Thursday, August 04, 2005
Ungu Violet??

Lando adalah seorang jurugambar. Dan, dia selalu mencari model yang cantik untuk majalahnya, namun gagal dalam kehidupan cintanya. Tunangnya meninggalkannya pergi dan membuat Lando tertekan dan kecewa.

Kalin memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya lalu menerima tawaran Lando. Tanpa diduga, Kalin mula dikenali ramai dan berjaya menjadi seorang ‘supermodel’.
Kalin menaruh hatinya pada Lando. Tetapi Lando tidak menerima cinta Kalin, bahkan menyuruhnya untuk meninggalkan Lando. Kalin merasa disakiti dan pergi meninggalkan Lando. Lando mempunyai alasan menolak hati Kalin kerana dia menghadapi penyakit yang tidak dapat di sembuhkan lagi iaitu leukemia. Lando tidak mempunyai banyak masa lagi dalam hidupnya.
Masapun berlalu, Kalin manjadi model terkenal dan popular. Lando menyedari yang dia telah membuat kesilapan besar dengan menolak cinta Kalin. Lando menyedari yang dia sungguh mencintai Kalin. Tetapi Kalin telah mempunyai kekasih baru iaitu Rudy yang juga adalah pengurus Kalin. Rudy mengharapkan Kalin menjadi tunangnya, walaupun sebenarnya Kalin tidak mencintai Rudy.
Lando menyesali perbuatannya dulu dan berusaha untuk mendapatkan cinta Kalin kembali. Kalin dihadapkan pada suatu dilema. Tetapi suatu hari, Kalin telah dilanggar kereta ketika Kalin melintasi jalan raya. Akibat kemalangan itu Kalin menjadi buta dan memerlukan derma mata. Lando yang tahu hidupnya tidak akan lama. Lando membuat keputusan untuk mendermakan matanya kepada Kalin demi menyelamatkan masa depannya.
Rako Prijanto, pengarah film ini menyatakan bahawa manusia perlu sesekali merasa romantik, sedih, hampa, dan sesekali bersembunyi dari ruang dan waktu kehidupan metropolitan yang terasa ramai tetapi terasing bagi sebuah perasaan. Ada sebahagian dari kita yang kadang-kala terpaksa merasakan betapa sempitnya waktu dan betapa besar perasaan cinta. Akan tetapi, bagi seseorang, ini adalah satu pengorbanan dan bagi orang lain, ini adalah keyakinan.
Comments:
Post a Comment