<$BlogRSDURL$>

Thursday, June 09, 2005

Orang Gila Mengamuk 



Al-kisah..... adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni... ada la sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So... ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita...


Pada suatu hari... si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat... ey... ni educated nyer orang gila tau... semayang tak tinggal. Contohi lah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang... korang yang siuman ni pun semayang la gak ek... ok, sambung citer.


Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan. So... masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah tak dek. Aper lagi... mengamuk la dia...


Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat.!!!!!!!..."


Semua orang menjadi takut... ye la... orang gilakan... memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang kang... ha... naya.."kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu...baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!" lalu orang yang curik tu pun pulang la balik.


"nah la bang... gurau jek"


Tapi Ali memandang nyer dengan muka yang serius...muka macam nak makan orang gitu... haa... lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali... takut la tue... lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya; "kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan wajah yang slamber.. Ali pun berkata

saya balik kaki ayam la tok.."





Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?