<$BlogRSDURL$>

Tuesday, June 05, 2007

Resipi: Pak Choy masak sos tiram 

Bahan-bahan ( 2 orang )
Utk basuh sebelum potong;
1 bekas air
2 sudu besar minyak masak

Bahan utk masak ; - 2 sudu kecil minyak masak/zaitun -
- halia (sebesar ibu jari)dipotong/racik halus
- 2 ulas bawang putih diracik halus
- 5 sudu besar sos tiram (ikut rasa)
- gula secukup rasa
- 1/2 cawan air


Cara-cara
1. Bersihkan sayur tersebut dan rendamkan ia sekejap dalam bekas yang berisi air dan dicampurkan dengan minyak masak (spy sayur kelihatan segar ketika dimasak dan mengelakkan zatnya hilang)

2. Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan sayur tersebut dan kuali tersebut ditutup dengan penutup (stir-fry). Biarkan selama 3 minit.

4. Kemudian, masukkan gula (secukup rasa) dan air. biarkan selama 3 minit.

5. Akhir sekali, masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dicairkan. Biarkan jap dalam 3 minit.


6. Ok, dh siap utk dihidangkan....

(0) comments

Monday, June 04, 2007

Lawak: Nombor 

Di sebuah sekolah di pendalaman Malaysia...

Cikgu : "Hari ini kita akan belajar tentang nombor"

Murid2 : "Baiklah cikgu"

Cikgu : "999 nombor apa?"

Murid2 : "Nombor kecemasan cikgu"

Cikgu : "007 nombor apa pula?"

Murid2 : "Nombor James bond"

Cikgu : "1515 pula apa murid2?"

Murid2 : "Nombor TMNET cikgu"

Cikgu : "Pandai... baiklah yang terakhir 8674 nombor apa pula?"

Murid2 : (Terdiam sekejap lalu menjawab...) "nombor ekor agaknya cikgu"

(0) comments

Sunday, June 03, 2007

Lawak: Burung 

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banya burung.

Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

"bukan itu maksud saya"

Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.

Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung

"maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi di cuba bertanya

"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri.Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

(0) comments

Saturday, June 02, 2007

Lawak: Pukul 

Dato Azmi sedang dalam perjalanan menuju ke pejabatnya dan ia melalui sebuah rumah dimana dia melihat seorang ibu memukul bontot anaknya dengan sebuah rotan.

Ia berhenti sejenak, namun kemudian berfikir bahawa mencampuri urusan orang adalah tidak baik, jadi dia putuskan untuk meneruskan perjalanannya.

Kejadian itu berlangsung setiap hari selama lima bulan.

Namun, pada satu pagi, dia melihat ibu itu tidak lagi memukul anaknya dengan rotan, tapi ibu itu memukul anaknya dengan "chocolate cake" (cake coklat) yang besar.

Kerana kehairanan, akhirnya Dato Azmi berhenti di depan rumah tersebut dan bertanya kepada si ibu,

"Boleh saya bertanya.. mengapa hari ini puan memukul anak dengan kek coklat, bukan dengan rotan seperti biasanya?"

"Oh," kata ibu tersebut,
"hari ini adalah hari jadinya."

(0) comments

Friday, June 01, 2007

Lawak: Ubat kurus 

Seorang wanita yg sangat gemuk pergi ke sebuah klinik.

Wanita: "Doktor.. ubat apa yg harus saya minum agar kurus ?"

Doktor: "Ooo... Anda tidak perlu minum sebarang ubat. Cukup geleng2 kepala saja..."

Wanita: "Sampai bila saya harus geleng kepala?.. pagi, siang, petang atau malam?"

Doktor: "Cukup ketika orang memberi makanan saja Anda geleng kepala"

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?