telah membacking Mawi walaupun sebelum ini beliau mengutuk MawiFC....
  11. Suami anda semakin mengurangkan aktiviti spanya kerana anda kini sudah pandai mengurut...
  12. Anda tetap berkeras mengatakan yg WORLD adalah dicipta oleh Mawi dan bukannya Encik Aman....
  13. Jika dahulu anda adalah orang yg sanggup mengeluarkan belanja untuk membelikan sarung tangan untuk Mawi, kini hanya tinggal kenangan kerana anda gembira melihat Mawi bersentuhan tanpa segan silu..
  14. Anda cepat merasa phobia sekiranya pengkriktik memberikan komen negatif kepada Mawi kerana Mawi seorang yg syumul....
  15. Anda melakukan sujud syukur kerana masalah CD Jump tidak berlaku kepada Mawi. Jika tidak, entah apalah yang akan terjadi...
  16. Anda puji Kudsia kerana memuji Mawi dan mengeji Kudsia kerana memberikan komen negatif terhadap Mawi...
  17. Sanggup mendengar klasik FM semata-mata anda bencikan Kudsia Kahar dan ERA....
  18. Anda merasakan yg botak itu hensem....pili bomba di tepu jalan pun silap-silap anda sangkakan Mawi...
  19. Anda rasa anda ada kelebihan untuk tackle Mawi semata - mata anda seorang tukang urut, setakat pakai tudung tu apa la sangat.....Dah ramai....
  20. Anda merasakan mana - mana menteri yg berambut palsu sebagai tidak cool...botak pun hensem juga....
  21. Selama ini anda merupakan pengutuk majalah MANGGA nombor SATU, tetapi membelinya kerana ada poster Mawi bersama model iklan SUNSILK.....
  22. Baru ini anda berani mengaku anda adalah anak peneroka FELDA...
  23. Curi - curi melihat MUQADDAM adik untuk memastikan ejaan AFUNDI MAWI dalam jawi betul ejaannya....
  24. Anda sudah tidak peduli berapa pelajar yang akan masuk ke final, ada AFMASUK ke AFSINGKIR ke, sebab anda sudah yakin siapa yang akan menang AF3...
  25. Anda tidah kenal pelajar-pelajar lain kerana bagi anda AF3 hanya Mawi dan Felix...itupun sebab mawi dan Felix sentiasa berkepit...
  26. Anda mula menggunakan celak mata Mekah semata-mata dapat berfantasi menjadi NOR EL AIN....
  27. Peluang bergambar di papan tanda Felda Taib Andak, riaknya mengalahkan dapat bergambar dengan Perdana Menteri....
  28. Anda mempercayai bulat-bulat gimik atau kejutan yg telah dilakukan pada konsert yg ke-4 di mana pembaca berita ASTRO telah melaporkan yg jualan tudung makin mendadak sejurus selepas kenyataan Mawi yg sukakan perempuan bertudung...
  29. Anda tidak hirau jika pelajar-pelajar AF lain dimarahi ketua pelajar, atau jika pelajar-pelajar AF luka berdarah merembes-rembes sekalipun, tetapi jika Mawi terluka paper cut akibat salah cukup pagi tu, hati anda sudah berdebar-debar...(OK ke dia nanti?Boleh ke dia nyanyi nanti?)
  30. Jika Mawi mendapat lagu Inggeris, pengetua dikatakan tidak adil kerana memberi Mawi lagu-lagu yg susah, tetapi jika pelajar-pelajar lain yg diberi lagu Inggeris anda mengatakan ini bagus kerana menjana versatiliti seseorang pelajar....
  31. Hati anda berdebar-debar dan anda mengingatkan peminat-peminat Mawi yg lain utk tidak bising kerana takut Mawi akan menerima "aura" nervous anda (dan kemudian akan membuatnya lari tempo / melodi etc)....
  32. Anda amat gembira apabila Reza dikeluarkan dari AF3 dan lebih gembira lagi apabila Reza melantik Mawi sebagai ketua pelajar...
  33. Jika pelajar-pelajar tidak mendengar kata Mawi, anda rasakan yg pelajar-pelajar itu "kurang ajar" dan tidak menghormati Mawi sebagai ketua pelajar. Isu ini tidak pernah ditimbulkan semasa Reza menjadi ketua pelajar dulu....
  34. Tiba-tiba anda rasa anda hendak balik beraya di rumah Mak Ngah anda yang bermastautin di Johor Bahru - walaupun anda tidak pernah jumpa dengannya sejak 1999....
  35. Dahulu anda amat benci budak-budak skin head dan menganggap mereka sekelompok kaki lepak tepi jalan dan mat-mat ganja. Sekarang anda senyum ke setiap skinhead yg sedang melepak di tepi jalan...
  36. Anda tiba-tiba terpanggil untuk belajar Bahasa Arab dan Tajwid supaya anda dapat mengaji dengan lagu dan grammar yg betul...
  37. Anda yg dahulunya hanya mengagungkan martial arts luar negara seperti karate-do, taekwando dan gusti...sekarang menganggap yg silat pukul pelaga itu adalah senaman mempertahankan diri yg terbest in the world....
  38. Dahulu anda mencemuh DJ-DJ di pasaraya kerana anda merasakan mereka poyo dan yo yo ooo aje...tetapi sekarang anda senyum dan berasa begitu respek kepada mereka...
  39. Anda rasa jelik dan menyampah kepada Marsha kerana anda rasa dia cuba menggoda Mawi dengan sengaja mengenakan tudung di depan Mawi pada diari AF....sebelum itu anda tidak rasa Marsha begitu, malah anda menganggap yg Marsha itu manis dan cute sungguh....
  40. Sebelum ini anda begitu kritikal terhadap pelajar-pelajar AF3 semasa konsert...begitu besar salahnya jika pelajar-pelajar lupa lirik dan salah masuk lagu apatah lagi jika pelajar-pelajar itu lupa melodi dan menyanyi lagu Inggeris dengan begitu hampehnya (remember Atie's "Sap de Bears for Lasss"?)...sekarang anda defend Mawi beriyer2....OK apa dia nyanyi.....
  41. Anda rasa Mawi sudah bagi 200% hanya kerana Mawi (1) tidak lupa lirik (ii) tidak salah masuk lagu dan dengan itu dia tidak sepatutnya dimarahi oleh para juri dan tenaga pelajar.....
  42. Dahulu anda sangat membenci Sharifah Aini kerana telah menulis surat yg kejam terhadap penyanyi kesayangan anda CT Nurhaliza tetapi tiba-tiba anda merasakan yg Sharifah Aini OK apabila teringat yg dia pernah mendendangkan lagu Nour El Ain...
  43. Anda rasa tidak perlu menjelaskan alasan mengapa anda rasa Mawi itu WORLD dan mengapa anda sangat suka kepadanya...pada anda hanya cukup jika anda kata yg Mawi itu Magik....
  44. Anda rasa anda bukan peminat Fanatik Mawi tetapi cepat melenting jika anda dituduh sedemikian....
  45. Anda rasa anak anda derhaka dan lupa daratan kerana tidak menyokong Mawi walaupun dilahirkan di Johor seperti Mawi....
  46. Anda rasa anak anda derhaka apabila anak anda tidak mahu menolong anda mengAFUNDI Mawi....
  47. Anda rasa Linda Jasmine itu getek apabila dia memegang Mawi di dalam kelas tarian...
  48. Semuanya kerana Mawi...apa yg anda buat semuanya adalah kerana Mawi...
  49. Anda membayangkan alangkah comeynya sifu M.Nasir kalau dia turut botak macam Mawi, malahan Cikgu Adnan pun anda masukkan dalam imaginasi anda itu....
  50. Anda tak kisah pun nak downloadkan ke handphone anda segala-galanya tentang Mawi (ringtone, wallpaper, clip, caller ringtone) apatah lagi AFUNDI...tapi nak sms untuk TV3 bersamamu tu rasa cam mahal jer....
  51. Sanggup beli album Jamal Abdillah "aku penghibur" sebab ada memuatkan lagu Gadis Melayu...nak bandingkan dengan Mawi nyanyi...sebelum ni tak penah pun beli album jamal walaupun ada lagu Azura...
  52. Sanggup beli mp3 player utk dengar lagu Mawi bila2 masa dan dimana jua walaupun tengah sengkek waktu tu...
  53. Sanggup suruh suami dan semua anak lelaki anda botakkan kepala macam Mawi...
  54. Tetiba tak reti sebut perkataan "tsunami" lalu menjadi "tsumawi"....
  55. Sanggup membeli semua majalah hiburan asalkan ada yg menulis tentang Mawi, sedangkan selama ini anda tidak berminat untuk membeli majalah hiburan (membazir katanya....)
  56. Anda sanggup masukkan ASTRO di rumah walaupun selama ini anda hidup bahagia tanpa ASTRO....semata - mata nak tengok Mawi menyanyi setiap hari...
  57. Dulu anda benci giler babas kat lagu INTIFADA sebab masa anugerah ERA, fanatik ERA joget lagu tu sambil cucuk2 langit...tapi skang anda rasa lagu tu cool jer....
  58. Tahun ni nak ambil kelas tarian gelek NOUR EL AIN kat dancing class Linda Jasmine sebab nak gelek2 utk Mawi...
  59. Tetiba rasa bangga jadi gadis melayu walaupun sedar idung tak mancung macam Nour El Ain atau pipi tak gebu macam MARIA...
  60. Semua lagu yg anda nyanyi anda dengungkan macam masa Mawi nyanyi lagu kekasih awal dan akhir...



Comments:
Yeah..u're rite....(,")
 
nasib baik saya bukan peminat mawi!
syukur..
 
fuh..aku takde satu pun siptom2 kt atas nie sb aku bkn fan mawi! ahaks!! aku nie fan national geography jek..tu yg best pun drpd ngundi anak jawa nie! buang masa je..buang duit credit aku!
 
~~love u mawi~~
apsal sumer sindrom tue aku ada?
 
Hebat di mata peminat dia yg buta je. Tak boleh lawan Jaqueline Victor. Tak payahlah lawan Jacq. Lawan Dina lah dulu. Dina baru world!!! World champion di Hollywood. Mawi apa??? Kalau masuk Juara Lagu belum tentu menang!!!
 
Dahsyat gak yer simptom2 tue.....tu baru sekejap Mawi masuk industri hiburan...kalau lama cam Siti...mau nyer giler semua mak2 ngan anak2 kat M' sia nie...
 
huhuhu.... mawi? aku pun tak paham apa yg diorang giler sgt kat mawi tu, nyanyi pun tak sehebat mana huhuhu.. sampai ada yg bertengkar just bcoz of him? whoaa... memang giler.. (buang masa jer..)
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?