Sunday, March 28, 2004
Hikmah sujud
- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
Bernafas ketika sujud akan :
- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
- Meringankan bahagian PELVIS.
- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah.. "Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)
Saturday, March 27, 2004
::misteri bola ping pong::
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.
Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"
Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.
Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.
"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"
Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.
Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut. Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer takdak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.
"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.
"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke faedahnya" kata bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer
"Apa dia" tanya bapa Amer. Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misterinya? Anda nak tau????
..
..
..
..
..
..
..
ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping
Pong dan akan menjadi misteri selamanya.
Ha ha ha hah ah ha ahhahhehehehe.........
Friday, March 26, 2004
Rahsia Rakaat Dalam Solat
Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"
Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat
Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)
Solat Zuhur
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103
[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)
Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat
Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107
[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar;
Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil
Solat Asar
Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam
i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan
Ketika Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi
Solat Maghrib
Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib)
Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt.
Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya
Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya
Solat Isya
Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.
Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu.
Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as.
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75
Thursday, March 25, 2004
Tiga orang bapok
Pada suatu hari, mereka terjumpa seorang tua yang tau mengenai kolam sakti dimana ia boleh menunaikan hajat....
Keesokkan harinya, mereka meminta orang tua itu untuk menunjukkan jalan kekolam tersebut....akhirnya setelah sekian lama berjalan akhirnya mereka pun tiba...
Bermulalah permintaan mereka...bapok yang pertama menjerit sambil melompat kedalam kolam tersebut,"AKU INGIN MENJADI JENIFFER LOPEZ!!!!!" ....maka jadilah bapok pertama jenifer lopez....sampai giliran bapok yang kedua...dia menjerit sambil melompat ke dalam kolam itu,"AKU NAK JADI BRITNEY SPEARS!!!!!!...maka jadi lah dia britney spears....maka giliran terakhir untuk bapok yang ketiga...dia menjerit sambil berlari ke kolam untuk melompat....tetapi tidak sempat sampai ke kolam, tersandung kakinya di sebatang akar pokok lalu terjatuh dan terjerit.."OOOOOO PU**MAK!!!!" maka jadilah dia pu**mak.....
pengajaran: jangan ikut sifat yang syirik dan ikutkkan hati yang tamak..bersyukurlah dengan apa yang ada..
SadakAllah Hulhazimm
Wednesday, March 24, 2004
Mengesan penyakit hati dan mengenal pasti kesihatannya
Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda hati yang sihat antara lain:
1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.
Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh berhijrah dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya sekadar menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke kehidupan akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.
2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.
Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "ia selalu mendorong dan menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia tidak akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria melainkan hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.
3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.
Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan berhenti dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa bosan dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan orang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya." Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap anak dan isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan lebih meningkatkan ketaatan terhadapNya.
4. MERASA LALAI JIKA SAKIT.
Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika berpisah atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi rasa sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."
5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.
Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang yang sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."
6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.
Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka segala angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang, seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan merasakan kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan penuh keseronokan dan kedamaian."
7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.
Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap Allah Azza Wa Jalla."
8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH.
"Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan sia-sia belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana sedia maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita waktu sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan amal-amal soleh.
9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.
Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan yang sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas, lebih mendekati dan mengikuti sunnah."
Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat dan cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah SWT, seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah. Dia lebih suka menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan membawanya untuk lebih dekat kepadaNya. Ia merasa seronok, selesa dan penuh nikmat bila mengabdi kepadaNya." Jiak di lubuk hatinya berasa diusik oleh syaitan agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya untuk kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang bermaksud:
"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)
Tuesday, March 23, 2004
Pedang intelektual lebih hebat daripada senjata canggih
Pandangan sebegini timbul berdasarkan pembacaan bahan-bahan orientalis klasik dan moden, yang menyusup masuk ke dalam penerbitan-penerbitan ilmiah yang mudah di dapati di kedai-kedai buku di sekitar negara.
Tanpa kefahaman asas yang tepat serta kekeliruan yang mempengaruhi pemikiran pembaca, dakwaan palsu ini dianggap satu fakta sejarah yang benar dan tidak boleh disanggah.
Tambahan, situasi dunia hari ini yang bergolak dan berhadapan dengan keganasan bersifat global, menjadikan Islam sasaran terbaik untuk dipersalahkan.
Konsep jihad yang sinonim dengan ajaran Islam, dianggap sebagai moto atau laungan semangat umat Islam untuk melancarkan keganasan ke atas orang lain.
Mengapa kekeliruan ini berlaku? Adakah kerana kita tidak berusaha menyampaikan mesej sebenar jihad kepada dunia, menjadikan istilah itu bersifat kekejaman atau kezaliman?
Islam bersandarkan kepada satu pengertian yang indah, iaitu selamat, damai dan sejahtera.
Ia juga membawa maksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t selaku Pencipta dan Pemelihara seluruh alam.
Oleh yang demikian, Islam boleh disifatkan sebagai agama kedamaian. Realiti dunia hari ini membuktikan tidak semua manusia inginkan keamanan dan keharmonian.
Wujud individu mahupun sebuah kuasa besar yang menggunakan segala mekanisme yang ada untuk menimbulkan kekacauan bagi memenuhi agenda mereka tersendiri. Tidak dapat dinafikan, kadangkala kekerasan perlu untuk mengekalkan keamanan.
Namun kekerasan yang melampau sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah dan kemusnahan harta benda secara besar-besaran dilarang sama sekali dalam ajaran Islam.
Islam menggalakkan keamanan dan kedamaian. Dalam masa yang sama Islam menyeru para pengikutnya mempertahankan kedudukan agama dan nyawa sekiranya dicerobohi atau ditindas.
Atas dasar ini, kadangkala kekerasan boleh menjadi alat agar tidak terus dizalimi tetapi ia menjadi alternatif terakhir untuk mengembalikan keadilan dan keamanan selepas tiada kata sepakat antara dua pihak.
Dalam menjawab tuduhan orientalis serta mengungkai kekeliruan bahawa Islam disebarkan dengan kekerasan, sejarawan De Lacy O Lary menyatakan ``Sejarah jelas membuktikan dongengan yang mengatakan Fanatik Islam menyebarkan agama dengan mata pedang dihunus ke atas bangsa-bangsa lain, adalah satu dongengan yang memalukan para sejarawan yang mengulangi kisah karut-marut ini.'' (Buku Islam At The Cross Road, muka surat 8).
Pandangan beliau bersandarkan asas fakta sejarah Islam yang kukuh, di mana Islam telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun dengan kebebasan agama diberikan kepada penganut-penganut agama Kristian ketika itu.
Satu tempoh yang cukup lama membuktikan toleransi pemerintah Islam dan keadilan serta tanggungjawab melindungi rakyat di bawahnya tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Dibandingkan selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol kesan dari Perang Salib, azan yang menjadi salah satu simbol Islam tidak kedengaran di bumi Sepanyol.
Di Arab Saudi, selama 1400 tahun, Islam menjadi agama rasmi dan diperintah oleh seorang Muslim.
Namun begitu, di tanah Arab ini, masih wujud 14 juta Christian Coptic iaitu penganut Kristian yang mewarisinya melalui keturunan.
Namun, sehingga hari ini kewujudan mereka di sana masih dapat dilihat.
Dengan mengandaikan Islam disebarkan melalui keganasan, sudah tentu tidak ada seorang Arab yang akan kekal menganuti ajaran Kristian yang diwarisinya.
Para Orientalis tidak akan mampu memberi jawapan, dari manakah tentera-tentera Islam yang datang menjajah serta menakluk gugusan kepulauan Melayu, khususnya Malaysia dan Indonesia sehingga mempunyai populasi penganut Islam terbanyak di dunia.
Islam jelas meletakkan satu sempadan ke atas para pengikutnya, bahawa tidak ada paksaan dalam beragama :
``Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
``Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'' (Al Baqarah: 256).
Kejayaan Islam menawan jutaan hati manusia yang ikhlas dan inginkan ketenangan spiritual, lahir daripada pedang intelektual yang mampu menembusi akal yang rasional dan jiwa bersih yang fitrahnya sentiasa mencari Tuhan.
Kesannya lebih hebat daripada penggunaan ketenteraan mahupun persenjataan dunia yang semakin canggih.
Firman Allah di dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
``Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
Almanak Readers Digest 1986 memberikan statistik peningkatan jumlah penganut Islam dari tahun 1934 sehingga 1984 adalah sebanyak 235 peratus, satu peningkatan melebihi 100 peratus.
Artikel yang sama turut muncul di majalah The Plain Truth. Timbul pertanyaan, peperangan manakah yang mengambil tempat sehingga berjuta-juta manusia memilih Islam?
Di Amerika dan Eropah, Islam menjadi pilihan utama. Meskipun dilabel sebagai agama pengganas sebagaimana digambarkan oleh Pat Robertson dan Jerry Falwell, namun Islam masih mendahului.
Kata-kata Dr Joseph Anderson memberi gambaran kehebatan Islam yang penuh kekuatan halimunan yang sukar dikesan oleh musuh-musuh, kekuatan intelektual:
``Mereka yang bimbang pada suatu hari nanti kekuatan senjata nuklear ke atas tangan negara-negara Arab, gagal menyedari bom Islam telah digugurkan ke bumi, sejak kelahiran Muhammad.''
Monday, March 22, 2004
Farmer and his daughters' dates
"Hi, I'm Joe, I'm here for Flo, we're goin' out for a show, is she ready to go ?"
So the father called Flo and send them off. The second guy came and said,
"Hi, I'm Larry, I'm here for Betty, we're gonna eat spaghetti, is she ready ?"
So the father called Betty and send them off. The third guy came and said,
"Hi, I'm Chuck......."
The father shot him.
Sunday, March 21, 2004
MALAYSIAN GP 2004 TECHNICAL ANALYSIS
FIA Formula One Malaysian Grand Prix 2004
Renault R24 - sidepod air vents and chimneys
To control engine temperatures the R24 sported very big chimneys coupled with additional air vents placed on the top edge of the sidepods. They doubtless had a negative impact on the aerodynamic efficiency of the car, but in this case the reliability gains justified the sacrifice.
Sauber C23 - radiator configuration
No particular changes from Melbourne, but it was possible to sneak in the garage and get a closer look at the naked sidepods that hid an asymmetrical cooling system, with the right sidepod housing an unusual V-shape radiator, placed horizontally so as to reduce the sidepod section size. This configuration looked very efficient and other teams sported similar solutions.
McLaren MP4-19 - new front wing
McLaren tried to correct a chronic lack of downforce at the front of the car by introducing a new front wing featuring a deep spoon profile and a double flap, successfully increasing front-end grip and stability. At the rear of the car (not pictures) additional air vents improved heat evacuation from the sidepods, benefiting engine reliability.
Tuesday, March 16, 2004
Pepatah Melayu yang diubahsuai
1. Alang-alang mandi biar guna sabun.
2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.
3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Biar lambat asalkan lembab.
6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.
8. Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.
10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.
11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.
12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
14. Habis madu sepah dikitar semula.
15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.
16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.
19. Hidup segan mati ditanam.
20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.
21. Jauh di mata sakit di hati.
22. Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.(beli le pukat tunda lagi baik)
23. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.
24. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
25. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
28. Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.
29. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.
30. Membujur lalu melintang pukang.
31. Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.
32. Pandu cermat, jiwa Kassim Selamat.
33. Patah tumbuh hilang report polis.
34. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.
35. Sambil menyelam tengok kapal selam.
36. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
37. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.
38. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.
39. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.
40. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.
41. Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.
42. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian ditimpa bendul, kemudian ditimpa rumah, kemudian ........
43. Tiada rotan pelempang berguna juga.
44. Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.
-= Mari berpantun =-
1. Berakit-rakit dahulu,
berenang-renang ke tepian,
kerana rakit pecah dilibas buaya,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-lenang kemudian,
pasal dapat banyak duit hasil jualan kulit buaya yang libas rakit tadi tu.
2. Pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik aje di atas peti,
pasal pisang yang lainnya habis dibedal kelasi kapal tu
3. Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan,
sebab tu lah pekasam tu masam,
bila diseluk kena ketiak masam.
4. Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan engkau makan papan,
kalau boleh nak makan perahu.
5. Tidur tak lena,
makan tak kenyang,
mandi tak basah,
berak tak basuh.
Friday, March 12, 2004
The joys & woes of online dating
Most of you who follow my column may know that I met my husband online. I can imagine the amused/incredulous looks on some of your faces (if you did not know). However, I am not surprised, for who has not heard of how people get their hearts broken/pockets emptied by someone they've met online?
And I married this guy? Am I nuts?
Firstly, I did not just marry him after three months of talking online and two dates. We were friends for over four years, on and offline, before we started seeing each other romantically. We even spent time with other people in between before hitting off. I guess that sort of "negates" the fact we met online - and that is exactly what
I'm writing about today.
Like it or hate it, socialising online is here to stay. For all practical purposes, it's a more economical and feasible alternative to sitting around in bars with a RM20 drink in your hand, pretending to be having fun with your friends while you're really waiting to meet someone "nice". And then there's the hope that a friend can play Cupid and find someone for you - a method I discovered is quite favourable among members of the Malaysian dating pool. Maybe it's because this has within it an element of fate, sort of in between taking charge and leaving it to chance.
When it was new, going out with someone you met online through Internet Relay Chat or in some web chatroom was quite the rage. A decade down the road, claiming such a fact would earn you those "oh my god, you sad little closet-case" looks. Which is why, in my line, I have plenty of people telling me "I don't go out with people I meet online!" - words spoken in the same tone of disgust as "I don't eat pork!" (and since when did not eating pork - and not because one is Muslim - become cool?).
Why the stigma? Personally, I think going out with someone you met online isn't as bad as going out with someone you met at a bar. Hell, if you're going to date a stranger, a nice hour-long chat would be more useful than a night trying to get him to stop putting his hands anywhere simply because you're in a dark place.
However, socialising online, as mentioned, has its perils as well, for which street-smart netizen (and well-read tabloid/Chinese newspapers fan) has not heard of the poor lonely woman who was conned of her hard-earned savings by some guy she met online? Still, you can just as soon be cheated even if you met the SOB in a library, but at least you can give the police a facial description.
So how do you guard yourself against such misfortunes? While I can't give you any proven formulae, I do have one piece of advice that wisdom afforded to me through experience.
Understand that finding friends online is one thing, and looking for love is another. It takes much more than chatting and exchanging jpegs, because even if you merely want sex with the people you meet online, you need to be sure that this person won't try to run away with your wallet or worse, murder you in your sleep. This sounds overdramatic but one cannot be too careful if one is to allow such proximity (which doesn't necessarily mean intimacy).
Therefore, take everything you hear (or rather, read) with a pinch of salt until you've at least met the person five times or more, and have at least known for a year as a friend and nothing more. The important thing to remember here is never rush into anything because time is your friend when it comes to weeding out the bad guys.
After all, people you call your friends would stick around for a lifetime ;).
(READ JENNIFER TAI'S JOTS ON RELATIONSHIPS AND FIRST-TIME MOTHERHOOD IN "JENN'S JOTS" ON MSN.COM.MY'S WOMEN'S CHANNEL EVERY WEEK. SHE WELCOMES MAILS AT JENN@JENNEMEDE.COM AND DISCUSSIONS AT MSN.COM.MY'S WOMEN COMMUNITY BOARDS.)
isteriku sayang...dikau kah mereka?
SAIDINA Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis."
Saya bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:
Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Ø Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Ø Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Ø Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Ø Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Ø Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah sambil berkata: "Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku ceritakanlah kepadaku apakah perbuatan wanita itu."
Rasulullah s.aw bersabda: "Wahai Fatimah, ada pun mengenai:
Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) di kalangan lelaki
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.aw bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah menciptanya mulut pada hari kiamat selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya."
Ø Ada pun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Ø Ada pun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
Ø Ada pun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk, dilihat lelaki lain serta suka membicakan keaiban orang.
Ø Ada pun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Ø Ada pun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Ø Ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka melaga-lagakan orang serta berdusta.
Ø Ada pun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya. Malah ada di antaranya isteri nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik pada zaman itu.
Antara sifat buruk mereka:
Ø Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
Ø Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Wednesday, March 10, 2004
Tiga golongan wanita dijanji syurga
Kita sudah banyak melihat keterangan mengenai balasan syurga kepada lelaki yang beriman dan beramal soleh. Minggu ini kita melihat gerangan wanita ahli syurga yang dijanjikan Allah SWT.
Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:
1. Daripada Aishah ra: “Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih kambing, Baginda akan mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis al-Bukhari)
Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, “Adakah Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah?” Beliau menjawab, “Ya, iaitu istana Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Daripada Abu Hurairah berkata, “Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan.” (Hadis al-Bukhari).
2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”
Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..
3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa, isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari)
Cuba kita renungkan daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini. Bagaimana mereka boleh terpilih menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua wanita yang mahukan balasan syurga.
Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya menjadi ahli syurga.
Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga.
Ingatlah, iman+penderitaan+sabar adalah syurga balasannya. Dia reda menahan penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT dan tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah SWT iaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya.
Begitu juga dengan wanita Muslim lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesukaran kerana untuk mendapatkan syurga terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan syurga.
Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut segala perintah-Nya. Dia akan terus mengharungi cabaran, cubaan dan rintangan atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh yakin pertolongan dari Allah akan tiba.
Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat. Bukanlah bermakna bertudung dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim; tiada rasa malu hingga menjejaskan maruah wanita Islam seluruhnya. Hijab yang sebenarnya itu membabitkan fizikal, moral dan rohani.
Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas, muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.
Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita berkulit hitam dan ar-Rumaisa.
“Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.”
Tuesday, March 09, 2004
Pelatih Baru
'maaf anda salah dail' 'awak tahu siapa yang bercakap nie?'tanya orang itu 'tidak encik siapa'jawap azri 'saya ialah pengarah di syarikat ini' 'dan encik tahu siapa yang bercakap ni?' tanya azri 'tidak, awak siapa' tanya pengurus itu'? 'kalau tak tahu bagus!" kata azli dan terus meletakkan gangang telefon dengan perasaan lega.
Monday, March 08, 2004
Petua Untuk Orang Lelaki (Perempuan Dilarang Baca)
- Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.
- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.
- Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu. Kurangkan dari memakan Pisang Embun. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin. Jangan jima' di dalam air.
- Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
- Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
Sunday, March 07, 2004
OZ GP 2004 TECHNICAL ANALYSIS
FIA Formula One Australian Grand Prix 2004
Williams FW26 - multiple sidepod fins
The FW 26 sported multiple fins, with the main one in front of the rear wheels doubled up. Another triangular fin was placed over the under tray of the car, in front of the rear wheels. The inclination of the fins should direct airflow around the rear of the car more efficiently, reducing the turbulence as the airflow hits the rear wheels.
Williams FW26 - re-profiled front wing endplates
The front-wing endplates of the FW26 sported an interesting change to the bottom edge, with a squared channel instead of the rounded one seen previously. This is thought to be a development of the venturi channel introduced since the end of last season, designed primarily to reduce the pitch sensitivity of the car's front end.
BAR 006 - additional rear wing profile
The 006 in Melbourne featured an additional rear wing, connected to the rearmost edge of the engine cover, with the endplates mounted inside the rear wheels. And on the main rear wing, two intermediate vertical fences have been added, splitting the airflow in three, hence increasing the pressure of the flow and the downforce produced