<$BlogRSDURL$>

Thursday, May 19, 2005

Semua Ni Untuk Awak 




Novel/CerpenAwak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik awak boleh caye kat saya

Awak
Hari ni awak senyum kat saye
Tapi,
Saya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…



Awak
Hari ni awak satu kelas ngan saya
Tapi,
Saya buat bodoh jer
Padahal bumi nie raser cam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi,
Awak buat bodo je
hati ni terasa bengang je

Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi
Saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berenti borak

Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi,
Saya tegur awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari2

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi,
Raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak jalan sebelah saya
Tapi,
saya tak tau nak cakap ape
Jadik saya blah mcm tu ajer

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi,
Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi
Tak tau kenape tak boleh pegi

Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi
awak tak toleh sini, awak focus kat tv

Awak
hari ni saya tengok gambar kiter senyum
tapi,
gambar tinggal gambar
nak buang sayang, nak simpan sedih

Awak
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat awak sakit hati

Awak
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji
semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah penah saya miliki….
terime kasih awak….

">

Comments:
Saya suka lah baca nie. saya teringat ex bf saya sebab saya penah bagi puisi mcm nie gak. semua nya saya reka sendiri.Hasilnya saya dapat meluahkan rasa hati kepada semua orang bila mereka membaca.
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?